Soalan dari Suzana yang baru beberapa bulan menyertai syarikat itu
membuatkan Cahaya tersenyum sendiri.
“Cahaya tu kau tak payah tanya, Suzana . Dia tu isteri dan menantu yang
bertuah. Setiap tahun, tak payah bergaduh nak cabut undi pun dapat balik
beraya di kampung sendiri.” Sampuk Dewi dengan nada cemburu.
Semakin melebar senyuman Cahaya mendengar sampukan dari Dewi . Untuk
seketika Cahaya lebih seronok menjadi pendengar dari ikut serta dalam
perbualan tersebut.
“Iya ke? Tapi mentua Cahaya masih ada lagi, kan?”
Seperti tadi, Dewi juga yang lebih dulu memberikan jawapan untuk soalan
yang Suzana ajukan kepada Cahaya .
“Kalau masih ada lagi, kenapa boleh balik ke kampung Cahaya saja
tiap-tiap tahun?” Sanggah Suzana selepas menerima jawapan dari Dewi .
“Kan aku dah kata tadi, Cahaya ni beruntung. Suami dia langsung tak kisah
kalau kena balik beraya di kampung Cahaya setiap tahun. Mentua dia pun
tak banyak cerita. Takde nak kisah kalau tak balik beraya dengan mereka.
Jangan suami dan keluarga mentua kita. Pantang kita terlupa giliran, dia
orang dulu yang kelam kabut tolong ingatkan.”
Share this novel