Rate

BAB 8 - INTAI

Romance Completed 454604

Bermulalah kehidupan Inas di kampung halamannya..di mana tempat dia dilahirkan..walaupun taklah semewah tinggal di bandaraya.. sekurang-kurangnya di sini, dia lebih tenang..cuma ada suara-suara sumbang orang kampung yang mula bercakap mengenainya..

''berapa kuih tu inas..'' tanya fatimah.

''kuih lima..nasi lemak ni empat..'' jawap Inas. meletakkan dua plastik kecil yang terisi makanan yang dia sebutkan tadi.

''kuih dua ringgit..nasi lemak empat ringgit..semuanya enam ringgit..'' balas Fatimah mengira harga makanan yang inas ambil..sempat dia mengintai kedalam beg plastik tersebut.

Inas menarik bibirnya tersenyum...dia menarik keluar sekeping not kertas berwarna merah dari dalam beg duitnya lalu disuakan kepada fatimah. Inas berjalan pergi selepas mendapat duit bakinya dari fatimah.

''kak timah! tu kan anak amni yang kahwin dengan orang bandar tu kan..?'' tanya seorang pembelinya yang suka mengambil tahu hal orang.

''iyalah..itulah Inas..Anak amni..kenapa?'' balas Fatimah.

''kesian kan..saya dengar dia dah menjanda..kena cerai sebab dia tu tak boleh beranak..'' kata wanita itu..

''ish kamu ni? mana kamu dapat cerita yang macam tu..kamu jangan..'' kata Fatimah menunjukkan jari telunjuknya.

''jangan apa kak timah?..betul lah..dia tu kahwin dah lama..lama lagi, dari anak saya tau!..sekarang ni..cucu saya dah nak masuk tiga..dia..apa pun tak ada lagi.. itulah kena cerai dengan laki dia tu..balik kampung ni pun sendiri-sendiri je..'' perli wanita itu lagi.. wanita yang lain mula mengangguk.. masing-masing mula berbisik-bisik sendiri..

''kamu kalau nak datang sini nak bergosip..pergilah tempat lain.. Inas tu anak yang baik..kita jangan bercerita kalau benda tu tak betul..nanti jadi salah faham..kemudian timbul fitnah..tau tak apa dosa fitnah ?'' tanya Fatimah..

''eleh.. Nah! ambik duit ni..'' kata wanita itu mencebik lalu menyuakan duit untuk bayaran kuih yang diambilnya..

Fatimah menggeleng melihat kepada sekumpulan kecil yang baru pergi..mereka masih rancak berbual sesama mereka..Tak jauh dari situ..seseorang mendengar akan cerita yang baru diceritakan oleh beberapa wanita kampung itu..

Baliklah inas ke rumahnya..menghidangkan kuih dan nasi lemak yang baru dibelinya di atas meja.

''inas..boleh tolong ibu tak?'' keluarlah amni dari dalam bilik menolak kerusi roda yang duduki oleh Izhar.

''tolong apa mak?'' tanya Inas.. Berjalan mengambil camca untuk diletakkan di meja..

''tolong ibu ke rumah dekat hujung kampung ni..ambilkan baju..'' kata Amni kepada Inas..

''kenapa nak suruh Inas..Anas mana?'' tanya Azhar.

''itulah Anas..entah kata ada apa entah lah di sekolah tu..petang baru dia balik..saya takut lambat-lambat nanti ..lambat lah siapnya baju-baju tu nanti..'' kata Amni.

''tak apa ibu..tapi rumah tu dekat mana?'' tanya Inas..walaupun dia anak jati kampung ini..tapi banyak yang telah berubah..hanya rumah mereka saja yang masih sama..dari dulu sampai sekarang.

''dekat sungai yang selalu kamu dan anas suka mandi tu.. Tahu tak?'' tanya Amni.

''sungai? Dekat sungai tu ada rumah ke?'' tanya Inas..setahunya mana ada rumah di kawasan itu.

''ada..orang luar beli tanah situ..sungai tu pun..tak boleh mandi dah..nak mandi kena mandi di bawah saja..atas tu semua tuan tanah baru punya.. Boleh ke ni kamu nak pergi? ..kalau kamu tak nak pergi..kamu jaga ayah kamu..biar ibu yang pergi..'' kata Amni..

''tak apa ibu.. Bagi Inas saja yang pergi.. Inas pergi sekaranglah..'' kata Inas..membatalkan niatnya yang hendak menyuapkan sarapan buat Izhar.

''naik motor.. Tu hati-hati..kamu tu kalau bawa..kalah budak-budak lagi..'' pesan Amni.

''yea ibu, Inas bukannya budak-budak lagi ibu..'' balas Inas mencebikkan bibirnya..

''ibu pesan..'' sambung Amni. Inas mengangguk anggukkan kepalanya..

Pergilah Inas menaiki motor milik Amni..yang digunakan olehnya untuk mengambil dan menghantar baju-baju pelanggannya.

''kenapa abang?'' tanya Amni bila melihat suaminya sedang menggeleng ..

''abang ni, kalau boleh tak nak biarkan dia keluar macam tu..biar dia duduk di rumah saja..'' kata Izhar.

''abang ni.. Nak kurung Inas tu kenapa?..esok-esok ni dia nak kerja..kena keluar juga..lagipun Inas tu kuat..walaupun dia janda.."

" saya tahu abang risau..saya pun risau abang..mulut-mulut orang kampung mula bercakap tentang anak kita..biarlah abang tak payah pikir sangat..yang penting kita ada untuk beri sokongan buat Inas..'' kata Amni menyentuh tangan suaminya..

''abang cuma risaukan masa depan dia.. Esok-esok ni kalau kita tak ada..macam mana nasib dia..'' keluh Izhar.

''dah tak payah pikir..Tuhan bagi dugaan buat kita..buat anak-anak kita sebab dia yakin kita mampu abang..abang jangan nak fikir sangat semua ni.. Mari saya suap abang makan..'' pujuk Amni..tak mahu kesihatan suaminya merosot asyik memikirkan tentang Inas.

Inas menunggang motosikal menuju ke sungai yang dikatakan oleh ibunya... Dari jauh dia suah nampak rumah besar..yang dikelilingi oleh pagar besi yang tegak berdiri disekeliling rumah tersebut.

'masya Allah rumah besar ni..satu bukit kecilni dia punya.. Patutlah ibu kata tak boleh mandi.. Sekali dengan sungai tu dalam pagar dia' Inas berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah tersebut .

''cik cari siapa?'' tanya seseorang yang berjalan menghampiri ke arah pagar.

''saya datang nak ambik baju..'' kata inas..

''anak amni?'' tanya wanita itu lagi..segera inas mengangguk.

Motornya di pakirkan di luar pagar, Inas berjalan masuk ke dalam halaman rumah tersebut mengekori wanita tadi..

''tunggu dalam bilik ni sementara saya pergi ambilkan baju..jangan keluar dulu tau..sebab rumah ni sedang ada tetamu..'' kata wanita tersebut menunjukkan ke sebuah pintu..kemudian dia berjalan pergi. Inas mengangkat bahunya..melihat wanita itu hilang di sebalik dinding.

Tanggan inas menolak pintu bilik yang ditunjukkan oleh wanita tadi.. Baru selangkah inas menapak ke dalam bilik itu..di terpaku..rahangnya jatuh kebawah..terasa dirinya sangat kerdil sekali masuk ke dalam bilik tersebut.. Terasa seperti 'Alice in wonderland'...ruang itu kosong..hanya ada dua sofa berwarna emas..dengan lantai bermotif kayu yang berkilau..sampai dia boleh melihat wajahnya sendiri.. dinding bilik yang luas itu dipenuhi dengan buku-buku dari bawah sampai ke atas...

Inas yang asyik mengagumi bilik yang seumpama perpustakaan itu tidak menyedari..ada sepasang mata yang sedang memandang tajam kearahnya..memerhati setiap gerak geri Inas.. Inas berjalan mengelilingi bilik tersebut.. Dengan hujung jarinya yang dibiarkan menyentuh setiap buku yang dia lewati..

''boleh baca ke?..gilalah Inas! rumah orang ni..'' kata ina.. Menjawab persoalannya sendiri..memperingati dirinya agar tidak lupa diri.

Sementara di sebelah sana seseorang sedang asyik mengintai Inas di sebalik pintu kaca dari ruang yang agak kelam..

''cik! '' panggil seseorang sebaik pintu bilik itu dibuka..

''ini bajunya...'' kata wanita tadi menyuakan satu beg kepada inas..

''Manja! Kamu ke tu?'' panggil wanita itu..kearah belakang Inas.

'ada orang selain aku disini?' Inas segera berpaling melihat ke arah wanita itu memanggil. Malangnya inas hanya melihat bayang yang berlalu pergi.. Inas yakin itu adalah satu susuk tubuh milik seorang lelaki..dari tinggi dan bidang badannya..hanya sesuai untuk lelaki.

'siapakah manja? Kenapa dia dipanggil manja?' bermain-main perkara itu di dalam kepala Inas..

Sebaik keluar dari rumah besar itu.. Inas merasakan dirinya sedang diperhatikan lagi..kepalanya berpaling ke sisi kiri..dan kanan...kemudian dia cepat-cepat berlari keluar dari rumah besar itu..sampaikan wanita yang mengiringinya keluar itu turut kehairanan..

Di sebalik pokok besar di halaman rumah itu..lelaki tadi keluar dari sebalik pokok.. Terus mengintai kepada Inas yang sudah berada di luar pagar..tergopoh gapah cuba menghidupkan motosikalnya.. Bibir lelaki itu ditarik tersenyum kepada inas.. Wanita yang mengiringi Inas tadi hanya menggelengkan kepalanya..melihat kepada Raif Althaf.

Sebaik sampai di rumah...inas segera mendapatkan ibunya..sambil memeluk beg pakaian yang diambil dari rumah besar itu..

''ibu..ni..bajunya..'' kata Inas..

''la kamu ni kenapa Inas menggeletar saja ibu tengok..'' kata Amni. Mengambil beg baju tersebut.

''Inas..inas..tak ada apa...'' kata Inas gagap..

''lah kenapa ni?'' kata Amni menggosok lembut lengan Inas.

''Siapa manja ibu?'' tanya Inas kemudian dia menutup mulutnya sendiri dengan tangannya.

'kenapa pula mulut aku lancang sangat..biarlah siapa pun dia..kenapa aku perlu sibuk..arrghh..tapi aku nak tahu..'

''la..ni mesti terjumpa dengan manja kan..'' kata Amni sambil ketawa kecil..

''kenapa ibu ketawa?''

''kenapa? Dia usik kamu ke?'' tanya Amni.. Inas segera menggelengkan kepalanya..

''dah tu?'' tanya Amni..

''kenapa panggil dia Manja..? '' tanya Inas.

Amni tak menjawap..dia hanya mengangkat bahunya kemudian membawa baju yang di ambil oleh Inas tadi kedalam.

'siapakah manja? Kenapa dia dipanggil manja?' sekali lagi perkara itu bermain-main di dalam kepala Inas..dia sendiri nak tahu dengan lelaki yang dipanggil manja itu.

'yang lagi peliknya.. Kenapa dia lari bila aku nak tengok dia..pelik sangat ke muka aku?' Inas menyentuh wajahnya dengan kedua-dua tangannya..kemudian berjalan ke arah cermin..melihat wajahnya di dalam sana..

'mana ada pelik muka aku?' Inas menggigit bibir bawahnya.

'yang aku pun..lari kenapa? ..' Inas menampar dahinya sendiri..

'malu lah kau Inas.. lari macam nampak hantu.. Dia tu manusia kan! Bukannya hantu..' Inas mengutuk dirinya sendiri.

Mana mana? Dah jumpa dengan MANJA.. walaupun intai-intai je.. (^_-) Selamat membaca semua.. Harap terhibur.. Nanti kita sambung lagi bab baru na.. Sayang hampa semua... Muahhhh muaahhh muahh..

Share this novel

SAIDS
2021-03-14 20:17:39 

ouh dia orng rupanya Manja ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience