Sasha melepaskan geram.Amarahnya berkobar-kobar terhadap adiknya yang seakan mengada-ngada itu.Mama pun satu!Sikit-sikit Suliya ,sikit-sikit Suliya .Bagi mama,anak mama,intan payung mama hanyalah Suliya !Sasha mengomel sendirian.Susah benar hendak meyakinkan mamanya itu.Sasha melepaskan geram.Digenggam-genggamnya erat bantal peluk yang sedari tadi kemas terletak di atas katil bujangnya.Sudah berkali-kali dia meyakinkan mama,yang dia tidak mencuri rantai Suliya .Mama tidak mahu mempercayainya.Mama tetap menyalahkan dirinya.Takkan sebab Suliya itu cacat,berkerusi roda,maka mama hanya perlu memberikan kasih-sayang mama sepenuhnya hanya kepada Suliya ?Bagaimana pula dirinya?Ini sesuatu yang tidak adil.Mentang-mentanglah dirinya sempurna tidak cacat seperti Suliya ,tidak bermakna dia tidak memerlukan kasih sayang mamanya.Orang normal sepertinya juga dahagakan kasih seorang ibu.Tetapi mama tidak pernah faham.Mama hanya memahami Suliya .Mama tidak pernah menaruh syak wasangka terhadap Suliya .Mama hanya menganggap Suliya sahajalah intan mama!Sasha mengalirkan manik-manik jernih.Makin lama,makin laju.Tidak bisakah setitik kasih mama pun tumpah ke dalam dirinya?Sasha mengingatkan semula apa yang telah terjadi tadi,Kebetulan tadi dia mencari buku latihan Sejarahnya di bilik Suliya ,kebetulan pada masa itu,rantai Suliya juga hilang,mama menuduh Sasha yang mencuri rantai Suliya itu apabila mama melihat kelibat Sasha keluar dari bilik tidur Suliya .Padahal,Suliya yang tercicir rantai itu semasa melalui ruang laluan di hadapan biliknya!Sasha menekup mukanya dengan bantal.Air matanya laju.Mama tidak pernah sayangkan Sasha !Mama hanya pentingkan Suliya !Kedengaran jelas sedu-sedan Sasha yang semakin meningkat remaja itu.Tahun ini,usianya bakal menjangkau enam belas tahun.Suliya pula bakal menjangkau 13 tahun.Tetapi,fizikal Suliya tidak seperti remaja seusianya,Suliya dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki.Suliya hanya mengharapkan kerusi roda yang menjadi kaki setianya selama ini.Walaupun begitu,bagi Sasha ,mama perlu juga mengambil berat tentang dirinya.Entah mama ingat atau tidak ulang tahun Sasha yang ke-16 tidak lama lagi?Bisik hati kecil Sasha dengan penuh kecewa.
Share this novel