"Aku tak ada kat rumah,macam tu layanan kau terhadap adik kau ya!!!"Mama membeliakkan biji matanya.Perasaan mama sudah mencapai tahap mendidih.
"Mama,Sasha tidak ada niat nak buat Suliya macam tu.Asalkan mama tahu,Sasha dah cukup terseksa dengan mama yang hanya nampak kilauan dari Suliya sahaja.Mama tak pernah menghargai Sasha !Dalam kepala mama hanyalah Suliya !!!"Sasha melepaskan segala isi hatinya yang selama ini terbuku dan tersimpul di dalam hatinya yang penuh berserabut itu.Kepalanya ringan seketika apabila dapat meluahkan dan melepaskan segalanya.Segala yang terkumpul,pasti akan meletup jua!
Mama hanya diam membisu tanpa sebarang butir bicara.Mama tersentak dengan keberanian Sasha menyuarakan isi hatinya yang tersemat di dalam hati anak gadis berusia enam belas tahun itu.Suliya ternganga seketika.Kagum dengan keberanian Sasha ,kakak kesayangannya itu,walaupun Sasha selalu melukai hatinya.
"Kau tidak mengerti Sasha .Mama sayangkan kau."Hati mama berbisik.Walaupun,mama tidak melepaskan perkataan itu.Sifat ego mama menebal.Mama susah untuk menyingkirkan perasaan itu walau sudah berkali-kali dia cuba untuk menghakis dan membuang jauh sifat itu.Sasha menaik turun nafas.Sesekali nafasnya terasa sesak,mana tidaknya,air matanya mengalir disertai dengan rayuan dan jeritan untuk melepaskan rasa yang terpendam.Sasha berlari keluar rumah.Termenung sambil duduk di atas buaian besi yang terletak di halaman rumah banglo dua tingkat itu.
"Kalaulah papa masih hidup….papa tak pernah buat Sasha macam ni!"Sasha menangis teresak-esak semula.Kenangan bersama arwah papa masih terpalit di dalam pemikirannya.Satu ketika dulu,keluarganya tidak sebegini,papa hadir sebagai ketua keluarga secara tidak langsung menyemai keindahan dan keharmonian keluarga mereka.Tetatpi segalanya berubah,apabila papa meninggal kerana barah pankreas dan semenjak itu,mama menjadi seorang yang agresif,hanya menyebelahi Suliya sahaja!
Sasha memicit-micit kepalanya yang sedikit pening itu.Sudah banyak dia mengeluarkan air mata.Kepalanya pusing seketika.
Malam itu,Sasha tidur di buaian besi di hadapan rumahnya dengan beralaskan toto kecil beserta selimut dan bantal kecil.Hatinya tidak tenang.Tidurnya tidaklah lena hanya disinari dengan cahaya bulan.Tegarnya hati mama membiarkan dia tidur di dalam kegelapan malam ini.Walaupun lampu jalan menyinari,tidak sama seperti lampu di dalam bilik tidurnya.Sasha mengiring ke kiri-ke kanan,tidak selesa dirasakan!Maklumlah hanya tidur beralaskan buaian yang mana tempat dudukunya sempit.Sesekali Sasha menggigil kesejukan.Dia merenungkan,betapa sanggupnya mama memperlakukannya seperti itu?Di mana letaknya kasih sayang seorang ibu di dalam diri mama?Seperti yang selalu diceritakan oleh guru-guru dan rakan-rakan yang selalu menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang tiada berbatas.Dia memikirkan lagi,sudah tentu Suliya sedang seronok dan nyenyaknya tidur di biliknya beralaskan katil empuk.Sedangkan dirinya?
"Ah!!!kenapalah aku memikirkan lagi budak sial itu!!!"Sasha menggertak dalam hati.
Seketika kemudian air matanya mengalir lagi teringatkan arwah papa.Papa,Sasha hendak papa tahu yang papa sahajalah yang benar-benar menyayangi Sasha !Papa tidak pernah menengking Sasha ,papa tidak pernah mengusir menyuruh Sasha tidur di luar rumah.Mengapa begitu cepat papa meninggalkan Sasha ?Sedangkan Sasha masih menggarap dan memerlukan kasih sayang papa?
Sasha mengesat air matanya perlahan,dia menjejakkan perlahan kakinya ke lantai.Dengan langkah yang kecil dia meninggalkan perkarangan rumah itu.Dia mahu pergi membawa diri setelah membuat keputusan.Biarlah dia lenyap dari pandangan mama dan Suliya .Mungkin mereka tidak terbeban selepas ketiadaannya nanti di rumah yang menyimpan seribu-satu kenangan itu.Perlahan dia membuka pintu pagar rumah,berjalan kaki di kala malam sunyi,jalan raya tidak berkenderaan,malam itu sunyi sekali.Hanya kedengaran bunyi burung hantu bernyanyi sana-sini.Bulu romanya naik.Namun Sasha tetap dengan keputusannya.Sesekali kedengaran seperti seseorang sedang mengekorinya dari belakang.Sasha tidak gentar.Dia tetap dengan keputusannya untuk meninggalkan rumah!Tidak akan sesekali dia menjejakkan kaki ke rumah itu lagi.Sasha melintas perlahan jalan raya yang disusuri kegelapan malam itu.Dia berpeluk tubuh.Tiba-tiba kedengaran bunyi kenderaan yang sedang laju mara kearahnya.Kaki Sasha terpaku.Yang hanya difikirkan ketika itu hanya hidup dan matinya!Lampu hadapan kereta yang makin rancak laju itu menyilaukan matanya,tiba-tiba badannya seakan ditolak kuat oleh seseorang ketepi,Sasha jatuh tersungkur ke tepi jalan,seketika kemudian kedengaran dentuman kuat,bunyi hon kereta yang nyaris melanggar dirinya itu juga berlagu kuat!Sasha rebah apabila kepalanya terhantuk batu ketika tertujah ketepi sebentar tadi.Matanya berpinar-pinar….
Share this novel