BAB 5

Romance Completed 720

Sasha memandang sayup wajah Suliya yang sudah kaku itu buat kali terakhir.Tidak sangka yang Suliya sanggup berkorban demi dirinya.Suliya tidak tidur di biliknya ketika malam kejadian,Suliya mengikut perlahan Sasha dari belakang.Suliya jugalah yang menolaknya ke tepi,lalu Suliya terkorban apabila kereta itu sebaliknya melanggar Suliya sebelum hampir melanggar Sasha .Sasha meitiskan manik jernih.Kebelakangan ini,hidupnya hanya bermandikan air mata sahaja.Seketika kemudian,Dia melihat pula jenazah mama yang sudah kaku.Mama dijumpai mati menggantung diri di dalam bilik akibat tertekan atas kematian Suliya .Betapa mama terlalu mencintakan Suliya .Aduhai!Apalah nasibku ini.Selepas ini,mama dan Suliya akan disemadikan di dalam satu liang lahad.Suliya ,maafkan Sasha ,Sasha tidak sempat memohon ampun daripada Suliya ,begitu juga mama.Semoga berbahagia dan diampunkan dosa mama.Ya-Allah,dengarlah permintaan hambamu yang berdosa ini."Sasha bangun perlahan.Selepas ini dia akan dihantar ke rumah anak yatim pula.Suliya ,kau yang teristimewa.Aku sanjung pengorbananmu,walupun lidah dan tanganku ini banyak melukai dan menyakitiku,semoga berbahagia,Suliya ,!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience