BAB 2

Romance Completed 720

"Woi,aku suruh kau ambik pen,bukan pensel,bodoh!"Kedengaran satu suara sedang melepaskan geram.Sasha menengking adiknya,Suliya .Baru puas hatinya dapat melepaskan amarahnya terhadap budak yang dianggap sial bagi dirinya itu.
"Maa..maaf..Kak..Suliya tak..peraasan..tadi.."Suliya menjawab,mulutnya terketar-ketar.Mulutnya yang herot menyebabkan percakapannya tersekat-sekat.
"Heii,aku tak nak tau semua tu.Aku tau kau ni cacat je,tak pekak,tak bisu.Apasal boleh pekak tiba-tiba ni?Ni balasan untuk kau sebab kau mengada-ngada sangat!"Sasha membalas lagi.Kata-katanya sungguh berbisa.Hampir saja air mata Suliya gugur.Hatinya sedih diperlakukan begitu.Dia tidak pernah meminta kasih-sayang yang berlebihan daripada mama.Mama yang seboleh-boleh hendak memanjakan dirinya.Pernah Suliya menyuarakan rasa kasihannya terhadap Sasha kepada mama kerana mama lebih mementingkan dirinya daripada Sasha .Tapi,mama tetap dengan sikapnya.Suliya sedar,dirinya siapa,dia seorang yang tidak seperti manusia lain bagi dirinya.Dia tidak boleh berjalan,dia tidak boleh bercakap dengan lancar sejak pertama kali melihat dunia.Tetapi,Suliya tetap bersyukur kepada tuhan kerana memberinya peluang untuk merasai kenikmatan hidup di bumi tuhan ini.Suliya tersenyum dalam kelukaan hati.Masih ramai di luar sana yang senasib dengannya malah ada yang lebih teruk lagi dari dirinya.
"Hei budak,apa senyum-senyum?Cepat kau pergi tukarkan pensel ni dengan pen,aku nak buat kerja sekolah ni!"Sasha memandang tajam kearah Suliya seperti seekor harimau yang hendak menerkam mangsanya.
"Bbbaik..Kak.."
Suliya memusing-musingkan tangannya pada roda di kerusi roda itu.Perlahan-lahan dia menolak roda kerusi itu untuk keluar dari pintu bilik tidur Sasha .Sasha tersenyum puas!Mama tiada di rumah,tiada siapa yang akan tahu apa yang telah diperlakukannya terhadap Suliya yang tidak ubah seperti orang gaji!Sasha tergelak kecil,masa inilah untuknya menjadi raja,jika tidak selama ini,segala emas dan permata hanyalah Suliya !Apabila dapat mempermainkan adiknya yang kurang upaya itu,baru puas dan senang hatinya!
"Kak…Suliya daah carrik..ttapi ttak juumpa."
Suliya tiba-tiba terpacul di hadapan pintu bilik Sasha bersama kerusi rodanya sekali,Suliya berkata sambil mulutnya terherot-herot.Memang seksa untuk berkata-kata walau satu patah perkataan dengan keaadaan mulut yang senget tidak seperti orang normal yang lain.
"Ehh,budak ni,kau carik pakai lutut ke?Buta betullah kau ni!"Sasha bangun laju dari tempat duduknya lalu menuju kearah Suliya dengan perasaan geram.
"Kkkak…maaf..Suliya ttak sengaja."Suliya menundukkan wajahnya,tidak berani bertentang mata dengan kakaknya yang bengis itu.Sasha melepaskan geram,dia menonjol kepala si Suliya .Suliya hanya diam membisu,dia tidak mampu melawan kudrat kakaknya yang seribu kali ganda dari dirinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience