"Hah!Tau pun kau diam,eh,kau sedar la sikit kau tu siapa!Kau tu beban bagi aku,kau tau tak?Kau susahkan hidup aku! Sebab kaulah mama tak pedulikan aku, sebab kaulah mama tak pernah pandang aku sebagai anak!" Sasha naik hantu, ditampar-tamparnya lengan dan pipi Suliya tanpa belas kasihan. Kedengaran esak kecil Suliya yang dalam kesedihan.Tangisannya penuh dengan kedukaan,antara kasih sayang mama dengan kebencian saudara kandungnya sendiri !Dia,Suliya tersepit. Sudah beberapa kali dia mengatakan,dia tidak pernah meminta hidup begini. Mengapakah hidupnya ini terlalu kejam terhadap dirinya? Sudahlah serba kekurangan ,dibenci lagi! Sampai satu tahap dia menyesal kerana telah dilahirkan di dunia kerana kehadirannya hanya untuk membawa kesusahan kepada orang sekeliling. Baginya,tiada gunanya untuk dirinya hidup.Tiada setitik kasih saudara pun yang dapat dinikmatinya.Mama sahajalah yang benar-benar sayangkan dirinya.Tiada sesiapa lagi di dunia ini yang mengasihi dirinya yang tidak sempurna itu.Dia tidak pernah mempunyai rakan-rakan,teman-teman atau kawan-kawan sebagai tempat untuk berkongsi atau mengadu.Hanya mamalah yang menjadi rakan,teman dan kawan setianya selama ini,berbanding Sasha yang selalu sahaja di sapa kemana-mana dirinya pergi.Manik jernih yang sedari tadi sudah bertakung di dalam kelopak mata Suliya ,tumpah juga akhirnya.Dia tidak dapat membayangkan nasibya yang sentiasa begini.Dia berharap suatu hari nanti,Sasha akan dapat menerimanya sebagai adik,Suliya tidak mahu Sasha dengan dirinya bermusuhan,kerana air yang dicincang tidak akan putus.Suliya mengesat air matanya semula,dia beristighfar memikirkan perkara tadi.Hanya ALLAH yang memahami perasaannya ketika itu.Perlahan dia mengesat air matanya dengan lengan baju yang dipakainya itu.Nafas Sasha kelihatan turun naik menahan marah.Sudah tidak tahu apa yang perlu dilepaskan kepada adiknya yang paling dibenci seorang ini!Buat seterusnya Sasha hanya menendang-nendang roda kerusi roda itu sambil menyumpah-nyumpah.Sesekali dia mencubit-cubit bahu dan lengan Suliya .Hatinya sudah dikuasai oleh api kemarahan.Membunuh Suliya pun sanggup dilakukannya kalau dia sudah tidak dapat mengawal diri.Sasha tersedar selepas itu tetapi masih menyumpah-nyumpah sedari tadi.Tangisan Suliya semakin kurang kedengaran.SEketika Sasha sedang dalam beremosi sambil menyumpah-nyumpah,kedengaran satu suara
"SASHA !"
Suara itu amat dikenali oleh Sasha dan Suliya .Itu mama!Mama menjerit memanggil nama Sasha .Mama sudah melihat segala apa yang dilakukan Sasha terhadap Suliya tadi!
Sasha menggigil.Tubuhnya berpeluh.Sepatutnya mama belum lagi pulang dari kerja kebiasaannya pada waktu begini.Suliya juga kaget.Entah hukuman apa yang bakal dihadapi oleh Sasha selepas ini?Perkara itu merunsingkan Suliya .Suliya tidak mahu Sasha menerima padah dari mama di sebabkan dirinya.Rasa bersalah berputik di hati Suliya .Kalaulah dia mencari dengan betul pen yang diminta oleh Sasha tadi,mungkin Sasha tidak akan memarahinya dan mama juga tidak akan memarahi Sasha .Sasha hanya tunduk ke lantai.Jantungnya seperti hendak tercabut.Peluh membasahi dahi dan badannya.Dia menanti hukuman mama dengan penuh rasa getar.
"SASHA !Kau tidur kat luar malam ni!"Mama menjegil tajam.Suaranya meninggi bergema.
"Ma,mama,Sasha minta ampun,ma…Ma,sorry ma.."Sasha melutut di hadapan mama.Mama hanya berpeluk tubuh.Sasha merayu-rayu agar hukuman untuk dirinya dikurangkan lagi.Kali ini,kebenciannya Sasha terhadap Suliya sudah tidak tertanggung lagi.
"Mama,maaf mama,mama,tolonglah,kesiankan Sasha mama!!"Sasha menjerit merayu.Air mata hiba disertakan dengan esak tangisan Sasha yang tidak ubah seperti anak kecil yang merayu orang tuanya supaya membelikan mainan.Suliya juga mula mengalirkan air mata sekali lagi.Tidak sanggup dilihatnya drama yang sedang ‘berlangsung’ di depan matanya itu.Dia tahu,saat itu,Sasha pasti marah dan semakin membenci dirinya.Aduh,mama!Mama tidak mengertikah?Sasha juga perlukan layanan seperti mana mama melayan Suliya .Apa mama tidak mengetahuikah bahawa kasih sayang mama yang berlebihan terhadap Suliya seiring dengan kebencian Sasha terhadap dirinya?Mama,mama mengertilah anak mama ini.Anak mama ini bukan tidak menghargai kasih sayang mama,tetapi anak mama ini sedih dengan kasih-sayang yang mama curahkan terhadap Suliya disebatikan bersama kebencian saudara sendiri.
Suliya cuba menghalang mamanya,tetapi,apakan daya tenaganya?
Share this novel