Rate

BAB 50 - TAHNIAH!!!

Romance Completed 454604

Pagi itu Inas bangun dari tidurnya... Dia yang tidur di dalam biliknya sendiri bangun ke bilik air dan siap untuk solat.

Sejadah dihamparkan ke lantai menghadap ke arah kiblat.. Telekung juga telah tersarung ke tubuhnya..

"kenapa kami tak berjemaah saja.. Kan pahalanya berlipat kali ganda dari solat seorang diri.." Inas berjalan keluar dari biliknya menuju ke bilik Raif..

Pintu bilik itu diketuknya..

"manja.. Manis ni.."

"manja dah bangun ke?.." tanya Inas..

Pintu bilik itu diketuknya lagi..

"manja.. Jom solat sama.. Manis dah siap ni.." tangan Inas memusing tombol pintu bilik itu..

"tak kunci rupanya.." pintu itu ditolak olehnya.. Kemudian Inas berjalan masuk kedalam..

Diatas katil ada sekujur tubuh sedang tidur mengiring menghadap ke arah tingkap.

"manja?.." panggil Inas..

"......." Raif..

"manja.. Bangun lah.. Kita solat sama.." bahu Raif disentuh oleh Inas.. Dengan tangannya yang berlapik kain telekung..

"manja.." kali ini bahu itu digoyang lembut oleh Inas.

Plak... Tangan Inas ditepis kasar oleh Raif.. Tersentak Inas dibuatnya... Terus dia menarik tangannya semula..

"dah lah.. Manis solat sendiri.." Inas berpaling dari situ.. Kakinya melangkah dengan cepat berjalan ke arah pintu.. Inas terus memegang tombol pintu lalu menariknya..

BAM!

Pintu itu ditutup semula.. Inas.. Inas melihat tangannya yang tadi memegang tombol pintu kini tangan itu kosong..

"tunggu.. Manja siap dulu.." Inas melihat ada tangan Raif di atas kepalanya.. Terus Inas berpaling kebelakang.. Tergejut Inas melihat sepasang mata milik Raif sedang kemerahan dan membengkak..

"kenapa dengan mata manja.." tangan Inas menunjuk ke arah wajah Raif..

"mengantuk.." jawap Raif pendek.. Dia menggosok matanya dengan belakang tangan..

"hmm.. Manis tunggu manja di bilik sana.." kata Inas menunjuk ke arah belakangnya..

"manis marah manja..? Kenapa manis tidur disana..? Kenapa tak tidur di sini?" tanya Raif dengan suara yang mendatar dan sayu.

"manis.. Tak sihat.. Takut nanti manja berjangkit pula.." Inas memberi alasannya.. Entah kenapa dia tak tidur di bilik Raif.. dan memilih untuk tidur disana.. Di biliknya sendiri.

"manis tak sihat? demam?" tangan Raif diangkat tinggi untuk menyentuh dahi Inas.. Cepat-cepat Inas menutup wajahnya dengan tangan..

"manis ada wuduk ni.." potong Inas.. Raif kembali menjatuhkan tangannya kebawah..

"tunggu manja mandi dulu.. Kita solat sama.." Raif mengundurkan langkahnya ke belakang kemudian terus masuk kedalam bilik air.

'kenapa aku rasa ada jurang tercipta di antara kami..? Hemmm.. Mungkin perasaan kau aja kot Inas...' keluh Inas melihat pintu bilik air yang sudah kembali ditutup rapat oleh Raif.. Dari dalam sana mula kedengaran bunyi rintik-rintik air yang jatuh ke lantai..

Selesai solat berjemaah.. Inas menyalam dan mencium tangan Raif..

"ada yang manja terlupa?" tanya Raif.. Raif dapat merasakan ada sesuatu yang penting yang dia lupakan terang Inas.. Tapi dia tak pasti apakah itu. Inas mengangkat wajahnya melihat ke arah Raif.. Perlahan-lahan kepalanya menggeleng ke kiri dan kanan. Inas kembali menarik tangannya..

"betul ni.." tangan Inas ditangkap semula oleh Raif..

'hal kecil saja tu.. Tak perlulah rasanya nak kena beban kan dia.. Ada perkara penting yang perlu aku dipikirkan selepas ini..'

"asal manja tahu manis ni isteri manja... Itu dah memadai.." balas Inas..

"alhamdulillah.. Manja masih ingat.. Cuma.. Manja macam ada terlupa kan sesuatu.." berkerut dahi Raif ketika itu..

"tak apa.. Manja.." Raif mengangkat tangannya menyentuh dahi Inas.. Terasa haba yang keluar dari dahi milik Inas.

"manis demam?" tanya Raif cemas..

"sikit aje ni.." Inas membawa turun semula tangan Raif yang melekat di dahinya..

"marilah kita turun sarapan.. Lepas sarapan.. Manis boleh makan ubat.." kata Raif polos menarik tangan Inas untuk bangun..

"manja.. Manis ingat manis nak keluar kejap nanti.. Boleh yea..?" tanya Inas.. Tangannya menanggalkan telekung..

"manja ikut..?"

"iya.. Boleh.." Inas menarik bibirnya tersenyum..

Mereka turun ke bawah bersama-sama.. Maya yang kebetulan baru keluar dari biliknya menyapa pasangan itu dan turun ke bawah bersama..

Inas kedapur untuk membuat air malt yang kerap dia minum kebelakangan ini.. Sempat dia menukar botol ubat yang ada di almari itu dengan botol ubat yang ada didalam kocek seluarnya.. Kemudian dia berjalan seperti biasa ke ruang makan membaca secawan malt panas ditangannya..

"Rohana.. Bawakan ubat untuk Manja.. Saya dah nak ke pejabat ni...." arah Maya melihat ke arah Rohana dan Melati yang sedang berdiri tak jauh dari situ.

"ya.. Baik Tun.." jawap Rohana.. Berjalan keluar dari ruang makan menuju ke dapur..

Maya berpaling melihat ke arah Inas.. Mereka berdua sama sama saling bersenyuman..

"manja.. Hari nak buat apa?" tanya Maya..

"baca buku.. Main dengan Ash.." balas Raif polos.. Persis anak kecil yang sedang menjawab kepada ibunya.

"bagus tu.. Nanti tinggal dengan Inas.. Jangan nakal-nakal tau.. Tak mahu mengamuk - mengamuk macam sebelum ni.. Faham!" kata Maya.. Menggosok kepala Raif.

'kenapa mama layan Raif macam budak kecil.. Ya Allah.. Geram pula tengok layanan mama.. Sampai hati mama buat Raif macam ni.. Mama sengaja bodoh- bodohkan Raif kan.. Supaya senang mama nak mengawal dia kan..'

" ini ubatnya Tun.." Rohana datang menatang dulang ditangannya.

"kita makan ubat ya sayang.." kata Maya.. Angguk saja Raif kepada mamanya.

Maya menyuakan penutup botol.. Yang terisi sebiji ubat di dalamnya.. Raif menyambut ubat itu terus dibawanya ke bibirnya dan mendongak menelan ubat itu.. Gelas yang berisi air putih diteguknya..

" anak baik.. Macam tu lah.. Mama nak pergi kerja ni.. Duduk dengan Inas ya.. Inas jaga manja yea.. Mama dah nak pergi ni.." kata Maya seraya bangun dari kerusi yang dia duduk menggosok kepala Raif dengan lembut..

'anak baik!? Kenapa dia cakap macam aku ni pengasuh Raif pula..?' Inas turut bangun menyalam tangan Maya..

Selesai makan Raif masuk ke bilik bacaan seperti hari-hari sebelum ini.. Masa itulah Inas mengambil peluang untuk keluar..

Inas memandu keluar dari rumah besar itu menuju ke farmasi yang pernah dia pergi sebelum ni.. Sekali lagi dia menukar isi yang terdapat didalam botol ubat itu..

Sebelum balik Inas singgah ke klinik untuk memeriksa dirinya sendiri..

"Inas auliya..." kedengaran namanya dipanggil di kaunter pendaftaran..

"ya saya.. " jawap Inas sebaik berdiri di hadapan kaunter itu.

"ini mykad cik.. Cik boleh terus masuk ke dalam bilik rawatan.. Yang kedua.." kata wanita yang berdiri di sebalik kaunter sebelah dalam sana.

"baiklah terima kasih.." jawap Inas.. Inas melangkah pergi.. Mencari pintu bilik rawatan nombor dua..

'alhamdulillah doktor perempuan..' sebaik membaca nama doktor bertugas yang di pamerkan di luar pintu.

Pintu bilik itu diketuk oleh Inas...

"jemput masuk.." kedengaran suara menyahut dari dalam..

"assalamualaikum.." Inas memberi salam sebaik pintu itu ditolak.. Dapat dia lihat seorang wanita berjubah putih sedang tersenyum ke arahnya..

"waalaikumsalam.. Masuklah. Cik.. Sila duduk.." pelawa doktor wanita itu..

Inas tersenyum dan mengangguk sedikit.. Kemudian barulah dia melabuhkan punggungnya disitu.. Duduklah Inas diatas kerusi yang ada di samping meja dekat dengan doktor tersebut.

"Ya, ada masalah apa?" tanya doktor tersebut.. wajah yang putih itu diserikan lagi dengan sebuah senyuman melengkapi wajahnya.

"saya.. Dua tiga hari kebelakangan ni tak sedap badan.. Demam on off.. Makan pun tak berselera sangat doktor.." terang Inas memberitahu serba sedikit masalah kesihatan yang dialaminya.

"bujang ke dah berkhawin?" tanya doktor itu..

"saya.. Saya dah berkahwin.." jawap Inas menunjuk ke arah dirinya sendiri.

"puan lah ni.." kata doktor itu sambil ketawa..

"boleh saya tahu tarikh akhir kedatangan haid puan.. Manalah tahu kan.. Ada orang baru.." kata doktor itu sekadar meneka..

"haid?" kata Inas bingung.. Matanya mula meliar memandang tak tentu arah.

'takkanlah cepat ini..? Tak apalah periksa saja dahulu..'

Inas memberikan tarikh akhir sahabat setiap wanita itu.. Bila akhir kali datang mengunjunginya.. Tersenyum melebar saja doktor wanita itu kepada Inas..

"kalau ikutkan.. Puan sepatutnya sudah lepas dari kitaran puan yang akan datang kan..?" Inas menelan air liurnya dan berdehem sedikit.. Perlahan-lahan kepalanya di anggukkan..

"kita buat urine pregnancy test lah kalau macam ni.. Boleh puan..?" tanya doktor itu..

"puan?" panggil doktor itu bila melihat Inas diam tak mengangguk mahupun menggeleng.

"ya.. Saya.." akui Inas.

Di dalam.. Bilik air.. Inas sedang mundar mandir memegang alat pengujian kehamilan itu..

"puan dah sudah" di luar kedengaran suara memanggilnya..

"ya sudah..!" pintu bilik air itu dibuka.. Alat tadi diserahkan kepada wanita yang menunggunya di luar bilik air..

"terus masuk ke bilik tadi ya.." katanya tersenyum melihat hasil dari alat tersebut.

Inas kembali masuk ke bilik rawatan tadi.. Belum sempat pintu bilik itu kembali tertutup.

"tahniah puan! Puan akan menjadi ibu tak lama lagi.. " doktor itu bangun.. Menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan Inas..

'Tahniah ! Untuk waktu sekarang ni?? Dalam keadaan macam ni?? Mampu kah aku?? Mampukah dia?? Aku.. Apa pun.. Aku harus kuat!.. Demi dia.. Dan.. Buah hati kami..!'

Yeayyy!! Tahniah buat manis n manja.. Tq.. Semua pembaca.. Sudi baca karya waney yangbtak seberapa ni.. Tq.tq.tq.. Sayang hanpa semua... Muaahhh muahh muaahhh... (^-^)

Share this novel

K Monalissa
2020-10-26 20:47:15 

sambungan seterusnya boleh

K Monalissa
2020-10-26 20:47:11 

sambungan seterusnya boleh

WaneyZack
2020-10-26 19:54:55 

Dah ni.. Sekarang ni.. Ubat tu semuanya inas dah tukar.. Senyum je inas tgok maya ubat yang dah ditukar


NovelPlus Premium

The best ads free experience