SBMC : BAB 2 (KASUT BAHARU)

Romance Series 52

IZZARA masih kaku. Dia sedar tangannya sedang mencengkam sedikit bahagian dada kemeja lelaki itu untuk kekalkan keseimbangan tubuhnya. Dia juga sedar jarak antara mereka hampir tiada. Dan, yang paling dia sedar, tangan Ariq masih berada di pinggangnya.

"Encik Ariq..." suara Izzara keluar perlahan.

Ariq menunduk sedikit.
"Ya?"

"I..." Izzara menelan liur.

Kenapa suara lelaki ini tiba-tiba kedengaran lain? Lebih rendah. Lebih dekat. Lebih mengganggu degupan jantungnya.

Ariq memandang tepat ke matanya.
"Kalau you nak terus macam ni, I tak kisah."

Izzara terus tersedar. Matanya membulat.
"Ha?"

Ariq mengangkat sebelah kening.
"I cakap kalau you selesa berada dalam keadaan ni, I okey je."

Barulah Izzara sedar posisi mereka.
"Ya Allah!"

Dia segera bangun sendiri dan menjauhkan diri daripada lelaki itu, wajahnya merah padam.

"Maaf, Encik Ariq! I tak sengaja!"

Ariq membetulkan kemejanya yang sedikit berkedut akibat dicengkam tadi. Wajahnya kembali tenang, tapi hujung bibirnya terangkat sedikit.

"Nasib baik I ada."

Izzara memandangnya dengan muka malu bercampur geram.
"Terima kasih."

"Sama-sama."

Ariq menjeling ke arah kaki wanita itu.
Kemudian, dia menjeling semula wajah Izzara.
"Walaupun sebenarnya I rasa lubang tu tak bersalah."

Izzara mengerutkan dahi.
"Maksud encik?"

Ariq menunjuk ke arah kasut tinggi yang dipakai Izzara.
"Kasut you tu rasanya dah layak masuk tong sampah."

Izzara memandang kasutnya. Kemudian, memandang Ariq semula.
"Jangan nak hina kasut I."

"I tahu. I cuma rasa, kasut tu memang tak sesuai dengan you."

Izzara terdiam beberapa saat sebelum menjawab, "I rasa kasut I tak ada masalah."

Ariq menghela nafas kecil.
"Baru hari pertama kerja, dah hampir cederakan diri sendiri sebab kasut. Esok lusa mungkin kasut tu cuba bunuh you pula."

Izzara menjeling tajam.
"Encik Ariq ni memang tak boleh cakap baik-baik ke?"

"I tengah cuba."

"Tak nampak pun."

"Sebab you tak pandai menghargai."

Izzara mengetap bibir, cuba tahan geram.
Namun, sebelum dia sempat menjawab, Ariq dah memandang ke arah kereta e-hailing yang masih menunggu. Kemudian, pandangannya kembali kepada Izzara.

"Ni, pemandu e-hailing you?"

"Ya."

"Batalkan."

Izzara terkebil-kebil.
"Kenapa pula I nak batalkan?"

"Biar, I hantar you."

"I boleh balik sendiri."

"I know."

"So?"

"I tetap nak hantar."

Izzara menghela nafas.
"Encik Ariq, I tak perlukan..."

"I tak tanya you perlukan atau tak." nada Ariq masih tenang, tapi cukup tegas untuk buat Izzara terdiam.

Lelaki itu kemudian berjalan menuju ke keretanya. Selepas beberapa langkah, dia berhenti dan menoleh.
"You nak berdiri dekat situ sampai I nak dukung you tu pulak?"

Izzara menjelingnya.
"Encik ni..."

Ariq tersenyum kecil. Tanpa pilihan lain, Izzara akhirnya membatalkan tempahan e-hailingnya lalu berjalan mendapatkan Ariq.
Tapi, baru sahaja nak melangkah, Ariq menghampirinya dan terus mencempung tubuhnya. Perlahan-lahan dia mendudukkan kembali tubuh Izzara di tempat duduk di sebelah pemandu.

Ariq menunjuk ke arah kasutnya.
"Berikan I kasut you tu."

Izzara terpinga-pinga.
"Kenapa?"

"I nak buang. Kita beli kasut baru."

"No... jangan, Encik Ariq!"

"I tak minta you pilih." Ariq terus membuang kasut Izzara ke dalam tong sampah berdekatan.

"Encik Ariq!"

Ariq membuka pintu keretanya dan meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan, Izzara sengaja memandang keluar tingkap, cuba abaikan lelaki di sebelahnya.

Namun, Ariq pula sesekali mencuri pandang ke arah gadis itu.
"You suka sangat kasut tu?"

Izzara menjawab tanpa memandangnya.
"Yelah."

"Kenapa?"

"Cantik."

"Buat apa cantik, tapi tak praktikal."

"Tak semua benda dalam hidup kena praktikal."

Ariq tersenyum nipis.
"Betul."

Izzara akhirnya menoleh.
"Kenapa?"

"I cuma baru sedar."

"Apa?"

Ariq memandangnya seketika sebelum kembali fokus kepada jalan.
"You pun rupanya ada benda yang you degilkan."

Izzara mencebik.
"I bukan degil."

Ariq ketawa kecil. Beberapa minit kemudian, kereta mereka berhenti di depan sebuah butik kasut eksklusif. Izzara terus memandangnya dengan wajah tak percaya.
"Encik serius?"

Ariq mematikan enjin.
"Sangat."

"I cuma nak balik rumah."

"I pun."

"Jadi kenapa kita dekat butik?"

"Sebab I nak pastikan you sampai rumah dengan kedua-dua kaki masih elok."

Izzara menggeleng kepala.
"Encik ni pelik."

Ariq keluar dari kereta lalu berjalan ke sebelah penumpang untuk membuka pintu buatnya. Dia menghulurkan tangan. Izzara memandang tangan itu. Kemudian, dia menatap wajah Ariq.

"Apa?"

"Turun."

"I boleh turun sendiri."

"I tahu."

"Jadi kenapa hulur tangan?"

Ariq tersenyum sambil mengangkat kening.
Namun, Izzara akhirnya menyambut tangan lelaki itu. Jari mereka bersentuhan.
Sekejap saja. Tapi, cukup untuk buat kedua-duanya diam.

Ariq memandang tangan mereka yang bertaut sebelum mengangkat mata kepada Izzara. Kali ini, tiada senyuman sinis di bibirnya. Hanya satu pandangan yang sukar ditafsir. Izzara segera menarik tangannya dan keluar dari kereta.

"Jangan perasan," katanya, cuba menyembunyikan wajah yang kembali memerah.

Ariq ketawa perlahan.
"I belum cakap apa-apa pun."

"Alamak... Encik Ariq, sejuknya..."

Ariq berjalan di sisinya menuju ke butik, terhenti.

"Apa, apa yang sejuk?"

Izzara mendengus.
"Kaki... kaki I."

Ariq tersenyum melihat Izzara kini berada di dalam cempungannya. Sejak wanita itu hampir terjatuh tadi, dia mula rasa sesuatu yang pelik. Sesuatu yang tak pernah dirasakannya terhadap mana-mana wanita sebelum ini.

Ariq Iffat mula tertanya-tanya, mungkin membuka hatinya semula kepada seorang gadis bukanlah keputusan yang patut dibuatnya. Atau, mungkin itulah keputusan pertama yang benar-benar mahu dibuat oleh hatinya sendiri.

***

PAGI berikutnya, Ariq Iffat tiba di pejabat lebih awal daripada biasa. Itu sendiri sudah cukup pelik. Biasanya, lelaki itu tidak pernah mempunyai sebab untuk datang seawal itu kerana mesyuarat pertamanya hanya bermula pada pukul sembilan pagi. Namun, hari ini entah mengapa dia sudah berada di tingkat paling atas Ariq Holdings sejak pukul tujuh empat puluh lima minit pagi.

Bukan kerana ada mesyuarat. Bukan juga kerana ada urusan penting. Sebenarnya, Ariq sendiri tidak tahu kenapa dia datang awal. Dia duduk di kerusi empuk di belakang meja kerjanya sambil menyemak beberapa dokumen di hadapan mata, tetapi sudah hampir lima minit helaian yang sama berada di tangannya tanpa satu perkataan pun benar-benar masuk ke dalam fikiran.

Pandangannya sesekali beralih kepada jam di dinding yang menunjuk jam 7:52 pagi. Ariq mengerutkan dahi. Kenapa dia tengok jam?
Dia kembali membaca dokumen. Beberapa saat kemudian, matanya sekali lagi melirik jam.

Pukul 7:54 pagi.

"Tak guna."

Ariq meletakkan pen di atas meja dengan sedikit kasar. Dia tidak pernah menunggu sesiapa. Lebih-lebih lagi seorang pekerja.
Namun pagi ini, tanpa dia sedari, fikirannya tertumpu kepada seorang gadis yang hampir tertelungkup di atas jalan malam tadi.

Dan entah kenapa, wajah Izzara ketika berada dalam pelukannya masih muncul dalam ingatan. Cara wanita itu memandangnya. Wajah merah menahan malu. Suara halus gadis itu ketika mengucapkan terima kasih.

Ariq menghela nafas panjang lalu menggelengkan kepala.
"Sudahlah."

Dia mencapai telefon bimbit. Kemudian, membuka aplikasi mesej syarikat.
Jarinya berhenti di atas nama Izzara Qaireen. Dia mahu menaip sesuatu.
Namun, dia tidak tahu apa.

> Datang bilik I.

Terlalu jelas.

> Boleh jumpa I sekarang?

Lebih jelas.

> You dah sampai?

Lebih tidak masuk akal.

Ariq mengetap bibir sebelum meletakkan telefon semula.
"Kenapa aku nak panggil dia?"

Pintu biliknya diketuk.
"Masuk."

Pembantu peribadinya, Faizal, muncul dengan beberapa fail.
"Tuan Ariq, ini dokumen yang tuan minta semalam."

Ariq menyambut fail itu. Kemudian, dia tiba-tiba bertanya, "Izzara dah sampai?"

Faizal terdiam.
"Siapa?"

Ariq mengangkat wajah.
"Izzara... Izzara Qaireen."

"Oh. Cik Izzara?"

"Ya."

"Setahu saya belum. Kenapa, tuan?"

Ariq terus kembali melihat fail.
"Tak ada apa."

Faizal mengangguk perlahan, tetapi riak wajahnya jelas menunjukkan dia sedang cuba memahami sesuatu.

Ariq menjeling.
"Ada masalah?"

"Tak ada."

"Kalau tak ada, keluar."

"Baik, tuan."

Sebaik sahaja pintu tertutup, Ariq bersandar pada kerusinya. Dia mengeluh perlahan.
Baru pertama kali dia bertanya tentang seorang pekerja dan pembantunya sudah mula pelik. Memang menyusahkan.

Pada pukul lapan dua puluh pagi, pintu lif terbuka di tingkat bawah. Izzara melangkah keluar dengan fail di dada. Hari ini penampilannya jauh berbeza daripada semalam. Dia mengenakan kebaya moden berwarna lembut yang dipadankan dengan kain batik kontemporari, rambutnya disanggul ringkas dengan beberapa helaian jatuh lembut di sisi wajah. Penampilannya sederhana tetapi cukup ayu sehingga beberapa orang pekerja yang sedang berjalan di lobi sempat menoleh.

Namun, bukan itu yang menarik perhatian Ariq. Lelaki itu baru sahaja keluar daripada lif persendirian apabila pandangannya secara tidak sengaja jatuh kepada Izzara.
Langkahnya terhenti. Untuk beberapa saat, Ariq hanya memandang.

Izzara sedang berbual dengan seorang staf wanita sambil tersenyum kecil. Senyuman itu tidak terlalu lebar, tetapi cukup untuk mengubah seluruh wajahnya. Ariq tidak sedar bibirnya sendiri terangkat sedikit.
Sehinggalah matanya jatuh ke bawah.

Kasut. Kasut yang dibelinya malam tadi.
Kasut tumit sederhana berwarna krim yang dipilihnya sendiri selepas memaksa Izzara mencuba hampir enam pasang. Dan, hari ini kasut itu tersarung kemas di kaki wanita tersebut.

Senyuman nipis di bibir Ariq semakin jelas.
"Nasib baik dia pakai."

Dia tidak sedar dirinya bersuara perlahan.
"Apa yang tuan cakap?"

Ariq tersentak lalu menoleh. Faizal berdiri di belakangnya.
"Tak ada apa."

Ariq terus berjalan. Tetapi, ketika berselisih dengan Izzara, matanya sempat melirik ke arah kasut tersebut sekali lagi. Izzara yang menyedari pandangan itu turut memandang ke bawah sebelum mengangkat wajah kepadanya.

"Selamat pagi, Ariq... eh, Encik Ariq."

Ariq berhenti.
"Selamat pagi."

Pandangan lelaki itu turun sekali lagi ke arah kasutnya.
"Bagus."

Izzara mengerutkan dahi.
"Apa yang bagus?"

"Kasut."

Izzara tersenyum kecil.
"Terima kasih."

"Jangan ucap terima kasih. I cuma tak mahu you jatuh lagi. Tak kuasalah I nak jadi hero you. Sakit tau, pinggang I ni."

Izzara menjeling.
"I tak jatuh pun hari ini."

"Baru pukul lapan."

"Encik Ariq!"

Ariq tersenyum nipis sebelum meneruskan langkah. Dia tidak tahu kenapa gurauan kecil itu membuatkan mood paginya jauh lebih baik. Tetapi, hanya satu perkara dia pasti. Dia mahu bercakap dengan gadis itu lagi.

Pukul sembilan lima belas pagi. Ariq menekan butang interkom.
"Faizal."

"Ya, tuan?"

"Panggil Izzara ke bilik I."

"Atas urusan apa?"

Ariq diam. Dia memandang dokumen di atas meja.
"Marketing."

"Dokumen marketing yang mana, tuan?"
Ariq diam lagi.

Faizal mungkin boleh mendengar lelaki itu menarik nafas.
"Tak perlu banyak soal. Panggil sahaja."

"Baik, tuan."

Tidak sampai lima minit kemudian, ketukan kedengaran.
"Masuk."

Izzara muncul di muka pintu.
"Encik panggil I?"

Ariq mengangguk.
"Ya."

Izzara masuk sambil membawa buku nota.
"Ada apa?"

Ariq memandangnya. Kemudian, memandang buku nota.
"You bawa nota?"

"Ya."

"Untuk apa?"

"Encik panggil I. I ingat ada arahan kerja."

Ariq terdiam. Entah kenapa jawapan itu membuatkan dia rasa sedikit bersalah.
Dia sendiri tidak mempunyai perkara penting untuk dibincangkan.

"Ya. Kerja."

"Kerja apa?"

Ariq mencapai satu fail secara rawak.
"Ini."

Izzara mengambil fail tersebut dan membukanya.
"Analisis kempen bulan lepas?"

"Ya."

"I dah buat semalam."

Ariq terdiam.
"Oh."

Izzara memandangnya dengan dahi berkerut.
"Encik tak baca?"

"I baca."

"Jadi kenapa panggil I?"

Ariq memandangnya.
"Untuk pastikan you memang buat."

Izzara mengangkat sebelah kening.
"Encik panggil I ke bilik hanya untuk tanya I buat kerja yang encik sendiri dah semak?"

"Ya."

"Kenapa?"

Ariq bersandar.
"Tak boleh?"

Izzara menghela nafas kecil.
"Boleh."

"Bagus." Ariq cuba menahan senyum.

Izzara menutup fail.
"Kalau dah tak ada apa-apa, I keluar dulu."

Ariq mengangguk.

Izzara baru dua langkah menuju pintu apabila Ariq tiba-tiba bersuara.
"Izzara."

Dia berpaling.
"Ya?"

Ariq memandang kasutnya.
"Kasut tu selesa?"

Izzara terdiam. Kemudian, senyumannya muncul sedikit.
"Selasa."

Ariq mengerutkan dahi.
"Selasa?"

"Maksud I, selesa. Selesa sangat. Terima kasih Encik Ariq belanja kasut mahal ni semalam untuk I."

Ariq hampir tersenyum.
"You ni... come on, that's no big deal to me, Izzara."

Izzara memandangnya dengan pelik sebelum keluar. Sebaik sahaja pintu tertutup, Ariq bersandar di kerusi dan mengusap dagu.

Dia benar-benar sudah gila. Dia baru sahaja memanggil seorang pekerja ke biliknya semata-mata untuk bertanya tentang kasut.
Namun, permainan kecil itu tidak bertahan lama.

Menjelang tengah hari, suasana di seluruh tingkat pengurusan bertukar tegang.
Izzara baru sahaja selesai menyemak dokumen projek terbesar yang diberikan kepadanya apabila telefonnya berdering.

"Ya, Izzara bercakap."

Suara Faizal kedengaran dari hujung talian.
"Cik Izzara, boleh datang bilik CEO sekarang?"

Izzara mengerutkan dahi.
"Kenapa, Faizal?"

"Encik Ariq nak jumpa."

"Baik, saya ke sana sekarang."

Dia segera membawa fail projek tersebut ke bilik CEO. Namun, sebaik sahaja pintu dibuka, dia dapat merasakan sesuatu yang berbeza.

Ariq tidak lagi tersenyum. Wajah lelaki itu serius. Di atas mejanya terletak beberapa helaian laporan yang sudah ditanda dengan pen merah.

"Sini... duduk."

Izzara menghampiri meja.
"Encik panggil I?"

Ariq mengangkat satu helaian.
"Ini data yang you sediakan?"

Izzara mengambilnya.
"Ya."

"You semak sebelum hantar?"
"Sudah."

"Betul?"

"Betul, Encik Ariq. I dah semak beberapa kali."

Ariq menolak kasar dokumen itu ke arahnya.

Happy reading gaisss?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience