SAAT BERHENTI MENGEJAR CINTAMU

Erna Md Nordin

Romance Series 52
0
(0 ratings)

Synopsis

Izzara Qaireen sudah terlalu lama mengejar seorang lelaki yang tidak pernah benar-benar mahu dikejar. Ariq Iffat seorang CEO muda, tampan, kaya, angkuh dan terlalu selesa dengan perhatian Izzara. Dia suka menjual mahal, sengaja membuat Izzara cemburu dan yakin wanita itu tidak akan pernah meninggalkannya. Sehinggalah suatu hari, Izzara berhenti. Tiada lagi mesej. Tiada lagi penantian. Tiada lagi perhatian. Tiada lagi cinta yang dipaksa bertahan. Pada mulanya Ariq menyangka dia akhirnya mendapat apa yang diinginkan. Namun, apabila Izzara benar-benar berpaling dan mula menjalani hidup tanpa dirinya, barulah Ariq sedar satu perkara yang paling menyakitkan. Ariq bukan tidak hanya mencintai Izzara, bahkan dia terlalu mencintai gadis rupawan itu. Dia cuma terlalu ego untuk mengakuinya. Dan kini, lelaki yang selama ini tidak pernah mengejar sesiapa terpaksa mengejar wanita yang sudah tidak mahu menoleh kepadanya. “Dulu I kejar you.” ~Izzara “Ya.” ~Ariq “Sekarang kenapa you yang kejar I?” ~Izzara Ariq menelan egonya sebelum menjawab, “Sebab masa you berhenti mengejar I… baru I sedar I tak pernah mahu kehilangan you.” Tetapi, bagaimana jika saat Ariq akhirnya mahu mencintai, hati Izzara sudah tidak lagi menunggunya?

View All Chapters (Total 4 Chapter)
Update 10 September 2026


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Erna Md Nordin

463 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience