Series
300
“Tasha! You selalu busy! I nak you temankan I pergi event company. Susah sangat ke you nak ikut I?”
Suara Ervin yang meninggi bergema di dalam bilik tidur mereka yang luas. Sejak beberapa minit tadi, lelaki itu masih berdiri di tengah-tengah bilik sambil bercekak pinggang, cuba menahan sabar yang semakin menipis.
Di hadapan meja solek, Tasha langsung tidak kelihatan terganggu. Wanita itu masih sibuk dengan rutin malamnya, menyapu krim pada wajah sambil memerhatikan pantulan diri sendiri di cermin.
“You dah kenapa, Ervin?” tanyanya tanpa menoleh.
“You tahu kan schedule I padat. Kerja I bukan macam you yang ikut office hour. You pergilah sendiri. Lagipun event tu event company you, kan?”
Tasha meletakkan bekas krim di atas meja sebelum mencapai satu lagi produk kecantikan.
Ervin mengetap bibir.
“Memang event company I.” Nada suaranya sedikit menurun, cuba menahan rasa geram.
“But you as my wife sepatutnya ada di sisi I. Event ni bukan event biasa. Kita buat untuk raikan kejayaan company. Papa dengan mama pun akan datang.”
Tasha menjeling sekilas melalui cermin.
“I dah cakap, I busy.”
Jawapan itu membuatkan Ervin menghela nafas panjang.
Sudah hampir dua tahun mereka bergelar suami isteri, tetapi setiap kali dia meminta Tasha menemaninya ke acara berkaitan syarikat, alasan yang sama akan diberikan.
Busy.
Schedule padat.
Ada kerja.
Pada awalnya, Ervin cuba memahami. Dia tahu isterinya mempunyai kerjaya sendiri dan jadual kerja yang tidak semudah dirinya. Namun, semakin lama, alasan itu mula terasa seperti satu dinding yang sengaja dibina di antara mereka.
“I takut Johan marah I.” Jawapan itu keluar begitu sahaja, tanpa sedikit pun keraguan.
Tangan Tasha yang sedang menyapu krim pada wajah terhenti.
Dia mengangkat wajah lalu memandang suaminya melalui cermin.
“Johan dah susun schedule I. I tak boleh sesuka hati nak cancel macam tu je. Kalau I tak datang, nanti dia akan bising.”
Ervin ketawa kecil tanpa humor.
“You takut Johan marah you, tapi you tak takut pada I?”
Tasha menoleh dan memandang tepat ke arah suaminya.
“Kenapa I nak takut dengan you?”
Dia kembali menghadap cermin sambil mencapai sikat rambut.
“I dah dua tahun jadi isteri you, Ervin. I tahu perangai you.”
Tasha mengukir senyuman kecil sambil memandang wajah suaminya melalui pantulan cermin. Pada pandangannya, Ervin tidak pernah benar-benar mampu berkeras dengannya. Lelaki itu mungkin kelihatan tegas di luar, terutama apabila berhadapan dengan urusan syarikat, tetapi apabila mereka berdua sahaja, Tasha tahu bagaimana mudahnya suaminya mengalah.
Ervin terlalu menyayanginya dan mencintainya.
Sebab itu Tasha tidak pernah menganggap pertengkaran kecil seperti ini sebagai sesuatu yang serius. Lambat-laun, Ervin akan mengalah juga seperti biasa.
Ervin hanya diam.
Dia meraup wajah perlahan sebelum menghelakan nafas yang panjang. Segala rasa geram yang tadi memenuhi dadanya cuba ditenangkan, walaupun jauh di sudut hati, kekecewaan mula terasa lebih berat daripada kemarahannya. Dia tidak mahu bergaduh dengan Tasha. Dia cuma mahu isterinya memahami bahawa kehadiran wanita itu di sisinya pada malam tersebut adalah sangat penting.
Ervin akhirnya melangkah ke hujung katil lalu duduk. Kedua-dua sikunya diletakkan di atas paha, manakala jemari tangannya meramas rambut yang sudah sedikit berserabut. Dia menundukkan kepala seketika, cuba mencari cara yang paling lembut untuk memujuk wanita yang dicintainya itu.
Selepas beberapa saat, Ervin mengangkat wajah semula.
“Jomlah, Tasha,” pujuknya dengan suara yang jauh lebih lembut berbanding tadi.
“Sekali ni je ikut I pergi event tu. I tak minta you ikut setiap kali pun. Kali ni je.”
Tasha masih membisu. Dia sekadar memandang dirinya sendiri di cermin sambil menyusun beberapa barang solekan di atas meja, seolah-olah kata-kata suaminya tidak cukup penting untuk diberikan jawapan.
Ervin memerhatikannya sebelum menyambung dengan nada yang lebih memujuk.
“Papa selalu tanya tentang you. Mama pun sama. Setiap kali I pergi event, mesti dia orang tanya kenapa you tak datang. Dia orang pun nak jumpa menantu dia. Sekali-sekala datanglah, Tasha. I nak you ada dengan I malam tu. I nak kenalkan you pada investor dan staf company sebagai isteri I.”
Kali ini Tasha menghela nafas panjang. Dia meletakkan barang solekan yang berada di tangannya sebelum mencapai sikat rambut dan menyisir rambutnya perlahan. Riak wajahnya menunjukkan dia sudah mula berasa terganggu dengan pujukan yang tidak berhenti-henti itu.
“Hisy... you ni tak faham ke, Vin?” katanya akhirnya sambil memandang Ervin melalui cermin.
“I dah cakap I busy. I memang tak boleh pergi.”
Ervin mengerutkan dahi.
“Kenapa sampai tak boleh langsung?”
Tasha berhenti menyisir rambut. Dia meletakkan berus itu di atas meja solek, kemudian memusingkan tubuhnya sedikit supaya dapat berhadapan dengan suaminya.
“Because I tak nak pergi. I memang betul-betul sibuk!”
Jawapan itu membuatkan Ervin terdiam seketika.
Dia memandang Tasha dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Ada rasa kecewa yang semakin jelas di matanya, tetapi dia masih cuba menahannya. Dia tidak mahu perbualan mereka berubah menjadi pertengkaran yang lebih besar hanya kerana sebuah event.
“I tak faham, Tasha. You boleh je luangkan satu malam untuk I. I bukan selalu minta macam ni.”
Tasha menghela nafas lagi sebelum menyandarkan tubuh pada meja solek.
“You tahu kerja I macam mana. I tak boleh sesuka hati tinggalkan semua benda semata-mata sebab you ada event.”
“Semata-mata sebab I?”
Nada suara Ervin berubah sedikit.
Tasha terdiam.
Ervin bangun perlahan dari hujung katil lalu memandang isterinya dengan pandangan yang lebih dalam.
“I bukan minta you tinggalkan kerja untuk selamanya. I cuma minta satu malam. Satu malam je, Tasha.”
Dia berhenti seketika, kemudian menyambung dengan suara yang lebih perlahan.
“Kalau satu malam pun you rasa susah sangat nak luangkan untuk I, apa sebenarnya yang I boleh harapkan daripada you?”
Tasha mengerutkan dahi. Ada rasa tidak puas hati mula muncul pada wajahnya.
“Ervin, jangan nak buat I rasa bersalah pula.”
“I bukan nak buat you rasa bersalah.”
“Then stop asking me.”
Ervin menghela nafas panjang.
Dia memandang wanita itu beberapa saat sebelum mengalihkan pandangan. Dalam hati, dia sendiri tidak tahu berapa lama lagi dia mampu terus memujuk seseorang yang kelihatan langsung tidak mahu memahami apa yang sedang dirasakannya.
Namun, dia masih belum mahu mengalah.
Kerana walau berkali-kali Tasha mengecewakannya, perasaan sayang itu tetap membuatkan dia kembali mencuba.
Dan mungkin, itulah kesilapan terbesar Ervin selama ini.
Ervin menundukkan wajah seketika sebelum kembali mengangkat pandangan ke arah Tasha. Dia cuba menenangkan perasaan yang semakin bercampur-baur, tetapi akhirnya hanya satu perkara yang mampu diluahkannya.
“I cuma nak you ada dengan I.”
Nada suaranya tidak lagi keras seperti sebelumnya. Sebaliknya, suara itu kedengaran lebih perlahan, seolah-olah Ervin sudah mengetepikan egonya semata-mata kerana mahu isterinya memahami apa yang sebenarnya diinginkannya. Di sebalik kata-kata tersebut, terselit rasa kecewa yang cuba disembunyikan sedalam mungkin.
Tasha hanya memandangnya beberapa ketika. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi yang jelas sebelum pandangannya kembali dialihkan ke arah cermin di hadapan.
“I tak boleh.”
Jawapan itu membuatkan Ervin kembali terdiam.
“Please, Tasha,” pujuknya sekali lagi. Nada suaranya masih lembut, namun jelas kedengaran harapan yang masih belum mahu dilepaskan.
“Stop it, Ervin.”
Tasha mula kelihatan tidak selesa apabila Ervin masih cuba memujuknya. Dia menghela nafas kecil sambil mengalihkan pandangan, seolah-olah mahu menamatkan perbualan itu secepat mungkin.
“Tasha…”
Ervin belum sempat meneruskan kata-katanya apabila Tasha tiba-tiba meninggikan suara.
“I cakap I tak nak, I tak naklah!”
Bentakan itu membuatkan Ervin tersentak. Lelaki itu terus terdiam, seolah-olah tidak menyangka Tasha akan bertindak sedemikian hanya kerana permintaannya untuk ditemani ke sebuah event.
Suasana bilik yang sejak tadi dipenuhi suara mereka tiba-tiba berubah sunyi. Hanya bunyi penghawa dingin yang kedengaran, sementara kedua-duanya terdiam dengan perasaan masing-masing.
Ervin hanya memandangnya dalam diam, masih cuba menelan rasa yang bersisa di dada selepas bentakan itu.
“Fine.”
Satu perkataan itu akhirnya keluar daripada bibir Ervin selepas beberapa ketika dia hanya berdiri memandang Tasha. Nada suaranya tenang, namun ketenangan itu terasa berbeza daripada sebelumnya. Seolah-olah segala pujukan dan harapan yang masih berbaki dalam dirinya sudah mula dilepaskan sedikit demi sedikit.
Tasha tidak menoleh. Dia terus menghadap cermin, seakan-akan tidak mahu memberikan sebarang reaksi terhadap kata-kata suaminya.
“Kalau you tak nak ikut I, lepas ni I tak akan ajak lagi you pergi event company I.”
Ervin berhenti seketika. Pandangannya masih tertumpu pada Tasha yang sibuk dengan krim di tangannya. Ada rasa kecewa yang jelas tersimpan di sebalik wajah lelaki itu, tetapi kali ini dia tidak lagi cuba menyembunyikannya dengan pujukan.
“Tapi...” Ervin menarik nafas perlahan sebelum menyambung.
“You jangan marah kalau I bawa orang lain pergi dengan I.”
Gerakan tangan Tasha yang sedang menyisir rambut terus terhenti. Wanita itu memandang suaminya melalui pantulan cermin, jelas terkejut dengan kata-kata yang baru sahaja didengarnya.
“Huh? You nak ugut I ke ni?”
Kening Tasha terangkat. Namun, riak wajahnya tidak menunjukkan bahawa dia benar-benar percaya Ervin akan melakukan perkara tersebut.
Ervin tidak menjawab. Dia hanya memandang Tasha dalam diam, membiarkan kata-katanya tadi tergantung di antara mereka.
Tasha akhirnya ketawa kecil. Bunyi ketawanya kedengaran seperti dia tidak mengambil serius ancaman tersebut.
“You kan selalu pergi dengan Ben. I tak jealous pun dengan Ben.”
Dia menggeleng perlahan sambil tersenyum, sudah mengetahui bahawa Ervin tidak mungkin melakukan hal seperti itu kerana dia tahu yang Ervin akan setia padanya.
“I tahu you. You bukan jenis lelaki yang akan bawa perempuan lain pergi event.”
Ervin masih diam.
Tasha terlalu yakin bahawa dia akan sentiasa mengalah.
Terlalu yakin bahawa dia akan tetap berada di situ, tidak kira berapa kali dirinya diketepikan.
Ervin menundukkan wajah seketika sebelum kembali memandang isterinya. Ada keputusan yang mula terbentuk dalam fikirannya setelah sekian lama dia cuba mempertahankan sesuatu yang dirasakan semakin menjauh.
“I dah tak nak berharap lagi pada you, Tasha.”
Kata-kata itu dilafazkan perlahan, tetapi cukup jelas untuk didengari.
Tanpa menunggu sebarang reaksi daripada isterinya, Ervin terus mencapai telefon yang berada berhampiran lalu menggenggamnya erat. Wajahnya masih tenang, namun kekecewaan yang terpancar jelas pada riak wajahnya membuatkan langkahnya kelihatan lebih berat daripada biasa.
Dia kemudian berpaling dan melangkah keluar dari bilik tidur mereka.
Pintu bilik ditinggalkan tanpa sepatah kata lagi.
Cinta yang semakin hari, semakin pudar…
Happy your reading gaiss...
Share this novel
Nice starting