Rate

BAB 5

Romance Completed 12644

“Apa yang kamu boleh berikan pada anak saya, kalau awak jadi suami dia?” Datuk Junaidi duduk di sebelah Haz.

“Menjanjikan harta setinggi langit adalah mustahil tetapi kasih sayang yang tidak berketepian, itu saya amat yakin, Datuk. Saya tahu, zaman sekarang cinta sahaja tak cukup. Saya akan berusaha untuk membina sebuah rumah yang selesa buat Jie. Sebuah rumah yang lengkap segalanya malah saya berjanji akan membimbing dia menjadi anak dan isteri yang solehah buat datuk dan saya.”

Nampak begitu yakin dengan mata yang langsung tidak memandang ke arah lain.

“Saya tak berminat dengan mereka yang hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu untuk menunaikannya. Buktikan kerana saya cuma ada seorang anak dan saya cuma mahhu yang terbaik buatnya,” balas Datuk Junaidi.

“Beri saya tempoh 4 tahun untuk semua itu,” pinta Haz dan Datuk Junaidi mengangguk setuju.

“Jika benar cinta kamu tulus, sebelum kamu menun aikan apaa yang kamu cakapkan tadi, kamu berdua dilarang berjumpa. Panggilan telefon dibenarkan.” Datuk Junaidi terus keluar dan Azad mencebik memperlecehkan janji yang dibuat oleh Haz.

“Jie sanggup tunggu abang?” soal Haz

“Dengan izin Allah . Jie akan berdoa setiap hari agar Allah akan menaytukan kita suatu hari nanti. Jangan abang risau tentang Jie. Abang jangan mengurat Bedah.” Sempat lagi Jie bergurau dan sebelum Haz pulang dia sempat bertemu dengan Datuk Junaidi dan bersalaman dengan lelaki yang dianggap sangat tegas itu.

Dalam tempoh empat tahun itu, Haz tidak henti-henti bekerja keras dan berdoa untuk Jie. Dia mempunyai tanah kebun yang banyak. Salah satu daripadanya akan didirikan sebuah istana kecil buat Jie. Nad setiap hari berhubungan dengan Jie melalui panggilan telefon. Air mata Jie tumpah kerana setiap kali dia menelefon Nad, Haz pasti tiada di rumah kerana bekerja. Terasa beban itu turut sama ditanggungnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience