Rate

BAB 4

Romance Completed 12644

JIE memeluk Nad yang menangis. Air mata Nad dikesat dengan jemarinya. Dia juga sedih namun perlu dia tabahkan hatinya.

“Kalau ada masa dan ketika, aku akan datang jenguk kau dan Mak Wan,” ujar Jie sambil sempat lagi tangannya menggosok belakang badan Mak Wan yang tirit sama menangis. Haz memasukkan setandan pisang, seplastik besar buah rambutan dan buah langsat ke dalam bonet kereta Jie.

“Jangan lupakan Abang Haz juga, ya?” Haz senyum manis. Jie angguk.

“Kalau buah rambutan yang paling atas tu masak, Abang Haz hantar ke KL ya?” usik Jie dan Haz menyambutnya dengan anggukan. Sebaik sahaja Jie pergi, Haz terasa jiwanya sedikit kosong. Kerinduan mula hadir biarpun baru beberapa minit kereta Jie mluncur pergi.

DUA MINGGU KEMUDIAN...

Haz ke pejabat Jie dengan seplastik rambutan yang merah lagi mekar. Azad yang bercita-cita mahu menjadikan Jie itu kekasihnya memandang sinis akan kehadiran Haz di sana. Dengan tunduk sopan Haz menghadiahkan senyuman buat Azad.

“Siapa yang benarkan salesman masuk office?” agak berang Azad waktu itu. Pintu bilik Jie terbuka dan apabila menyedari orang yang dimarahi Azad itu adalah Haz, dengan segera Jie menepis tangan Azad yang penuh lagak menghalau Haz.

“Abang Haz! Azad,Kau pergi. Jangan nak buat macam aku ni bini kau.” Terus tangan Haz di tariknya masuk ke dalam bilik pejabatnya.

“Jie, abang balik kampung sajalah. Ini rambutan yang Jie nak tu. Yang paling atas. Abang panjatkan buat Jie. Abang balik dulu ye.” Ada jalur kehampaan pada wajahnya.

“Jie tak nak abang rasa rendah diri!” tegas Jie. Kancing blazernya di buka. Wajahnya di raut. Jie manrik kerusi dan terus duduk berhadapan dengan Haz.

“Berbanggalah menjadi anak kampung. Jika anak bandar berjaya... orang hanya akan mengangkat kening tapi bila anak kampung berjaya, orang akan pandang tinggi. Abang jangan berasa rendah diri sebab Jie tak pernah memandang abang begitu,” kata Jie cuba meyakinkan.

Hazz senyum. belum pun sempat dia membuka mulut Datuk Junaidi membuka pintu bilik anaknya. Haz berdiri dan bersalaman dengan lelaki segak itu tanpa mengetahui siapa dia pada Jie.

“Ini yang Jie nak jadikan suami?” Soalan Datuk Junaidi mengejutkan Haz.

“Ya, pa.” Jawapan itu membuatkan Haz lebih terkejut lagi. Kali ini dia percaya kata-kata Nad. Jie memang gila bila buat keputusan.

“Uncle tengok! Dengan lelaki macam ni dia pilih?” Azad cuba menyimbah minyak dalam keadaan yang sedikit tegang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience