Rate

BAB 3

Romance Completed 12644

Petang itu mereka bertiga menaiki kereta Haz ke sungai tempat anak kampung itu bermandi-manda.

“Orang kaya! Pandai ke mandi sungai?” Haz perli. Ekor matanya mengerling sedikit wajah Jie.

“yang kaya papa, bukannya Jie.” Jawab Jie selamba. Haz ketawa. Nad terus menarik tangan Jie turun ke sungai. Menggigil tubuh Jie akibat kesejukan.

Haz turun juga selepas melipat kaki seluarnya.

“Pakai seluar pendek sajalah Abang Haz,” suruh Jie. Haz tergamam. Dia memandang Nad yang menggeleng kepala.

“Kau nak bilal masjid kampung ni kena kecam dalam fac sebab mandi pakai seluar pendek? Abang aku mana pernah pakai seluar pendek.” Terang Nad. Jie menggigit bibirnya.

“Kita kahwin nanti abang pakai ye, Jie.” Usikan Haz benar-benar membuatkan Jie termalu sendiri.

Mereka ketawa gembira berdua. Haz yang duduk di atas batu tersenyum melihat gelagat Jie yang terjerit-jerit sewaktu Nad mengacahnya dengan ulat daun. Jie berlari naik ke atas batu. Haz menoleh dan tersenyum.

“Jie makan dulu ya? Nanti kita balik. Lagi satu jam nak maghrib dah ni.” Nasi ayam yang dibekalkan oleh Mak Wan dihulurkan ke tangan Jie. Setelah mengemas barang , mereka semua pulang. Abang Haz dengan segera ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Dia perlu mengalunkan azan sembahyang maghrib sebentar nanti.

Ada getar pada perasaan Jie sewaktu mendnegar alunan azan yang berkumandang. Sangat merdu suara Haz hingga menggetarkan jiwanya. Nad menepuk pahanya.

“Hmm... aku suka je kalau kau jadi kakak ipar aku,” usik Nad. Jie angguk.

“Aku jatuh cinta dengan abang gatal kau tu.” Gelak Jie dan kemudiannya menekup muka dengan kedua telapak tangannya.

Mengapa dia yang sebenarnya sangat sukar menerima cinta lelaki itu begitu mudah meletakkan rasa kasihnya buat Haz. Mungkin Haz menghormatinya dan langsung tidak mengambil kesempatan ke atas kecantikan mahupun kekayaannya. Esok dia akan pulang ke bandar bersendirian.

Dia ke kampung Nad pun untuk menghantar sahabat baiknya itu pulang terus ke kampung. Nad mahu menjaga Mak Wan yang sering sahaja sakit sejak kebelakangan ini. timbul sedikit rasa sedih dipenjuru hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience