Rate

BAB 1

Romance Completed 12644

“Wey Jie! Panjat pokok tu atas sikit,” arah Nad yang menunggu di bawah. Pokk rambbutan yang tak sebesar mana itu diperhati daripada bawah.

Jie yang sedang memakai baju kurung terpaksa membetulkan kainnya setiap kali terselak. Mahu tergelak pun ada Nad melihat situasi itu. Dah umur 21 tahun pun masih lagi mahu panjat pokok rambutan.

“Gila kita ni, buatnya orang lain nampak.” Jie memerhati sekeliling.

“Alah, kebun ayah aku, bukannya orang nampak. Tak ada sesiapa pun di sini” Nad cuba meyakinkan. Kalau tak kerana kakinya tersseliuh kelmarin sewaktu turun daripada bas untuk pulang ke kampungnya itu, tentu dia pun ambil bahagian sama. Makan atas pokok lagi best!

“Buka sajalah kain tu,” suruh Nad. Terbeliak mata Jie mendengarnya.

“Kau gila.”

“Tak pun ikat macam cerita tamil tu,” arah Nad lagi. Terkedip-kedip matanya apabila dipanah mentari saat memandang Jie yang mula menarik bahagia bawah kainnya lalu diikat ke getah kain baju kurungnya.

“Amboi, seksinya!”

Nad dan Jie menoleh. Abang Haz! Kelam kabut Jie menarik kembali hujung kainnya. Abang Haz tersenyum lebar sambil menggeleng kepala.

“Menganga kerengga pandang paha awak tu,” ujar Haz. Dengan segera Jie turun tanpa membawa turun walau sebiji buah pun. Dia mengeluh memandang Nad.

“Kan ada pengait ni. Dah, pergi duduk sana. Biar abang Haz yang buat,” suruh Haz dan terus mendapatkan pengait. Nad gelak besar sambil menampar manja pipi Jie yang merah padam menahan malu.

Sedang leka Haz mengait buah rambutan buat adik dan sahabat baiknya itu, Bedah menghampirinya. Nak kata kekasih tak juga sebab Haz memang suka menggatal.

Semua perempuan dilayannya cuma baiknya Haz dia tidak akan menyentuh sesuka hatinya. Kehormatan wanita dijaga dengan baik sekali.

“Bedah nak ajak abang kahwin ke datang jumpa abang ni?” soal Haz sambil gelak kecil.

“Kita kahwin bawah pokok rambutan nak?” Sambung Haz. Dia terbongkok-bongkok mengutip buah rambutan yang jatuh ke bawah.

“Tak nak.” Jeling Bedah.

“Kenapa?”

“Nanti orang asyik makan rambutan. Tak nak pandang saya pun,” kata Bedah pada Abang Haz. Makin galaklah Haz meletuskan lahar tawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience