Rate

BAB 6

Romance Completed 12644

EMPAT TAHUN SUDAH PUN BERLALU...

Permintaan Haz agar majlis pernikahan dibuat di kampungnya terpaksa Datuk Junaidi turuti. Pujukan dan tangisan Jie melemahkan hati Datuk Junaidi. Nad mengambil rombongan pengantin perempuan di jalan masuk kampung mereka.

Sebaik sahaja kereta Datuk Junaidi berhenti, Jie terus keluar. Kawasan yang dahulunya kebun sayur dan tebu kelihatan lapang sekali. Jie terpaku. Termati langkahnya saat keluar daripada kereta papanya. Air matanya menitis.

Ya... Haz mengotakan kata-katanya. Sebuah rumah batu yang mempunyai rekabentuk yang cantik dihiaskan lagi dengan landskap yang dibina khas buat isterinya itu membuatkan Jie sebak. Jalan masuk ke kawasan rumah itu dihias dengan kain organza yang diikat di setiap batang pokok bunga sakura Malaysia, bak kata Haz dahulu.

Empat tahun! Empat tahun Haz membina segalanya buat Jie. Khemah yang sudah pun berdiri tegak di hias dengan bunga-bunga segar. Seseorang menghampirinya daripada belakang.

“selamat pengantin baru, sayang?” Jie menoleh dan jari Haz menyentuh pipi isterinya.

Tanpa berkata lebih lagi, Haz membawa Jie ke sebelah belakang rumahnya. Jie menangis lagi.

“Pokok rambutan kita ... buaian?”

“Buaian buat abang buai sayang setiap hari”

Jari jemari Jie direnung. Haz gelak. Air matanya bergenang apabila melihat air mata Jie mengalir tak henti-henti.

“Kita akan nikah sekejap lagi, sayang” Haz.

“Jie snagat rindukan abang. Terlalu hingga buat Jie sengsara.”

“Abang juga, sayang. Setiap kali abang menggunakan kederat untuk membina rumah ini, hanya satu penguat semangat abang... Jie!” balas Haz. Datuk Junaidi menghampiri mereka dan menepuk bahu Haz.

“Papa bukan mata kebendaan tapi papa nak tengok sejauh mana kuatnya kasih sayang Haz pada Jie. Papa tak nak duit Haz sebab apabila papa tiada nanti, semua harta papa akan jatuh pada Jie juga. Papa kagum dengan Haz. Papa bangga kerana Jie memilih lelaki yang sangat layak buat dirinya.” Tubuh Jie dipeluk dan sekali lagi Jie menangis.

“Dah. Mari masuk ke dalam. jumpa ibu mertua Jie di dalam. selamat pengantin baru, sayang.” Dahi Jie Datuk Junaidi kucup.

Haz mengiringi langkah Jie dan Datuk Junaidi dengan rasa syukur yang amat sangat. ‘Terima kasih tuhanku, menghadiahkan dia buat hambamu ini...’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience