Bab 2

Romance Completed 215178

BAB 2

The Como Melbourne, MGallery,

Melbourne, Victoria, Australia

 

ISAAC berdiri di lobi hotel 5 bintang itu sambil menunggu rakannya. Mereka datang bersama untuk menghadiri Focused Cardiac Ultrasound Workshop is organized by Cardiac Skills Australia yang diadakan di hotel tersebut. Hari ini merupakan hari terakhir persidangan dan Isaac bercadang mahu mengambil masa terluang dengan berjalan-jalan di sekitar bandar Melbourne sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada esok pagi.

“Dr. Isaac. I'm sorry to have kept you waiting. I just met my senior lecturer, Dr. Ben. Dia ajak berbual lama pulak.”

“No worries. Biasalah tu, bila lama tak berjumpa pelajar cemerlang dia masa di medical school dulu. Sekarang, studen dia tu dah jadi doktor yang hebat kan. Siapa tak bangga,” puji Isaac bersahaja.

“Terima kasih. I terima pujian you.” Hanna tersenyum. Kembang pula terasa apabila dipuji lelaki kacak itu.

“Jadi, betul ke you nak ikut I jalan-jalan ni. Kalau you letih boleh je berehat kat bilik."

“Tiga hari I makan, tidur, lepas habis conference. Last day ni, I nak keluar ambil angin jugak before fly balik KL," ujar Hanna.

“Okey, jom. Kita pergi cari makan sedap,” ajak Isaac. Hanna menyambut gembira ajakan seniornya itu. Mereka beriringan melangkah keluar dari lobi hotel.

 

 

“GOOD MORNING! Ladies and Gentlemen.Welcome onboard this flight to Kuala Lumpur. From Captain Harriz and the crew, it is our pleasure to serve you today. If there is anything we can do to make your flight more enjoyable, please let us know. Thank you." Harriz selesai membuat welcome announcement.

“Capt, you bersemangat hari ni,” tegur Khairel, First Officer di sebelah Harriz.

“I kena bersemangat supaya crew kita yang lain pun bersemangat kat dalam cabin tu.” Harriz tersenyum. Khairel mengangkat thumbs up.

Melissa kerap berada di pantri untuk menguruskan makanan para penumpang sepanjang penerbangan. Lily datang ke dalam pantri membawa pesanan.

“Mel, hot chocolate.”

“Habis,” ujar Melissa sambil memeriksa bekalan. “Boleh tukar tak? Tanya dia.”

“Mel, boleh tolong masuk. Aku nak ke tandaslah." Muka Lily sudah berkerut.

“Okey, aku pergi. Nombor seat dia?”

“Business class. B2,” beritahu Lily sambil berlari anak ke tandas.

Melissa tersenyum manis kepada penumpang sepanjang perjalanannya ke kabin kelas perniagaan. Melissa berhenti di kerusi yang dimaksudkan oleh Lily. Dia tergamam. Kakinya kaku di situ.

“Miss. Do you bring hot chocolate?” tegur seorang penumpang wanita yang berada di sebelah seat B2.

“Sorry, hot chocolate has run out of stock.” Melissa bersuara perlahan.

“Dr. Isaac.” Hanna menepuk paha lelaki di sebelahnya yang sudah tertidur. Melissa lantas memandang ke arah lain. Entah kenapa timbul rasa tidak senang dengan situasi tidak terjangka itu.

Isaac terkebil-kebil memandang ke arah Hanna. “Maaf, I terlelap.”

“Stewardess cakap, hot chocolate dah habis. You nak oder yang lain ke?” soal Hanna.

Isaac terus memandang ke arah kanannya untuk melihat kru kabin yang berdiri di sebelahnya. Matanya terus segar. Isaac menjadi kelu.

“I'll serve you, sir. Please make your order." Melissa memaniskan muka. Cuba bersikap profesional walaupun dalam hatinya sudah terasa jengkel.

“Mineral water, please...” Suara Isaac agak tersekat di kerongkong.

“Hot tea, please.” Hanna menambah. “You tak nak hot drink ke?” soal Hanna seakan-akan berbisik di sebelah Isaac.

Isaac menggeleng perlahan. Melissa masih kekal memberi senyuman. Tetap mengekalkan sikap profesional di hadapan dua penumpang itu.

“Give me a moment.” Melissa meminta diri sebelum berjalan untuk kembali ke pantri.

Isaac kembali menegakkan badannya di kerusi empuk kelas perniagaan. Hanna menyedari perubahan air muka lelaki di sebelahnya itu.

“Are you okay?” soal Hanna.

“Kalau di rumah, I tak berpeluang untuk dilayan macam tu.” Isaac tersengih sambil menggelengkan kepala. Suaranya tenggelam timbul dan Hanna tidak jelas mendengarnya.

“You cakap apa?” soal Hanna.

“Tak ada apa, I nak sambung tidur.” Isaac kembali menutup mata, tetapi dia tidak mungkin boleh terlelap lagi!

Melissa mencekak pinggang di dalam pantri. Dia merengus untuk melepaskan apa yang terbuku di hati. Huh!

“Kenapa naik flight ni, damn it?!” Melissa menyumpah.

“Mel! You sumpah siapa ni?” tegur Kapten Harriz yang tiba-tiba muncul dari arah kokpit.

“Capt! Maaf, I tak sumpah siapa-siapa. Cuma I tak berapa sedap badan.” Melissa terus gelabah dan memberi alasan apa yang terlintas di kepala.

“Mel... Better you ambil cuti lepas ni. I see you are depressed."

“I... I'm sorry, capt." Melissa menunduk. Emosi sudah berkecamuk.

“As a cabin crew you have to control your emotions, kalau tidak passenger akan kompelin you. You stay in the back galley sampai kita landing. I gotta back in flight deck, now,” ujar Harriz kepada Melissa yang kelihatan bercelaru itu.

Lily dan Rania yang baru tiba di dalam pantri tercengang melihat kapten mereka dan Melissa dalam keadaan agak tegang. Harriz keluar dari situ untuk kembali ke kokpit yang dikawal oleh co-pilotnya ketika ini.

“Mel, you tak sihat ke?” soal Rania agak bimbang.

“You rehatlah kalau macam tu. Kami akan cover dalam kabin,” ujar Lily pula.

Melissa menggeleng. “Tak apa. I boleh buat. Capt terdengar I termaki passenger je tadi.”

Lily dan Rania saling berpandangan. Perkara biasa jika termaki penumpang yang sememangnya banyak kerenah. Mereka juga manusia biasa, apabila dilayan dengan buruk oleh penumpang yang datang dari pelbagai ceruk dunia itu, hati mereka juga boleh panas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience