Bab 1

Romance Completed 215178

BAB 1

MAKAN malam keluarga adalah acara wajib bagi keluarga Tengku Fadhil setiap sebulan sekali. Semua ahli keluarga tidak boleh gagal daripada menghadiri makan malam tersebut, jika tidak Tengku Fadhil akan pastikan semua anak menantunya tinggal bersama di rumah besarnya itu. Oleh itu, anak menantunya sentiasa patuh kerana tidak mahu tinggal bersama. Tiada privasi bagi mereka yang sudah berumah tangga. Tetapi dikecualikan bagi pasangan paling muda dalam keluarga itu kerana tuntutan kerja mereka yang tidak menentu.

“Daddy happy dapat jumpa Melissa dan Isaac pada malam ni. Itu pun setelah 3 bulan. Apa khabar menantu daddy?” soal Tengku Fadhil dengan gembira.

“Alhamdulillah, daddy. Saya sihat dan bertambah sihat,” jawab Isaac dengan ramah.

“Doktor mestilah pandai jaga kesihatan daddy. Tengok Mel, pandai suami dia jaga. Bertambah berisi, penuh kerusi!” sakat Tengku Adrian.

“Kami hari-hari naik penimbang, okey. Satu KG pun tak naiklah." Melissa menjeling abangnya itu.

“Stewardess mana boleh naik berat badan, you ni suka sangat sakat adik. Mel, you still cantik, don't worry.” Kakak ipar Melissa, Sofea pula mencelah.

“Makanlah dulu... Kalau nak bergurau lepas ni,” ujar Puan Maisara. Dia tetap gembira melihat anak-anak serta menantu berkumpul pada malam itu.

Anak sulung keluarga itu adalah Tengku Adrian manakala Sofea adalah isterinya. Mereka berdua mempunyai seorang anak lelaki berusia 7 tahun. Tengku Azriel anak kedua keluarga itu dan isterinya adalah Dayang, mereka mempunyai dua orang anak kembar sepasang berusia 5 tahun. Manakala anak bongsu adalah Tengku Melissa, suaminya Dr. Isaac. Mereka telah berkahwin selama tiga tahun tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Tengku Fadhil seorang yang sangat tegas, namun dia tetap penyayang. Isterinya Puan Maisara adalah seorang ibu yang lemah lembut, tetapi berpendidikan tinggi.

Melissa tidak banyak bercakap pada malam itu. Isaac cuba lebih ramah supaya suasana tidak menjadi canggung.

“Mel... Daddy dah berbincang dengan mummy. Seeloknya kamu berhenti jadi flight attendant. Datang bekerja dengan abang-abang kamu ni. Barulah boleh fokus kepada keluarga dan usaha untuk dapat cahaya mata. Dengan kerja kamu yang terbang ke sana ke mari, suami kamu pulak doktor yang memang sibuk sepanjang tahun. Mesti susah. Betul tak cakap daddy, Isaac?”

“Semuanya terpulang pada Mel, daddy,” jawab Isaac.

“Mel, betul juga cakap daddy tu. Kerja ofis akan bagi Mel banyak masa untuk family,” sokong Azreil.

“Ataupun, Mel boleh je duduk rumah macam Kak Dayang. Memang penat urus anak-anak tapi sangat puas hati tengok anak-anak membesar depan mata.” Dayang pula mencelah.

“Mel... Sangat cintakan kerja Mel.” Melissa tidak memandang wajah sesiapa. Dia tetap menyuap makanan dengan melihat di pinggan sahaja.

“Melissa! Semua orang sedang memberi cadangan untuk kebaikan kamu. Kenapa buat acuh tak acuh.” Kali ini suara Tengku Fadhil agak meninggi. Puan Maisara sudah tidak sedap hati.

“Isaac, kamu sebagai suami jangan ikut sangat isteri kamu tu. Kamu kena buat keputusan untuk kebaikkan bersama,” sambung Tengku Fadhil. Suaranya masih tidak perlahan.

Semua yang berada di meja makan terus terdiam dan tidak berani bersuara apabila Tengku Fadhil sudah berubah serius.

Melissa meletakkan sudu dan garpu di meja makan. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia mahu membuat satu pengumuman yang sudah lama ingin diluahkan kepada ahli keluarganya. Oleh itu, dia sangat berdebar tetapi kerana sikap keras hatinya, dia sudah bersedia dari mental dan fizikal.

“Kami akan berpisah,” ujar Melissa dengan nada yang mendatar. Isaac turut menghela nafas tanpa memandang isterinya itu.

“Tengku Melissa!” jerkah Tengku Fadhil dengan lantang.

 

 

Perth, Australia

MELISSA termenung di dataran Elizabeth Quay sambil menikmati pemandangan laut yang indah semasa waktu layover atau persinggahan mereka di Perth. Malam itu angin bertiup lembut, namun tidak dapat menenangkan hati wanita jelita itu.

“Hey... Here you are? Sorang-sorang pulak tu,” tegur seseorang dari arah kanan Melissa.

 “Kapten!” Melissa menegakkan badannya. Sebagai tanda menghormati ketua mereka itu. Melissa juga agak terkejut dengan kehadiran Kapten Harriz, selalunya kapten jarang melepak bersama kru kabin.

“Melissa... Why you have been alone here? Crew yang lain semua pergi makan kan?” soal Harriz seolah mengambil berat tentang anak buahnya itu.

“I dah makan kat hotel petang tadi, capt. Cukuplah tu. Nanti berat pulak kapal kita.” Melissa cuba berseloroh. Namun, hambar.

Harriz ketawa kecil. “I dekat sini je dari tadi. Jumpa dengan kawan lama yang stay kat Perth ni. Satu jam I nampak you termenung kat sini. You jaga dolphin kat sini ke?"

Melissa hanya tersenyum. Kalaulah dia ni bukan kapten aku. Mahunya aku blah dari sini tanpa perlu berpura-pura, detik hatinya.

“I'm sorry, capt. It's too personal for explanation,” ujar Melissa agak serius.

“It's okay. I tak bermaksud nak ganggu you. I just wanna make sure you are fine for wake up call soon.” Harriz agak terkesima dengan tindak balas Melissa.

“Yeah... Of course. I just... need some fresh air.”

“Okay... I'm sorry again." Harriz mengangkat kedua-dua belah tangannya.

“No, capt. Please, don’t misunderstand me. Capt tak salah. Cuma I tiba-tiba emosi.” Melissa rasa serba salah kerana bercakap seperti itu kepada kapten mereka. Kalaulah kru yang lain nampak, mesti dia akan dicop kurang berhemah dengan atasan. Sedangkan Kapten Harriz cuma mahu pastikan dia dalam keadaan yang baik.

“Okey... Okey. I nak balik ke hotel dulu. Please look after yourself,” ujar Harris sambil berundur setapak sebelum memusingkan badannya.

“Capt...” Melissa cuba menghentikan langkah lelaki itu.

Harriz kembali menoleh. “Ya?”

“Can we walk together?”

“Boleh...” Harriz mengangguk.

Hai semua... Love After Divorce telah kembali ke NovelPlus. Korang boleh baca 5 bab awal secara percuma dan bab² seterusnya korang kena unlock dengan ncoins. So, korang kena top up dulu nCoins sblum unlock chapter. Sebarang masalah tentang nCoins korang boleh email di support@novelplus.co. p/s: Novel ini juga terdapat dalam versi cetak terbitan NovelPlus. Boleh dapatkan novel fizikal LAD di apps NovelPlus, shopee dan Lazada.

Share this novel

nur ugly
2023-03-31 09:44:01 

Hai nak tanya ... Klu beli preminum perlu beli topup tak?

Binada Mia
2022-04-14 09:31:13 

nape dah topup coin x masuk lg

Noriah Hj Liasnih
2021-07-27 06:54:57 

Tahniah....best ceta..tak pjg sangat,...


NovelPlus Premium

The best ads free experience