BAB 6

Spiritual Completed 285

“Kami akan buka balutan sekarang”

Ahmad Husni tergamam seketika apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk erat.
Esak tangisan kedengaran di bahunya.Tangan kanannya pula mengusap lembut
rambut remaja lelaki yang memeluknya.

“Jais memang nak tengok Tok Mad dulu…sebelum tengok dunia luar. Terima
kasih Tok Mad!”

Jais melonggarkan pelukannya. Jelas di hadapannya tubuh lelaki tua yang
sanggup memberikan mata yang didermakan kepadanya kepada budak itu.
Pembedahan itu berjaya memulihkan indera penglihatan budak lelaki itu.

“Tok Mad nak Jais berjaya. Kalau waktu buta pun Jais dah
bersungguh-sungguh. Dah celik ni, Jais boleh usaha lebih lagi”

“Pak Mad tak mahu celik ke? Bagi mata ni kat Jais”

“Pak Mad memang mahu sangat nampak macam dulu. Tapi dengan upaya yang
ada sekarang ni, apa sangat yang mampu Pak Mad buat. Setakat yang dulu
tuhan bagi tu, pun dah cukup.Sekarang ni dengan keluarga yang boleh jaga
Tok Mad elok-elok, baik Tok Mad bagi mata tu pada yang muda macam kamu.
Lagi jauh jalan yang kamu nak lalu”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience