BAB 3

Spiritual Completed 285

“Kau ni berniaga Jais.Mana mau cari untungnya kalau asyik bagi percuma
macam ni”

Budak lelaki buta itu tertawa.

“Dulu, Pak Mat yangsuruh saya cuba berniaga. Sekarang ni dah ada untung
sikit. Bagi percuma sepeket dua pun tak apa. Cuma..kalau dah percuma,
Pak Mat kena la promosi kuih saya kat orang lain pulak”

Ahmad Husni tersenyum.Dia faham sangat teknik pemasaran budak buta ini.

“Ye lah...Memang selalu aku promote barang jualan kamu..”

Suara orang memberi salam kedengaran. Diikuti dengan bunyi tapak kaki
orang berlari ke pintu.Kemudian bunyi tapak kaki itu menghampiri Ahmad
Husni dan berhenti.

“Siapa datang?”

“Entah…Tapi orang tu nak jumpa Atuk.” Petah sahaja suara kecil itu menjawab.

“Aah…. Kamu ke dapur.Minta Mak kamu buatkan air. Ada tetamu datang”

Ahmad Husni meraut mukanya. Dia sering menerima tamu yang tak diundang.
Rakan-rakan lama, mahupun saudara mara. Nada suara mereka sahaja yang
dijadikan panduan untuk mengenali siapa yang datang.

Menjadi seorang yang hilang deria penglihatan menjadikan hidupnya agak
sulit. Sebagai seorang yang sempurna deria dahulunya, dia sangat-sangat
terasa kehilangan nikmat deria yang satu ini. Selain itu, kehilangan
kaki kirinya turut membuatkan langkahnya terasa tempang. Bertatih juga
Ahmad Husni bertahun-tahun untuk menerima hakikat dirinya yang kini
bergelar orang kurang upaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience