BAB 2

Spiritual Completed 285

Ahmad Husni hanya mampu tersenyum. Dia pun sudah mati kata-kata.

Lelaki India itu kembali semula ke kedainya sebaik ada pelanggan lain
masuk. Ahmad Husni berdengkot-dengkot menyusun langkah mengikut cucunya
ke motosikal yang dipakir di hadapan kedai gunting itu. Kaki palsunya di
bahagian kanan terasa kebas kerana duduk lama semasa bergunting lagi.

Dia tersenyum sambil membayangkan muka Maniam yang bermisai tebal itu.
Wajah semasa muda belia masih terlekat kukuh di mindanya. Cuma sekarang
ini dia hanya mampu berimiginasi.Mungkin rambut dan misai sahabatnya itu
sudah mulai memutih.

“Keropok, kuih baulu,kuih samprit…”

Suara yang sangat dikenalinya menerjah corong telinga Ahmad Husni.

“Johan, Kau panggil si Jais tu. Kata kat dia, atuk nak baulu sebungkus”

Johan melaungkan namaJais tiga kali sebelum budak lelaki itu muncul
beriringan dengan seorang kanak-kanak lelaki.

“Nak beli apa?” Tanya Jais dengan senyuman.

“Awal kau berniaga hari ni? Datang dengan siapa?”

“Pak Maddd!! Lama tak jumpa..Jais berniaga dengan adik hari ni” Budak
lelaki buta itu berlari ke arah suara yang di dengarinya. Lelaki tua itu
dipeluk di bahagian pinggang. Lelaki tua itu turut terhibur dengan lagak
itu.

“Kamu ni…rajin betul cari duit”

“ kalau tak tolong diri sendiri, siapa yang nak tolong? Pak Mad jugak
yang ajarkan macam tu”

“Dah..dah.. Bagikan aku baulu sepeket”

Satu paket kuih baulu diserahkan ke tangannya.

“Berapa?”

“Percuma untuk Pak Mad,sempena hari Merdeka”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience