BAB 5

Spiritual Completed 285

“ Ya Allah!!” Ayat itu membawa dia ke alam nyata semula. Peluh menitis
di dahinya walau hatinya kembali tenang.

“Innalillahiwainnailaihirajiun…Maaf, Pakcik baru tahu hal ni” Sambung
Ahmad Husni.

“Tak apa Pak Mad. Saya ke sini pun atas urusan wasiat dari arwah”

Satu kotak kecil diletakkan di hadapan Ahmad Husni.

“Kotak ni Arwah pesan suruh serahkan pada Pak Mad kalau dia meninggal.
Dalam ni semua gambar-gambar semasa Pak Mad dan Arwah sama-sama dalam
tentera dulu. Arwah nak Pak Mad simpan dan tengok nanti”

“Hmmm…Setakat simpan tu boleh la. Untuk tengok gambar-gambar tu mustahil
sangat” Senyum Ahmad Husni meleret.

“Ada satu lagi wasiat yang kena saya sampaikan. Mata ayah telah diambil
sebelum dia meninggal dahulu.Dia wasiatkan mata tu diserahkan kepada Pak
Mad. Kos pembedahan nanti, kami sekeluarga akan tanggung. Ayah rasa
bersalah sangat terhadap apa yang telah terjadi kepada Pak Mad..”

Wasiat kedua ini membuatkan Ahmad Husni terdiam seketika.Dia tidak
menyangka sampai begitu sekali permohonan maaf sahabatnya itu. Itu
adalah antara perkara yang sangat-sangat diinginkannya. Kebolehan untuk
melihat semula seperti dahulu.Tidak terbayang dalam dirinya
perkara-perkara yang mahu dilihatnya selepas ini.Hidupnya akan menjadi
lebih mudah.

“ Pak Cik tak tahu nak cakap macam mana. Cuma terima kasih sebab
sampaikan wasiat Ayah kamu kepada Pakcik. Semua yang berlaku tu dah
tersurat. Pakcik terima dengan seikhlas hati.Tak pernah pun Pakcik
simpan apa-apa. Hmmm…Dah selalu sangat Pakcik ulang ayat ni bila kami
berdua bersembang…”

“Terima kasih Pak Mad!”

“ Pakcik dah sedia!” suara doktor tergiang di telinga Ahmad Husni. Dia
hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience