BAB 7

Spiritual Completed 285

“Pak Mad tahu tak esok kita sambut merdeka. Tapi, Jais dah rasa merdeka
sekarang ni. Jais dah dapat tengok semua yang dulunya Jais setakat boleh
rasa sahaja”

Ahmad Husni bangun sekejap. Dia merasa lenguh di bahagian kaki. Lagipun
ada benda yang hendak disuarakannya.

“Merdeka tu macam kamu beroleh mata ni.. Bebas. Sebebas yang kamu mahu
untuk melihat apa sahaja. Tapi mata tu kamu kena jaga betul-betul.
Tengok perkara yang elok-elok. Jumpa doktor mata kalau ada masalah. Guna
mata tu untuk tuntut ilmu sampai berjaya. Jaga mata tu jangan sampai
kamu buta kembali…ingat tu. Macam juga merdeka. Kita memang sudah
merdeka, tapi pengisiannya bagaimana?. Kekalkah kita merdeka sampai
bila-bila?...Kami wariskan Merdeka pada kamu selaku generasi baru, untuk
kamu jaga keluhurannya sampai bila-bila.”

Jais dan semua yang ada terkesima seketika. Apa yang diluahkan oleh
Ahmad Husni melekat di fikiran mereka. Suara orang lama, seakan amanat
yang harus dipegang sampai bila-bila.

“ Ingat pesan Tok Mad tau…Tahu tak sebab apa Tok Mad teringat nak bagi
mata kat Jais?” kata Ahmad Husni. Bebanan amanatnya tadi mahu
dilonggarkan sedikit.

“Tak tahu Tok Mad”

“Sebab Jais selalu bagi baulu free kat Tok Mad!” Seloroh Ahmad Husni.

Dia merasa tubuhnya dipaut erat sekali lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience