Completed
25283
?APA?! Kenapa kena buat keputusan tiba-tiba macam ni? Ni jantan keparat mana mama dengan papa kutip ni?? soal Nayla. Wajahnya berkerut dan sudunya diletakkan ke bawah.
Selera makannya terus melayang.
?Jangan suka-suka panggil dia lelaki keparat. Kamu tu cermin diri sikit. Bukannya diri tu sempurna sangat.?
Nayla mengeluh, tak mampu nak ambil semula sudunya. Matanya memandang lauk yang dah tak nampak menyelerakan itu lagi.
?Tengok la anak siapa,? Nayla berdehem.
Cukup dengan hentakkan tangan Zurina ke meja sahaja, suasana terus berubah sepi. Jane mencuit kakaknya.
?Sebab mulut kamu macam nilah mama dengan papa rasa kamu kena kahwin! Dengan bahasa biadab macam ni, elok kamu kena didik dengan orang lain. Cakap mak bapak tak nak dengar. Nak masuk neraka sebab derhaka ke?!? Zurina mengherdik.
Bila dah begini, Zamirul pun tak berani nak bercakap.
Dia tahu, isterinya memang garang.
?Papa dah cakap dengan lelaki tu. Dia setuju untuk jumpa dengan kamu dulu. Papa kenal dengan dia.?
Dengar sahaja kata-kata ayahnya, Nayla terus mengeluh seberatnya. ?Papa kenal dengan dia? Baguslah. Lagilah elok.? Ujar Nayla. ?Macam mana Nay nak tahu yang dia memang yang terbaik untuk Nay? Macam mana PAPA boleh tahu yang dia terbaik untuk Nay??
Nayla kemudian membetulkan posisi duduknya, memandang kedua ibu bapanya.
?Macam mana kalau dia tak tahan dengan Nay? Mama dengan papa pun bukannya boleh tahan dengan Nay, kan? HA! Sebab tulah mama dengan papa nak suruh Nay kahwin, kan?!? Nayla menghentak meja bila dia dah dapat gambaran kenapa ibu bapanya hendak dia berkahwin.
Tiba-tiba, Nayla memandang Jane.
?Kau tahu ke pasal ni??
Jane yang sedang mengunyah nasi terus terkejut bila dituduh. Sudahlah tiada sesiapa yang berani bersuara bila ibu mereka sedang marah, boleh lagi Nayla nak bergurau waktu-waktu begini?
?Mana ada!?
?Habis tu? Kau beriya nak suruh aku cari rumah lain tu? Lepas tu kau mention kahwin. Sah! Mesti kau komplot sekali dengan mama papa, kan?? Nayla menuduh.
Wah, dia rasa macam dia dah berjaya menyelesaikan kes misteri.
Wajah Jane berubah bila ibu bapanya memandang.
Tapi sebenarnya, Jane memang tak tahu apa-apa.
?Eh, monyet, kebetulan! Kebetulan je! Aku manalah tahu apa-apa!? Jane cemberut.
Belum sempat Nayla hendak menidakkan adiknya, Zamirul bersuara lagi. ?Dia tak tahu apa-apa. Ini keputusan papa dengan mama. Kamu tu dah besar. Umur mama kamu 22, dia dah timang kamu. Kamu dah lebih umur. Biar kamu kahwin ni, kamu belajar sikit cara untuk bertanggungjawab. Kamu dah tak boleh main-main lagi.?
?Eleh, papa tu, umur 39 tahun dulu, boleh je lepaskan tanggungjawab, lari ikut perempuan lain.? Nayla menggerutu.
Wajah Zamirul berubah. ?Nay, papa dah cakap yang papa balik ni sebab papa nak tebus balik salah papa.?
?Ah, takde-takde. Ingat ni apa, buku 555? Blah dulu baru bayar? Ini soal masa dengan tanggungjawab. Papa nak kata Nay tak bertanggungjawab??
Jane dan Daniel saling menjeling. Masing-masing dah boleh baca fikiran masing-masing pada saat ini.
?Papa-?
?No, no, no,? Nayla tersengih sinis sambil menggoyangkan tangan gaya seorang ahli politik. Auranya pun boleh tahan sama pada saat ini. ?Habis tu dulu, papa ingat, lepas papa hilangkan diri, siapa yang jaga rumah?? soal Nayla.
?Kamu baru umur 10 tahun masa tu. Bukannya kamu boleh buat apa-apa.? Zurina menyelar. ?Sampai sekarang masak pun tak reti. Daniel juga yang hari-hari masak untuk kita makan kalau tak ada siapa dekat rumah.?
Daniel mendecitkan lidah bila namanya dipetik.
?Korang yang bergaduh, kenapa aku kena mention sekali ni?? rungut hati Daniel. Matanya mengelak dari memandang sesiapa kecuali makanan di dalam pinggan sendiri.
?Eh, tak ingat pulak Daniel masak untuk semua orang time tu. Umur dia baru empat tahun masa tu. Lari pun terkedek lagi masa tu. So siapa? Mama? Mama pun berkurung dalam bilik, keluar bilik sehari boleh kira pakai sebelah tangan.? Nayla mengangkat tangan kanannya.
Wajah Zamirul dan Zurina mengetat.
?Jangan cakap pasal tanggungjawab kalau sorang tinggalkan keluarga sendiri. Kalau papa tak ikut bontot perempuan jalang tu, takdenya Nay jadi macam ni.? Nayla mengangkat bahu.
Zurina mengeluh dan Zamirul mengecut di kerusinya bila Zurina mengeluh. ?Kamu cakap macam tu sebab kamu kecik lagi masa tu. Mama ni, kena tinggal dengan suami sendiri. Belajar untuk jadi matang.?
?Sure,? Nayla tersengih senget, jelas mengejek ibu bapanya pada saat itu.
?Apa yang dah jadi, jadi. Sekarang ni, kamu nak ke tak nak, papa nak kamu jumpa dengan lelaki tu. Kamu kena kahwin dengan dia tak kira kamu tak nak at-?
Belum sempat Zamirul habis bercakap, Nayla memotong lagi.
?Siapa cakap Nay tak nak??
Zamirul dan Zurina terkejut. Mereka yakin 100% yang Nayla akan melawan bila sebut pasal dijodohkan dengan pilihan mereka.
?Kamu nak??? soal Zamirul, hanya untuk mendapatkan kepastian.
Nayla menjeling Jane sekilas sebelum memandang ibu bapanya. ?Why not? Dah alang-alang semua orang nak halau Nay sangat, kan??
Kemudian Nayla memandang Jane, jelas mengusik.
TIGA hari kemudian?
Nayla dah duduk di kerusi sebuah restoran. Berdasarkan perjanjian yang diaturkan itu, Nayla sepatutnya berjumpa dengan lelaki pilihan ayahnya pada jam 8:30 malam, tapi Nayla dah mendarat di kerusinya pada jam 7:45.
Awal sangat?
Ya, sebab dia dah kena paksa keluar awal.
?Cik, dah lama Cik duduk. Cik belum nak order lagi ke?? soal pelayan yang datang ke Nayla.
Nayla yang dari tadi main telefon, terus memandang. ?Oh, belum lagi. Saya tunggu orang dulu.? Jawab Nayla sambil tersenyum sopan.
?Err... Dah lama Cik duduk sini. Date Cik tu... betul datang ke?? soal pelayan itu kepada Nayla.
Sejujurnya, dia sendiri pun geli nak panggil ?date?. Siapa pun lelaki yang hendak dijodohkan dengannya ini, lebih baik ada rupa. Kalau tidak, memang dia cabut lari dan tinggal dalam hutan sahaja.
?Hahaha...? Nayla hanya mampu tergelak janggal sahaja. Tapi sebelum dia sempat menjawab, seorang lelaki menyapa.
?Cik... Nayla??
Nayla memandang lelaki yang menghampiri meja itu. Dia terkejut melihat perbezaan ketinggian antara lelaki itu dengan pelayan lelaki yang menyapanya tadi.
?Y... ya saya?? jawab Nayla, terkial sedikit. ?Awak??
?Saya Aidan.? Aidan perkenalkan dirinya kepada Nayla, sambil mengerling pelayan yang berdiri di sebelahnya.
?Err?? lelaki tadi terkial. Wajahnya pucat disebabkan cuak. Sebenarnya dia dengan beberapa pelayan di restoran itu dah mengejek Nayla dalam diam sebab temu janji wanita itu tidak muncul-munculkan diri hampir satu jam. ?Nak order??
Aidan mengambil tempat duduknya. ?Datang semula sekejap lagi.?
Duduk sekali pun, Aidan tetap nampak tinggi. Rambutnya disisip rapi dengan gaya potongan 7/3. Kulitnya cerah tapi tidak terlalu pucat dan matanya tajam. Yang menyebabkan Nayla terkejut, lelaki itu langsung tidak sama dengan apa yang dibayangkannya.
Takpelah, sekurangnya lelaki ini nampak lebih bagus berbanding ayahnya.
?Lama ke awak tunggu?? soal Aidan sambil melihat jam tangannya.
Kini jam menunjukkan jam 8:33.
Dia cuma terlambat tiga minit sahaja.
?Awak nak jawapan jujur ke jawapan jaga hati?? soal Nayla, bersahaja.
Sebelah kening Aidan terangkat mendengar soalan Nayla. ?Ada beza ke??
?Mestilah.?
Aidan bersandar ke kerusinya. ?Tak faham,?
?Kalau jawapan jaga hati, saya akan cakap, ?Eh, takdelah, saya baru je sampai,?,? jawab Nayla dengan siap melakonkan lagi dengan nada yang dicomelkannya. ?Tapi kalau jawapan jujur? dah dekat sejam jugalah saya dekat sini??
Aidan kehairanan. ?Perjumpaan kita pukul 8:30, kan?? soal Aidan, hampir hendak Semak semula telefonnya.
?Ya,? Nayla simpan telefonnya. ?Jangan tanya lebih-lebih. Saya kena paksa keluar rumah cepat.? Jawab Nayla.
Untuk seketika, Aidan mencemuh. Tapi dia abaikan sahaja.
?Jadi, awak setuju nak kahwin dengan saya?? soal Aidan, terus tanpa sesi ice-breaking.
?Terpaksa,? jawab Nayla, bersahaja. Nadanya normal, tidak sama dengan macam mana dia bercakap dengan ibu bapanya. ?Kenapa? Kalau tak nak, takpe. Saya bukannya terdesak sangat nak kahwin,?
Aidan mengangguk. Dia dapat ?proses? info yang diberikan oleh Zamirul. Dia datang dah bersedia untuk berhadap dengan Nayla. ?Berapa umur awak??
?25.?
?Hahaha...? Aidan tersengih dan tanggalkan cermin matanya. Wajahnya nampak jauh lebih tampan tanpa cermin matanya. ?Sayangnya, perempuan umur macam awak ni tak boleh memilih sangat. Saya setuju kahwin dengan awak pun sebab dengar cerita? tak laku. Yelah, umur dah 25, kan??
Rasa kasar pula tekak Nayla hendak membalas.
?Wah, main kasar.? Nayla getus dalam hati. Nampaknya ayahnya memang sengaja nak jodohkan dia dengan lelaki mulut berus dawai macam ni.
Okay.
Two can play the game, Aidan.
?Ah? So sanggup kahwin dengan saya sebab saya tak laku ke? Tak tahu pula awak buat charity, kahwin sanggup. Dah berapa bini awak ada?? soal Nayla dengan nada simpati yang dibuat-buat.
?Awak ingat saya ni old money collector ke nak kumpul anak dara tak laku banyak-banyak?? soal Aidan, sedikit tercalar tapi enggan mengalah. ?Dalam market, awak ni kira macam? item 50% off. Sebab dah nak expired.?
?Hah?? Nayla bersandar ke kerusinya. Lengannya disilang ke dada. ?Umur awak berapa?? soalnya.
?29.? Jawab Aidan dengan nada yang sedikit angkuh tapi tetap berhati-hati.
?Bila kali terakhir awak date?? soal Nayla lagi.?
Ah, parah. Betul dia kena berhati-hati. ?Jangan menyibuk,?
?Tak laku jugaklah tu,? balas Nayla, mengejek.
?Macam ni ke caranya awak bercakap dengan lelaki yang bakal jadi suami awak? Mana adab awak?? soal Aidan, cuba mengawal mulut Nayla.
Nayla mencebik. ?Belum sah lagi, kan?? soal Nayla, kini memeluk diri yang terasa sejuk. ?Lagipun awak yang start dulu,?
?Mana ada.? Aidan mengecilkan mata.
?Hmm... Nampaklah kenapa awak pun tak laku.? Nayla mengangkat bahu dengan senyuman lebar. ?Encik Aidan, saya tak nak tahu kenapa sebabnya awak setuju untuk kahwin dengan saya, tapi once kita dah kahwin, saya takkan halang awak kalau awak tak tahan dengan perangai saya, awak nak ceraikan saya.?
Walaupun riak wajah Aidan tampak berang dengan ejekan Nayla, dia sejujurnya terkejut. ?Cerai? Kita belum kahwin lagi pun awak dah fikir pasal tu??
?Well, I mean, ayah saya pun tak tahan dengan perangai saya. Sebab tu dia buang saya dekat awak. I?m not sure macam mana awak buat dia kecil hati ke apa, tapi nampaknya saya akan jadi tanggungjawab awak. So? saya tak akan terkejut kalau awak decide untuk ceraikan saya even satu jam lepas kita kahwin,?
Pelayan tadi datang ke meja mereka tapi Aidan angkat tangan, menghentikan langkah lelaki tadi.
?Err?? pelayan itu terasa janggal sebab ini dah kali ke tujuh dia dihantar jauh dari meja itu.
?Awak nak cabar saya ke, Nayla?? soal Aidan, tersengih. Sebahagian dari dirinya rasa seolah tidak percaya tapi sebahagian dari dirinya juga rasa seronok sebab dicabar.
Nayla merehatkan sikunya ke meja, mengabaikan pelayan yang masih berada di tepi meja, menyaksikan mereka.
?Bergantunglah dengan apa yang awak rasa.? Ujar Nayla, jelas mencabar.
Aidan tersengih. ?Nayla,? Aidan meniru gaya Nayla dan merenungnya dengan pandangan yang tajam. Tapi dalam masa yang sama, Nayla dapat rasakan yang Aidan sedang menggodanya. ?Jangan mulakan mainan yang awak sendiri tak boleh nak habiskan.?
Pelayan tadi rasa dia tak sepatutnya dengar bait-bait perbualan mereka, jadi dia cepat-cepat larikan diri.
Pada saat itu, Nayla lebih terpaku pada mata Aidan berbanding dengan kata-kata ugutannya.
Dan ketika itu, Nayla baru sedar yang dia tak boleh tarik diri dari perkahwinan ini.
Egonya dah dicabar.
Pantang anak perempuan sulung dicabar.
Okay, game on!
Share this novel