Bab 1 - Nayla

Romance Series 3185

NAYLA masuk ke dalam rumah.

Jam kini dah menunjukkan jam lapan malam. Kebiasaannya dia dah balik pada jam tujuh tapi disebabkan dia keluar lambat lima belas minit dan jalan baliknya bukan kegunaan dia seorang sahaja, Nayla akhirnya sampai ke rumah lambat.

Dan disebabkan dia sampai ke rumah lambat, Nayla terus disambut dengan leteran bapanya. “Dah pukul berapa baru nak balik?” soal bapanya, menjeling sambil membawa mug berisi kopi-o yang dibancuhnya.

Nayla berkerut.

“Apa dia? Lagi enam minit nak pukul lapan malam. Lapan malam tau, bukannya lapan pagi. Orang balik memang nak kena bebel dulu.” Jawab Nayla, separa mendengus sambil melemparkan kasutnya ke tepi.

“Menjawab! Anak dara tak elok balik malam!” mug berisi kopi hitam tak bergula itu diletakkan di atas meja makan.

Matanya menjeling malas bapanya yang tak sudah-sudah nak berleter.

“Orang tak sempat bagi salam, terus membebel. Macam ni ke layan anak sendiri?” soal Nayla, mengejek.

Tiba-tiba ada kain buruk terbang ke kepalanya.

PAK!

Sudahlah kain buruk, basah pula tu. Terus menyeringai Nayla menahan geli. Entah air apa yang ada pada kain itu, dia pun tak tahu.

“Tch! Apa ni?!” Nayla lemparkan kain tadi ke lantai.

“Eloklah bercakap macam tu dengan ayah sendiri?!” ibunya menjerkah, marah. Lengan bajunya dah digulung ke atas. Mungkin sedang mengemas dapur atau memang begitulah pesen ibunya. Tak gulung baju, pakai baju lengan pendek di rumah.

“Nayla baru balik, kan? Apa yang nak marahnya? Jane pun belum balik lagi, kan?” soal Nayla, menahan marah. Tali begnya digenggam erat.

“Jane tu habis kerja pukul sembilan. Wajarlah dia nak balik pukul sepuluh atau sembilan setengah. Lagipun dia bukannya kaki merayau macam kamu!” ayahnya sekali lagi bersuara.

Nayla mengetap gigi menahan marah. “Memang jalan dekat KL tu papa yang punya, kan?” Nayla menjeling.

Ayahnya memasang wajah ketat dan tegang sambil memandangnya. Tangannya yang dah memegang cawan mug tadi diturunkan, seolah tidak percaya dengan kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Nayla.

“Ni, cepat makan, habiskan!” ibunya menunjuk ke arah pinggan yang berisi nasi goreng yang dah sejuk dan seekor ikan goreng.

“Nantilah. Sikit ni, nanti baik bagi Jane. Dia kan dah kerja keras,” Nayla sekali lagi mencabar kesabaran mereka. “Tak laratlah nak makan malam-malam macam ni.”

“Inilah sebabnya takde siapa yang nak dengan kamu!”

“Lah, pulak?” Nayla menggaru pusar pada kepalanya.

“Takde! Kawan-kawan kamu tu ramai yang dah kahwin. Kalau ada yang lambat pun, sekurangnya dah bertunang. Tu, Ain tu, anak dah nak tiga. Kamu masih lagi dengan kerja gaji ciput ni. Anak takde, makan nak yang sedap-sedap! Masaknya tak reti! Buat malu aje.” Ibunya berleter di dapur samil menggeleng.

Sebelah tangan wanita itu bercekak pinggang dan sebelah lagi tangan wanita itu sibuk memegang sudip.

“Mama nak Nay kahwin, perkenalkanlah dekat kawan-kawan mama kut ada yang minat,” ujar Nayla, sengaja hendak menyakat ibunya.

“Hah! Balik pun lambat, masak pun tak pandai, ada hati nak mama kenalkan dengan anak orang. Buat malu mama je nak perkenankan kamu dengan orang lain,” ujar ibunya dengan penuh kejujuran.

Wajah Nayla bertukar masam.

“Tak pandai masak? Sejak bila?” soal Nayla, sekarang dia dah dijentik pada topik yang tak sepatutnya disentuh. Dia kemudian memandang adik bongsunya, Daniel, yang secara tak sengaja memandangnya dari telefonnya.

“Mama, dahlah tu,” Daniel memberi signal kepada ibu mereka untuk tidak terus bergaduh mulut dengan Nayla.

Disebabkan adik bongsunya dah mencelah, dia ambil kesempatan itu untuk pergi ke bilik untuk berehat.

Nayla dah biasa sangat menghadap ibunya yang kuat merungut apa yang dilakukan olehnya. Tapi ayahnya?

Ayahnya dah dianggap special case.

Apa, adakah dia patut menjunjung ayahnya sekarang? Hari ini sahaja, baru dua bulan ayahnya kembali ke rumah setelah menghilang selama 15 tahun, mengikut jejak kekasih mudanya. Sehinggalah lelaki itu muncul ke rumah semula buat pertama kalinya dalam 15 tahun itu, mereka sekeluarga dapat tahu yang wanita itu telah dikahwini ayah Nayla.

Selama 15 tahun, sejak Nayla berusia 10 tahun, dia dah memikul tanggungjawab untuk memastikan adik-adiknya makan walaupun yang dia tahu buat pada ketika itu hanyalah masak nasi, buat telur goreng, mi segera dan juga biskut kering cicah kopi.

Pada ketika itu, ibunya terlalu patah hati sampaikan nampak tidak terurus.

Mungkinlah dia tak pandai memasak macam ibunya, tapi hampir setengah tahun jugalah dia terpaksa masak benda yang sama, berulang-ulang kepada adik-adiknya sebelum ibunya ‘bangkit’ dan teruskan hidup macam biasa.

Mahupun begitu, macam-macam benda yang dibuat, diuruskan oleh Nayla.

Sejak kehilangan bapanya, dia tak pernah berharap bapanya akan muncul semula. Pada tahun kedua, dia dah anggap ayahnya mati.

Bila ditanya, dia akan jawab, “Pergi mampuslah apa nak jadi. Aku tak ada bapak, elok je aku hidup,”

Itulah pegangan Nayla.

Bila dah masuk sekolah menengah, kalau sekolahnya sesi petang, sebelum pergi sekolah, dia akan masak untuk tengah hari. Kalau dia sekolah sesi pagi, dia akan masak untuk makan malam. Adiknya pergi balik sekolah pun dia yang hantar, dia yang ambil.

Dan sekarang, bila ayahnya dah muncul, wah, semudah itu sahaja dia dihina? Sakit hati betul. Tak reti masak?

“Dah dapat suami dia balik, happy ah,” Nayla merungut, masuk ke biliknya sambil mengeringkan rambutnya selepas mandi.

Baru sahaja dia hendak melabuhkan punggungnya, tiba-tiba adiknya balik. “Kau dah kenapa? Masam semacam je muka.” Jane mengusik Nayla, terkekeh-kekeh ketawa.

“Lagi nak tanya,” Nayla menjeling, malas nak menjawab. “Bapak kau ah,”

Jane membuat wajah geli. “Eh, bapak aku, bapak kau jugak,”

“Please, eh, aku takde bapak macam tu,” Nayla menjelingkan matanya sehingga nampak mata putihnya sahaja.

Ini kalau dia tengah mengamuk, mungkin nampak macam Undertaker.

“Papa buat apa lagi?” soal Jane, menanggalkan stokinnya.

“Aku balik lambat. Jalan jammed la. Peak hour. Aku sampai rumah pukul lapan je. Beriya nak gang up aku macam aku baru jual peti ais azimat diorang.” Nayla masih mengeringkan rambutnya. Wajahnya jelas menunjukkan kemarahan yang dialaminya.

Taklah marah dah, tapi lebih kepada geram.

“Kau bayangkan diorang kata aku tak reti masak. Ya Allah, geramnya aku! Hari-hari aku balik rumah ni, mesti aku diuji untuk tak tempah tempat dekat neraka! Aku belum bagi salam, dah kena attack. Ya Allah, penat!” rungut Nayla sambil berguling-guling atas tilam lipatnya.

“Hmm, dah agak dah. Nasib baik la adik kau tu menyibuk. Dia tu sayang dengan kau sebenarnya, tapi tak nak mengaku.” Jane ketawa mengekek. “Kau dah mandi ke, kak?” soal Jane sambil menggosok rambutnya.

“Dahlah. Aku dah mandi kat tempat kerja aku sebab aku malas nak mandi lepas balik.” Jane menghadiahkan ibu jarinya kepada Nayla. “Aku tutup lampu eh?”

Belum sempat dia jawab, Jane dah terlebih dahulu tutup lampu bilik dan melantun ke tilamnya. “Kak, kalau kau dah tak larat asyik bergaduh mulut dengan mama dengan papa, kenapa kau tak pindah keluar je?” soal Jane, mengemas dalam gelap.

“Cakap senanglah. Kau ingat gaji RM1.6k ni cukup ke nak sewa kat luar.” Nayla memejamkan matanya.

“Sebab tu aku cakap je. Senang,”

“...”

“...”

POOF!

Terus mendarat bantal kekabu ke wajah Jane. Eloknya dalam gelap, memang terus kena serang hendaplah. “

“Aduh! Achoo!” Jane bersin beberapa kali sebelum memukul lengan Nayla. “Kasar betullah!”

“Cakap jelah kau nak halau aku dari rumah ni, kan? Supaya nanti bilik ni jadi kau punya sorang, betul tak?” Nayla menggeleng, malas.

“Uhuk! Well, partly. Aku kesian gak tengok kau asyik kena marah dengan mama dengan papa je.” Jane diam seketika sebelum menyambung. “Kak, kalau kau kahwin nanti macam mana?”

Nayla mengeluh. “Kahwin eh?”

Masing-masing jadi lebih tenang. Jane menunggu kakaknya menyambung jawapan yang ditunggu-tunggu.

“Lagi senang. Asalkan aku tak duduk sini, aku okay je. Tapi kaulah,” Nayla memikirkan tentang nasib adik-adiknya.

“Eh, dalam family ni, kau sorang je tau yang selalu kena marah dengan mama papa. Kau kahwin jelah,” kali ini, giliran Jane pula menghempuk wajahnya dengan bantal.

“Nak je. Tapi lepas apa yang papa buat, aku rasa susah untuk aku percaya mana-mana lelaki,” jawab Nayla dengan jujur.

Lepas perbualan dengan Jane, si adik terus tertidur sementara Nayla pula termenung memandang siling, memikirkan tentang topik perkahwinan.

Mungkin ya, dia boleh pilih untuk kahwin, dan dia boleh lepaskan diri dari tanggungjawab yang dipikul oleh ayahnya. Dah 15 tahun. Masih bolehkah untuk dia larikan diri dari kehidupannya yang sekarang demi untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik?

Dia dah masuk usia 25 tahun. Dia tak pernah bercinta. Nayla yakin yang cinta takkan datang kepadanya yang dah pertengahan 20-an.

Cinta dalam hidupnya hanyalah satu cita-cita yang takkan tercapai.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience