Bab 4 - Nikah

Romance Series 3185

PERNIKAHAN mereka diaturkan dua bulan selepas makan malam perjumpaan pertama antara Nayla dan Aidan.

Dalam tempoh dua bulan itu, mereka hanya berjumpa tiga kali sahaja. Itu pun punyalah susah untuk mereka jumpa sama-sama untuk uruskan baju kahwin.

Dan malam sebelum perkahwinan mereka, Aidan masih sibuk dengan kerjanya di pejabat. Pada jam sembilan malam, Aidan masih sibuk depan komputer di pejabatnya. Disebabkan dia penat melihat skrin komputer, cermin matanya ditanggalkan.

Untuk seketika, dia pejamkan matanya.

Rambutnya pun ditolak ke belakang, menghilangkan rasa berat beban dalam kepalanya. Telefonnya dicapai.

Kebanyakkan mesej yang ada adalah berkenaan dengan kerja. Kemudian, dia terpandang status Whatsapp Nayla.

Nama Nayla disimpan sebagai…

‘Cencurut’

Gambar yang dimuat naik oleh Nayla adalah gambar kaki Nayla di sebuah lantai berjubin dan ada beg kertas.

Dengan cekapnya, Aidan membalas…

“Kaki lagi cantik dari muka tuan badan.”

AIDAN: “Kaki lagi cantik dari muka tuan badan.”

Nayla yang dah ada atas tilam dan siap-siap nak makan dalam bilik ternampak mesej yang dihantar oleh bakal suaminya. “Eh, kurang asam betul...” dia kemudian cepat-cepat membalas...

Nayla: “Okaylah tu daripada tak cantik langsung, macam hati awak. Busuk. Karat!”

Aidan: “Nak gaduh ke?”

Nayla: “Lah! Siapa yang mesej siapa dulu?!”

Dia baru je nak makan, tunangnya ini berani nak ganggu ketenangannya. Dia yakin yang Aidan dah tak ada kerja nak buat, jadi tujuan lelaki itu mesejnya pada waktu begini hanya untuk bergaduh dengannya.

Namun, mesej yang diterimanya daripada Aidan lain.

Aidan: “Dah balik kerja ke belum?”

Nayla: “Kenapa awak tanya? Lepas ni awak nak pick up saya lepas kerja ke?”

Aidan: “Eh, ada kereta sendiri, kan? Baliklah sendiri. Mengada nak suruh orang ambik bagai.”

Nayla: “Ih... Macam kahwin dengan monyet. Cakap banyak, buatnya tidak.”

Aidan: “Siapa monyet?”

Nayla: “Cuba tutup skrin telefon awak, then tengok apa yang awak nampak dekat skrin tu.”

Lepas mesej itu dihantar, Aidan diam tidak membalas untuk beberapa minit. Ini membuatkan Nayla tersenyum lebar. Tapi tak lama kemudian, Aidan hantarkan mesej kepada Nayla yang topiknya terus berubah serius.

Aidan: “Jangan lupa esok kita kahwin.”

Nayla: “Hmm.”

Aidan: “Tak excited?”

Nayla: “Entah. Saya tak ada attachment dengan awak. So…”

Aidan: “Jangan lari pulak. Saya akan cari awak sampai ke lubang cacing kalau awak larikan diri dari perkahwinan kita,”

Nayla menggerutu.

Memang dia nak lari tapi bukannya daripada perkahwinannya. Sebaliknya, dia hendak larikan diri dari ibu ayahnya yang kerap bertekak dengannya.

Ini sahajalah jalan yang dia ada untuk selamatkan dirinya walaupun keamanannya tetap akan terganggu dengan kewujudan Aidan.

“SAYA terima nikahnya Nayla Rania binti Zamirul Adi dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai.” Lafaz Aidan dengan lancar.

“Sah?”

“Sah.”

Punyalah cuak Nayla sebaik sahaja mereka dah sah diijabkabulkan. Dia boleh rasa yang manik-manik peluh antara lapisan kulit dan solekannya.

Dia boleh bayangkan yang solekannya boleh jatuh macam tisu ditiup angin. Dia panik melihat Aidan yang bangun dan menghampirinya. “Ma, ma, apa lepas ni?” soal Nayla kepala ibunya yang berada di sebelah.

“Batal air sembahyang. Eh, duduk diam-diam!” Zurina mencubit lengan Nayla.

Nayla dah mengundur-ngundur melihat pandangan mata Aidan pada ketika ini. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang jelas mengejek. Ikutkan tafsiran Nayla, lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang mengatakan…

‘Wek wek… Dah tak boleh derhaka lagi!’

“Erk…” Nayla membatu sebaik sahaja Aidan melutut di depannya. Lelaki itu menghulurkan tangannya. Teragak-agak, Nayla menyambut sahaja tangan lelaki itu.

Bukan sebab dia Aidan, tapi sebab dia membesar dengan dididik oleh datuknya untuk jangan bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim. Jadi, dia terasa janggal untuk bersentuhan dengan lelaki yang dah sah jadi suaminya.

“Salam je?” soal Aidan, mengusik.

Wah, gatal tangan Nayla nak cepuk muka lelaki ini supaya hilang sengihannya pada ketika itu.

“Habis tu, nak buat apa...” soal Nayla dengan suara yang perlahan. Ini kalau ada yang dengar, mahu kena gelak dengan satu dewan.

“Ciumlah,” Aidan mengusik dengan menjuihkan bibirnya dua kali. Beberapa orang yang ada di sekeliling yang dah bersedia dengan kamera pun terkekeh melihat Aidan mengusik Nayla.

“B… bibir? Awak gila ke?” soal Nayla dengan wajah yang dah merona.

Aidan tersenyum senget melihat reaksi Nayla yang panik. “Cium tangan jelah. Suruh cium bibir, malu,” usik lelaki itu sambil menggenggam tangan Nayla dengan erat.

Disebabkan dah lama mereka dalam posisi bersalam, Nayla malu-malu menundukkan kepalanya dan cium tangan Aidan.

Setiap kali kamera berbunyi, dia dapat rasakan badannya merapuh dan kalau boleh, dia harap yang dia akan ditelan bumi.

Sesaat kemudian, dia terasa satu ciuman pada pipi kanannya. Dalam kesempatan itu, Aidan berbisik. “Lamanya. Sampai bila awak nak cium tangan ‘monyet’ ni?”

Malu, Nayla terus angkat kepalanya dan memandang tepat ke mata Aidan.

‘Tunggulah kau! Tunggu nanti!’ gertaknya dalam hati.

Tangan kanan Aidan memegang erat tangan Nayla sementara tangan kirinya pergi ke belakang kepala Nayla. Dengan gerakan yang laju, Aidan menghadiahkan satu ciuman pada dahi Nayla dengan lembut.

Entah itu ikhlas atau hanya sekadar untuk lakonan semata, dia pun tak pasti.

Tapi untuk seketika, Nayla rasa dia baru sahaja ‘bebas’ daripada ibu bapanya.

Bukannya dia tak sayangkan ibu bapanya. Tapi sejujurnya, dia rasa dikhianati.

Umur baru sepuluh tahun, ayah dah lari ikut perempuan lain dan disebabkan dia anak sulung, dia kena jaga adik-adiknya yang masih kena pantau kalau hendak ke tandas.

Sepuluh tahun hidup, ayah menghilang selama 15 tahun dan tiba-tiba muncul. Dia pikul tanggungjawab ayahnya jauh lebih lama daripada jangka masa ayahnya jaga dia.

Dan yang lebih membuatkan dia geram adalah hanya seminggu selepas ayahnya muncul semula, ibunya terima ayahnya semula dan mereka tinggal sebumbung. Bila dia persoalkan tindakan ibunya, dia kena hentam semula.

Dia lebih rasa dikhianati.

“Oi, lama betul cium! Orang nak ambil gambar lain jugak!” ujar salah seorang daripada ahli keluarga mereka sambil tergelak, membahan mereka berdua.

Bibir Aidan ditarik dari dahinya perlahan-lahan.

Tapi Nayla, perhatiannya teralih memandang seseorang dari kalangan keluarga Aidan. Seorang wanita yang wajahnya samar dalam ingatan. Namun, Nayla tahu siapa wanita itu.

Degup jantungnya seolah-olah terhenti. Matanya terpaku memandang wanita itu yang sedang bersalaman dengan ahli keluarga Aidan.

‘Kenapa perempuan tu ada dekat sini?’ soalnya dalam hati tanpa menagih jawapan.

Yang lebih merunsingkan, wanita itu bukannya berada di bahagian keluarganya, tapi di bahagian keluarga Aidan.

Pelbagai jenis teori mula dimainkan dalam kepalanya.

Macam mana ibu tirinya boleh berada dengan pihak keluarga Aidan. Tapi sesaat kemudian, dia terpandang wajah ayahnya.

Zamirul sedang bersalaman dengan pihak pengantin lelaki, tidak perasan apa yang sedang dialami dan difikirkannya pada saat ini.

Nayla yakin yang ayahnya sengaja rancang untuk dia berkahwin dengan Aidan untuk balas semula semua kata-kata biadab yang dia dah lemparkan kepada lelaki itu sejak lelaki itu kembali beberapa bulan yang lepas.

Dan Nayla yakin yang dia sebenarnya memang hendak dibuang dari keluarganya supaya ayahnya boleh teruskan dengan apa sahaja yang dirancangkan kepada keluarganya.

Tapi yang lebih menakutkan Nayla adalah sekarang… dia dah terikat dengan Aidan dan dia tak tahu apa pertalian yang dia ada dengan ibu tirinya dan kalau betul apa yang disangkakannya, ini hanya membawa Nayla ke satu jawapan sahaja.

Dia dikahwinkan dengan Aidan untuk dihancurkan oleh lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience