BAB 12

Romance Completed 344019

KENDERAAN diparkir di hadapan pintu lobi sebuah bangunan hotel. Kunci diserahkan kepada joki yang bertugas.
 
Ian kemudian melangkah ke pintu utama hotel sambil memegang sebuah jambangan bunga yang dirias indah. Sesekali dia menghidu bauan harum dari kuntuman mawar di tangannya itu.
 
Meleret senyuman di bibir Ian sambil membayangkan raut jelita yang sedang menanti dirinya untuk bertemu sebentar lagi. Pasti si penerima juga akan tersenyum manis.
 
Ini jambangan bunga yang sangat mahal tau. ‘Custom-made’ dari sebuah kedai florist mewah di ibu kota. Mawar merah segar itu di ‘import’ khas dari luar negara.
 
Asalnya pemilik kedai berkenaan menyiapkan jambangan tersebut untuk seorang lelaki golongan bangsawan yang mahu melamar kekasihnya. Datang si Ian dengan muka tak tahu malu terus sahaja ‘grab’ jambangan tersebut. Siap tawarkan untuk dibayar dengan harga yang tinggi. Maka si pekedai terpaksa dengan rela hati menjualkan jambangan itu kepadanya.
 
Benarlah Ian tengah angau sangat. Sanggup melakukan apa sahaja demi gadis idaman. Tak sabar dia nak hadiahkan jambangan mawar merah yang istimewa itu buat Aly si kesayangan.
 
Lobi hotel dimasuki. Ian berjalan menuju ke sebuah restoran yang terletak di aras pertama. Kehadirannya disambut oleh seorang pelayan. Dia kemudian diberitahu lokasi di mana gadis idamannya sedang berada.
 
Ian lantas berjalan ke arah yang ditunjukkan dengan penuh bersemangat. Dari jauh dia dapat melihat kelibat seorang gadis berambut perang sedang duduk di sebuah meja yang membelakangi dirinya. Ian yakin itu adalah Aly. Senyuman di bibir kian melebar. Excited!
 
 
 
 
“HAI,” ucap Ian sepatah.
 
Alyka lantas menoleh. Seraya dia bangun dari duduknya bersama senyuman yang terukir di bibir.
 
“Hai, Ian. Thanks for coming.”
 
“Thank God, kali ni you tak lupakan I,” ujar Ian dengan gembira. Lalu jambangan di tangan dihulur ke arah Alyka. “For you.”
 
Alyka jelas kelihatan terkejut menerima jambangan mawar merah yang cukup indah itu. Walaupun sebenarnya di dalam hati sudah dapat menduga gelagat Ian.
 
“Wow! So beautiful. Thanks so much. You are so kind, Ian.”
 
“I harap you suka bunga ni.”
 
“Saya suka sangat. Actually, saya memang sukakan mawar merah. Tak sangka awak tahu jenis bunga kegemaran saya, Ian,” ujar Alyka berdusta.
 
Wajah Ian terlihat makin teruja. Sudah lama menjadi kasanova, dia tahu sangat apakah kegemaran seorang gadis seperti Aly.
 
“Well, dari raut you yang indah bak kelopak mawar ni sudah memberikan jawapan jenis bunga yang you suka. Red roses really suit you, Aly.” Ian mula mengayat.
 
Yucks! Acah ‘sweet’ pulak mamat ni. Geli! Alyka mencebik di dalam hati.
 
Bagaimana pun, Alyka berpura-pura menundukkan wajah sambil menyelitkan anak rambut yang jatuh di dahi ke belakang telinga. Berlakon seperti gadis ayu yang malu-malu kucing dan penuh kelembutan. Ala-ala ‘perempuan Melayu terakhir’ gitu.
 
“Erm saya nak minta maaf pada awak sebab ganggu masa awak hari ni. Saya tahu awak tengah sibuk. Tapi, saya dah tak tahu nak hubungi siapa lagi. Masa saya tengok rantai dan loket yang awak bagi pada saya hari tu, terus saya teringatkan awak. Itu yang saya hubungi awak.”
 
“No worries. Small matter je. Lagipun, I memang tengah free sekarang ni. Kan I ada beritahu hari tu you boleh contact I bila-bila masa je. Whenever you need me, I’ll be there as soon as possible,” ucap Ian sambil menafikan kesibukan jadual hariannya yang sebenar.
 
Demi Aly, hal-hal berkaitan urusan kerja ditinggalkan seketika. Seronok tak terkata apabila dapat bertemu gadis ini semula. Baru sahaja pagi tadi dia berdoa di dalam hati untuk melihat wajah gadis idaman yang dirindui ini. Tak sangka tengah hari impiannya sudah tercapai.
 
“Thanks so much, Ian. Saya hargai sangat-sangat kehadiran awak ke sini.”
 
“You’re most welcome, my dear. So, shall we?”
 
Dalam gaya ‘gentleman’ Ian mempelawa Alyka duduk semula di kerusi. Dengan senang hati dia bersedia untuk ber’dating’ berdua bersama gadis itu.
 
“Erm sebelum tu, saya nak maklumkan ada someone akan join kita hari ni. Sekejap ye…” ujar Alyka sambil memerhati sekeliling.
 
Ian mengerutkan dahi. Keliru. Someone? Siapa pula yang akan menyertai temujanji mereka hari ini? Bukankah mereka hanya akan ber’dating’ berdua sahaja?
 
 
 
 
PERSOALAN Ian terjawab tidak lama kemudian apabila kelihatan seorang lelaki muda dalam sepasang sut penuh bergaya muncul menghampiri meja di mana mereka berada. Lelaki tampan ala pelakon drama Turki dengan kumis tipis itu tersenyum mesra ke arah Alyka.
 
“Hi, darling.” Seraya dipaut jemari sebelah kanan Alyka lalu dikucup lembut.
 
“Erm hai. I ingatkan you tak datang.” Alyka membalas sapaan lelaki itu dalam senyuman hambar.
 
“Of course I akan datang. I really miss you, darling.”
 
Ian yang berada berhampiran mereka sudah berubah reaksi muka. Bebola matanya membuntang. Tidak memahami apa yang sedang berlaku.

Siapakah lelaki ini? Kenapa dia memanggil Aly dengan gelaran ‘darling’?? Terpamer riak cemburu di wajah Ian. Apatah lagi lelaki itu tidak kalah dari segi gaya dan rupa berbanding dirinya.
 
Tanpa menanti, Alyka meneruskan babak episod terbaharu drama yang sedang dilakonkan. Sebetulnya sudah dirancang pertemuan ini sedari awal.
 
“Umar, I nak kenalkan you. Ini my best friend, Ian. I jemput dia join kita sekali hari ni. Harap you tak kisah.”
 
Alyka kemudian berpaling lalu memperkenalkan lelaki yang baru tiba itu kepada Ian.
 
“Ian, ini boyfriend saya Umar.”
 
Hah? Boyfriend?! Tekak Ian bagai tersekat. Terasa seperti sukar untuk bernafas. Tidak menduga Aly akan memberikan kejutan ini buatnya. Juga tidak mengerti kenapa dan mengapa dia diminta hadir ke sini oleh Alyka. Paling sadis apabila dia cuma diperkenalkan sebagai seorang teman sahaja.
 
Lelaki yang bergelar teman lelaki Alyka pula memandang ke arah Ian dengan kerlingan tajam. Seperti sedang berhadapan dengan seorang musuh. Dibetulkan jaketnya sambil mempamerkan gaya penuh angkuh.
 
Manakala Ian pula memerhati lelaki di hadapannya dengan pandangan tidak berpuas hati. Apahal mamat ni tenung dia macam tu? Ingat aku takut kat kau ke? Ian berdesis sambil turut membetulkan kolar jaketnya. Seolah-olah bersedia untuk berlawan dengan lelaki berwajah Turki itu.
 
“Oh, ini kawan you. Buat apa dia datang sini? And bunga tu daripada dia juga?”

Umar menyoal dalam nada sinis saat melihat jambangan mawar merah yang berada di atas meja. Terpamer riak penuh cemburu di wajahnya.
 
“Yes, bunga ni daripada Ian. Well, I ajak Ian join kita hari ni untuk dia jadi saksi kepada apa yang I akan beritahu you kejap lagi,” ujar Alyka.
 
Umar mengerutkan dahi tidak memahami. Begitu juga dengan Ian. Bagaimana pun, mereka berdua akur menuruti apabila Alyka meminta kedua lelaki tampan itu duduk di meja.
 
Tidak membuang masa, Alyka mengeluarkan sesuatu dari tas tangan yang dibawa. Sebuah kotak baldu bersaiz kecil diletakkan di atas meja lalu ditolak ke arah Umar.
 
“I pulangkan cincin ni kepada you. I tak boleh terima lamaran you. Kita putus.” Dalam sekali nafas Alyka mengucapkan ayat itu.
 
Umar jelas terkejut dan tergamam. Pantas diraih dan dipaut kedua belah jemari Alyka.
 
“Tapi, darling. Why?! Apa salah I?” Umar meminta penjelasan.
 
Alyka terus menarik tangannya dari pegangan Umar. Lalu ditenung ke wajah lelaki itu dengan renungan penuh rasa amarah.
 
“I nampak you bersama wanita lain. Bukan sekali. Tapi, berkali-kali. I tahu yang you curang di belakang I selama ni. Kalau you sukakan perempuan tu, then go ahead. I tak boleh teruskan hubungan kita. I tak nak biarkan diri I ditipu oleh you lagi!”
 
“Darling, you… you salah faham. Kalau perempuan yang you selalu nampak bersama I, itu bukan sesiapa. Dia cuma assistant I. Kami tak ada apa-apa hubungan.” Umar cuba menafikan.
 
Alyka lantas mengambil sesuatu berupa sekeping gambar pula dari tas tangan miliknya. Lalu dicampak dengan kasar ke arah Umar.
 
“You tengok dalam gambar tu. You dan dia berpelukan, berkucupan bibir, masuk ke bilik hotel bersama-sama. Itu you kata tak ada apa-apa?!” Suara Alyka mula meninggi.
 
Umar tersentak. Pucat lesi wajahnya saat melihat foto yang berada di tangan. Tidak menyangka bahawa akhirnya tembelang yang ditutup selama ini akan pecah.
 
Ian ikut sama terperanjat. Dia sedari tadi sekadar menyepi di sisi menyaksikan babak drama ala telenovela yang sedang berlangsung di hadapannya. Terkelip-kelip mata Ian melihat reaksi marah Alyka.
 
Pergh! Boleh tahan garang. Tapi, Ian suka perempuan seperti Alyka. Bagus. Mempunyai pendirian dan sanggup mempertahankan prinsip yang dipegang. You go girl! Ian bersorak di dalam hati memberi sokongan buat gadis idamannya.
 
“Darling, I can explain. Please, bagi I peluang. I cintakan you. I nak kahwin dengan you, darling.” Umar terus merayu.
 
Sebaliknya rayuan itu tidak dipedulikan Alyka.
 
“You bagilah cincin lamaran you pada gadis yang you selalu puja tu. Mungkin dia lebih sesuai menjadi isteri you. I tak layak untuk you.”
 
“Aly, please darling. Maafkan I. I janji akan berubah. I akan tinggalkan dia untuk bersama you, darling.” Umar bersungguh-sungguh memohon agar diberi kesempatan kedua.
 
Ian yang berada di tengah-tengah antara dua pasangan itu mencebik bibir memerhati gelagat Umar. Dia kenal sangat dengan jenis lelaki mata keranjang dan mulut lidah bercabang seperti ini. Sebab perangai dia sendiri pun tak jauh berbeza. Sama-sama ‘playboya’. Hanya buaya mengenali buaya.
 
“Bro, Aly dah cakap dia tak nak kat kau. So, kau tunggu apa lagi? Move on je lah. Pergi balik dekat perempuan yang kau hadap sangat tu. Aly is not for you!” Selamba Ian mendebik lelaki itu.
 
Umar jelas berang dengan kata-kata Ian. Lalu membentak kembali.
 
“Kau jangan sibuk hal orang lain! Mind your own business. Aku takkan lepaskan Aly!”
 
“Hal berkaitan Aly termasuk dalam urusan aku. Aku akan protect Aly dari lelaki tak guna macam kau. Seeloknya kau berambus dari sini! Tinggalkan Aly!” ujar Ian lalu dengan spontan mengambil kotak kecil berisi cincin di atas meja sebelum dicampak ke muka Umar.
 
Si Umar apa lagi. Semakin membara api kemarahan bagaikan baru disimbah dengan minyak panas. Terus dia bangun dari duduk lalu menghadiahkan penumbuk ke muka Ian. Membuatkan lelaki itu jatuh terlentang ke belakang.
 
Ian yang terbaring di lantai turut sama berang. Apatah lagi saat menyedari ada darah yang mengalir keluar dari hidungnya. Terus dia bingkas bangun mahu membalas semula tumbukan ke arah Umar.
 
Melihat pergaduhan kedua lelaki itu, cepat-cepat Alyka menghadang di hadapan tubuh Ian. Sebetulnya dia tidak menjangkakan si Umar akan melayangkan penumbuk ke muka Ian.

Drama yang berlangsung turut ditonton oleh para pengunjung yang berada di restoran tersebut. Mujurlah tidak begitu ramai orang waktu itu.
 
“Stop, Umar! You dah melampau. Kenapa you pukul Ian?!”
 
“You sebenarnya sukakan dia kan? You nak putus sebab nak bersama kawan baik you ni. Mengaku ajelah, Aly!” Umar memekik semula.
 
“I nak putus dengan you sebab you lelaki yang teruk. Hari ni you dah buktikan pada I sikap buruk you ni. I hate you, Umar!”
 
“No, Aly. I takkan lepaskan you!” Umar dengan sigap memaut lengan Alyka.
 
Mata Ian semakin bernanah dengan perlakuan Umar. Dicapai tangan kekar lelaki itu lalu ditolak dengan kasar agar menjauhi Alyka. Kemudian, ditarik tubuh Alyka ke belakang tubuhnya untuk melindungi gadis itu.
 
“Stay away from her!”
 
Kebetulan ketika kekecohan itu berlaku, pengawal keselamatan muncul bersama seorang pengurus restoran. Mereka memaut tubuh Umar yang masih ingin melakukan kekerasan. Kedua tangannya dengan pantas dikilas ke belakang.
 
“Encik, tangkap lelaki ni. Hantar dia ke balai polis. Dia dah pukul kawan saya.” Alyka memaklumkan kepada pengurus restoran berkenaan.
 
“Yes. Put him in a jail!” Ian turut melepaskan geram.
 
“Lepaskan aku! Lepaskan!” Umar meronta-ronta ingin melepaskan diri.
 
“Encik dah timbulkan kekecohan di sini. Encik kena ikut kami.”
 
Pengurus itu memberi arahan kepada pengawal keselamatan untuk membawa Umar keluar meninggalkan restoran berkenaan.
 
“Kau tunggu! Aku akan balas dendam pada kau! Argh!”
 
Dari jauh kedengaran suara bising Umar masih menjerit-jerit memaki-hamun. Sebelum kelibatnya hilang di sebalik pintu utama restoran.
 
 
 
 
 
SEBAIK sahaja kekecohan yang berlaku selesai dan suasana di dalam restoran kembali tenang, Alyka memandang ke wajah Ian dengan penuh rasa bersalah.
 
“Awak, maafkan saya. I’m really sorry.”
 
Ian sekadar menggeleng tanda bahawa dia tidak apa-apa. Biar pun lebam di mukanya terasa semakin sakit. Tak sangka kuat juga tumbukan lelaki berwajah Turki tadi. Berpinar matanya saat tumbukan menghentam ke muka. Adoi, habis pudarlah kekacakan di wajahnya nanti.
 
“It’s okay, Aly. Sikit je ni.” Ian menenangkan Alyka.
 
“Awak duduk sini. Saya pergi minta ice-pack kejap ye.”
 
Alyka meninggalkan Ian seketika sebelum kembali semula ke meja tersebut bersama ‘ice-pack’ yang diminta daripada seorang pelayan restoran. Kemudian, dengan berhati-hati dia membantu menekap ice-pack itu ke muka Ian.

“Thanks, Aly.”
 
Ian menghembus nafas kelegaan. Mukanya terasa sejuk dan kesakitan yang dirasai mula berkurangan.

Haish, tak pasal-pasal hari ni dia makan penumbuk si teman lelaki Alyka. Namun, di sebalik rasa marah dan sakit hati yang dihadapi, Ian tetap berasa gembira dengan apa yang berlaku hari ini.
 
Pertama, dia gembira kerana dapat bertemu Alyka. Kedua, dia gembira apabila mengetahui bahawa Alyka sudah memutuskan hubungan dengan lelaki tak guna tadi. Dan ketiga, paling membuatkan Ian gembira apabila sedang duduk disisi dan membantu merawatnya saat ini adalah gadis idaman yang selalu dirindui.
 
“Awak, saya betul-betul rasa bersalah. Disebabkan saya awak jadi macam ni. Saya tak sangka dia nak pukul awak. Maafkan saya, Ian.”
 
Ian memandang ke raut penuh kelembutan milik Alyka. Setiap kali melihat wajah gadis ini hatinya pasti akan berasa tenang.
 
“Jangan rasa bersalah. It’s okay. Hal kecil je ni. Lagipun, mujur I datang tepat pada masanya. Kalau I tak ada tadi silap-silap you yang kena pukul dengan dia. Lelaki jenis macam tu bukan setakat playboy, tapi kaki pukul juga tau.” Ian memberi komen negatif terhadap lelaki tadi.
 
“Terima kasih, Ian. Awak sanggup lindungi saya tadi. Saya benar-benar terhutang budi pada awak,” ucap Alyka memberi penghargaan.
 
“Sama-sama kasih, Aly.” Ian membalas dalam nada seloroh namun mengandungi maksud tersirat.
 
Alyka lantas tertawa kecil mendengar ayat gurauan itu. Walaupun di dalam hati sebenarnya rasa nak muntah.
 
“I akan selalu protect you daripada apa-apa bahaya. I akan menjadi pelindung untuk you, Aly.”
 
Kali ini tutur bicara Ian terdengar serius dan disusuli dengan pautan tangannya ke jemari Alyka. Direnung dalam-dalam ke anak mata berwarna coklat yang selalu membuat hatinya tidak keruan itu.

Ian amat pasti dengan satu keputusan. Dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada. Kehadiran gadis ini bagai membuka lembaran baharu dalam hidupnya. Ian tidak ingin melepaskan Alyka pergi lagi.

Mungkin benar gadis ini adalah cinta sejatinya. Mungkin benar gadis ini adalah cinta yang dicari selama ini.
 
“Sudi you menjadi kekasih I, Aly?” soalan itu keluar dari bibir Ian.
 
Alyka mempamerkan reaksi tergamam serta terkesima dengan pertanyaan Ian. Tidak menduga lelaki itu akan memberi lamaran untuk dia menjadi seorang kekasih hari ini.
 
“I’m sorry, Aly. Mungkin ini terlalu cepat buat you. Tapi, I nak you tahu yang I sebenarnya… urm sebenarnya I dah jatuh cinta pada you sejak awal pertemuan kita lagi. I benar-benar cintakan you, Aly,” ucap Ian dengan jujur.
 
Alyka memerhati ke renungan mata Ian. Dia dapat melihat dalam pandangan lelaki itu yang dipenuhi dengan cahaya bunga-bunga cinta.

Hati Alyka tersenyum girang. Yes! Akhirnya dia berjaya membuatkan lelaki ini jatuh cinta terhadapnya. Ucapan itulah yang ditunggu-tunggu.
 
“Aly, jadi kekasih I ya?” Sekali lagi Ian bertanya dengan penuh harapan.

Dan Alyka masih menyepi. Sengaja membiarkan Ian ternanti-nantikan jawapannya. Haruskah dia bersetuju untuk menjadi kekasih lelaki itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience