Get the app for full experience
CAHAYA matahari menerangi bilik yang didiami Raisha. Perlahan-lahan Raisha membuka matanya. Dari tadi, dia hanya tidur di hadapan pintu bilik sahaja, setelah penat merayu meminta dirinya dilepaskan. Tetapi langsung tak dilayan. Raisha mula bangun. Dia berharap pintu bilik tersebut, sudah tidak berkunci. Tombol pintu cuba dipulas, tetapi hampa. Langsung tidak dapat dibuka. Tok! Tok! Pintu diketuk berulang kali. “Tolonglah buka pintu bilik ni. Sampai bila nak kurung saya? Tak kesian ke dekat saya ni?” jerit Raisha dari dalam bilik. Suasana senyap. “Encik Bangla! Bukalah! Datuk? Ooo, Datuk. Janganlah kurung saya macam ni! Saya janji, saya tak buat repot polis. Cuma ...