HMT 3 - TIBA

Romance Completed 452440

AKHBAR digenggam dengan kuat, lalu dicampakkan ke atas lantai. Wajah Datuk Hayden merah padam menahan marah. Alif yang berada di hadapannya hanya diam membisu.

“Stupid article!” Kedua-dua tangannya dipaut kemas, lalu diletakkan di bawah dagunya, sambil memandang ke arah Alif. Sakit pula matanya melihat akhbar yang dicampaknya tadi di atas lantai.

“Kutip sampah tu Alif. And, I nak you panggil wartawan tu jumpa I. Suruh dia datang hari ini juga. Now!”

“Baik Datuk. Baik.” Alif kelam kabut mengutip akhbar di atas lantai, sambil berjalan keluar dari bilik Datuk Hayden.

Datuk Hayden benar-benar tidak dapat menerima, apabila berita tentang pernikahan tak jadinya, akhirnya masuk juga ke dalam dada akhbar.

Patutlah beberapa pekerjanya tadi, telah memandangnya dengan pandangan yang pelik. Rupa-rupanya, berita pernikahan tak jadinya, sudah diketahui oleh semua pekerjanya. Lebih-lebih lagi, dia juga mendapat beberapa panggilan dari pihak media, dan mahu memastikan, adakah berita tentangnya sahih ataupun tidak.

Nafas ditarik, lalu dihembus dengan perlahan. Dia harus tenang. Lepas satu, satu masalah yang datang. Sudahlah tanah kubur arwah nendanya masih merah lagi. Kini masalah baru pula yang timbul. Tiba-tiba interkomnya berdering.

“Yes, Nicole.”

“Datuk. Kawan Datuk, Encik Nazreeq, datang nak jumpa dengan Datuk.”

“Suruh dia masuk.”

“Baik Datuk.” Interkom dimatikan.

Tidak lama itu, pintu bilik diketuk. Muncul Nazreeq di muka pintu. Nazreeq berjalan bersahaja menuju ke arah rakan baiknya Datuk Hayden. Kerusi ditarik, lalu punggungnya dilabuhkan di kerusi tersebut. Wajah Datuk Hayden ditenung. Nampak wajah rakannya itu kelihatan agak serabut. Walaupun begitu, rakannya itu tetap menjaga keterampilannya.

“Kau macam mana okey ke? Aku simpati dengan kau. Aku betul-betul terkejut.”

“Dah ajal nenda aku...” jawab Datuk Hayden mendatar. Sehingga ke hari ini, dia masih terkilan dengan kematian nendanya. Ini semua gara-gara bakal menantu arwah cucu nendanya yang tak jadi itu.

“Aku tak sangka pula, kau tak jadi nikah.”

“Perempuan tu dah larikan diri. Aku tak tahu dia lari ke mana. Sekarang ni, aku tunggu private investigator yang selidik. Bila aku tahu dia dekat mana nanti, aku sendiri yang akan ke sana. Disebabkan dia, nenda aku meninggal dunia. Dan disebabkan dia juga, maruah aku tercalar. Habis berita tentang aku masuk dekat newspaper. Mana aku nak sorok muka aku ni? Itu baru dekat dalam tu. Entah-entah, dekat Fac pun ada.” Datuk Hayden benar-benar kesal.

“Sampai dalam newspaper, masuk kisah pasal kau? Sekarang ni, kenapa dia lari? Sebelum kau nak nikah dengan dia, ada tak kau berbincang dengan dia dulu?”

Datuk Hayden menggeleng perlahan. Salahnya juga kerana tidak berbincang dengan bakal isteri tak jadinya itu.

“Dia pun aku tak kenal. Aku ikut je apa yang arwah nenda aku suruh.”

“Itulah silap kau, sebab kau tak bincang. Tapi tak sangka aku, zaman sekarang masih ada lagi perkahwinan yang diaturkan keluarga,” sambung Nazreeq.

“Aku dah tak ada siapa-siapa lagi dah. Arwah nenda aku tu je yang aku ada, sejak keluarga aku meninggal dunia tujuh tahun yang lepas. Nak tak nak, aku kena ikut cakap arwah nenda aku. Tapi itulah, aku kena kahwin juga dengan pilihan arwah nenda aku tu.”

“Kau kena nikah juga dengan perempuan tu? Walaupun nenda kau dah meninggal?”

Datuk Hayden mengangguk perlahan.

“Kira wasiatlah tu kan? Kau pun dah tua dah Hay. Sampai bila kau nak membujang? Betul tak? Aku rasakan, perempuan tu lari, sebab fikir kau ni dah tua.”

“Eh, elok sikit. Aku tak tualah. Muka je nampak matured sikit. Minggu depan baru nak masuk 36 tahun.”

“Nak tua jugalah tu. Lagi empat tahun, nak masuk 40 tahun dah.”

Datuk Hayden mencebik. “Kau tu, bila nak kahwin?”

“Dalam proses.”

“Seriuslah?”

Nazreeq ketawa. “Yelah. Eh, jom malam ni.”

“Malam ni apa?”

“Club.”

“Kau gila ke? Nenda aku belum sampai lima hari meninggal. Lepas tu aku nak pergi club malam pula? Tak pasal-pasal nanti keluar cerita pasal aku lagi. ‘Datuk Hayden masuk kelab malam, langsung tak hormat arwah nendanya yang baru sahaja meninggal dunia’. Tak nak aku. Dahlah reporter sekarang ni sibuk nak korek cerita aku. Sekarang ni, aktiviti macam tu aku kena hold dulu.”

Nazreeq ketawa kecil. “Yelah. Kalau macam tu, next month jelah. Sebab lusa aku dah nak kena fly ke Melbourne.”

“Okey, next month jelah.”

Mereka berdua adalah sahabat baik sejak dari zaman universiti lagi. Nazreeqlah sahabat yang paling rapat dengannya.

“TAK sangka saya, Datuk nak jumpa dengan saya. Saya Nelly.” Nelly menghulurkan kad namanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datuk Hayden.

“You ni memang tak faham bahasakan?” Datuk Hayden berpeluk tubuh. Dia memandang wartawan di hadapannya, dengan pandangan yang begitu dingin.

Nelly bungkam.

“Kenapa you diam? Puas hati you, dapat malukan I?”

“Tapi Datuk kena faham dengan kerja saya. Tak salah pun, saya buat cerita macam tu. Lagipun cerita tu betulkan? Kalau tak, mana pergi pengantin perempuan?”

“Kenapa I juga yang you nak selidik? Dah tak ada orang lain lagi ke yang you nak selidik?”

“Sebab Datuk seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia, dan turut terkenal. Sudah tentulah, Datuk orang yang perlu kami beri tumpuan.”

“I don’t care. I panggil you datang ke sini, sebab I nak, you stop tulis cerita tentang I lagi. And now, I nak permohonan maaf dari you.” Datuk Hayden memandang Nelly dengan renungan yang begitu tajam.

“Kenapa pula saya nak kena minta maaf dengan Datuk? Saya bukan buat salah apa pun. Dah itu memang kerja saya.”

“Oh kerja you? Part time you buat kerja apa eh? I dengar cerita, you buat kerja sebagai call girlkan? Siapa customer you? Datuk, Tan Sri?” Datuk Hayden berjalan menuju ke arah Nelly. Tangannya mula memagut dagu Nelly dengan lembut.

Nelly menelan liur, saat dagunya dipagut Datuk Hayden. Tetapi dalam masa yang sama, dia tidak sangka, Datuk Hayden tahu akan kerja kotornya itu.

“Can you imagine, kalau I beritahu tentang you dekat wartawan lain, ataupun I beritahu dengan mak you, yang you ni sebenarnya buat kerja kotor. I dengar cerita, mak you sakit jantung dengan buah pinggangkan? Baru lepas operation jugakan mak you tu?”

Nelly semakin takut, dia mula melutut di hadapan Datuk Hayden. “Datuk, tolong Datuk. Jangan beritahu pada sesiapa pun tentang saya. Dan lebih-lebih lagi mak saya. Saya tak ada siapa-siapa lagi, selain mak saya, dalam dunia ni,” rayu Nelly.

“I ni taklah kejam mana pun. I cuma nak you stop je buat cerita pasal I. Nasib baik you tak mention pasal arwah nenda I. Kalau tak, dah lama dah, I suruh pengawal peribadi I pergi jumpa mak you.”

“Saya minta maaf. Maafkan saya Datuk. Lepas ni saya takkan buat cerita pasal Datuk lagi.”

“You janji?”

“Ya, saya janji. Saya janji takkan kacau life Datuk lagi. Tapi, yang dah lepas dalam akhbar hari ni, saya tak dapat nak tarik balik.”

“Senang je...”

“Maksud Datuk?”

“I nak you buat permohonan maaf. You cakap, you dapat berita palsu.”

“Tapi...”

“It’s okay. Siapa nama mak you? Nailah kan? I ingat-ingat lupa pula.” Datuk Hayden berpura-pura seakan berfikir.

“Baik Datuk, saya akan perbetulkan balik semuanya.” Wajah Nelly benar-benar ketakutan.

“Okay, thank you. You can leave now.” Datuk Hayden terus menuju ke arah kerusinya, sambil duduk dengan penuh bergaya. Renungan Nelly, langsung tidak dia pedulikan. Wanita itu perlu diajar. Sebelum Nelly datang ke sini tadi, Datuk Hayden, telah mengarahkan Alif menyelidik latar belakang Nelly, sebelum wanita itu datang ke situ tadi.

“Yes, ada apa-apa lagi? Kenapa tak keluar? You nak I dukung you ke? Bawa keluar?”

“Er, tak-tak.” Terkocoh-kocoh Nelly berlari keluar dari bilik pejabat milik Datuk Hayden.

Perkara pertama sudah selesai. Tetapi ada perkara lain lagi, yang belum selesai. Dia harus menunggu penyiasat persendirian untuk mendapatkan di mana keberadaan Raisha.

QARINA menghampiri Raisha yang sedang berdiri di hadapan cermin. Rakannya itu sedang bersiap-siap mahu pergi bekerja sebentar lagi.

Sudah hampir seminggu Raisha bekerja sebagai juruwang di kedai dua puluh empat jam tersebut. Dia semakin selesa dengan kerjanya. Lebih-lebih lagi tiada tekanan dia bekerja di situ. Majikannya juga melayan baik. Kadangkala itu, bosnya pasti akan membelikan makanan halal untuknya. Raisha semakin selesa dengan layanan majikannya itu.

“Sha, malam ni aku nak pergi makan steambot. Kau nak ikut aku tak?”

“Malam ni? Pergi makan steamboat?”

“Ha’ah, member aku nak belanja.”

“Member kau? Siapa? Lelaki ke?”

“Lelakilah. Takkan perempuan kut. Orang Malaysia. Tapi dia study dekat sini. Kalau kau nak ikut, jomlah. Kau applylah cuti.”

“Mana boleh. Akukan baru je kerja. Kau pun agak-agaklah.” Raisha sedang mengoleskan bedak pada wajahnya.

“Ala, jomlah. Aku nak kenalkan Syakir dengan kau.”

“Syakir eh nama dia? Boyfriend kau ke tu?”

Qarina tersengih-sengih sambil menganggukkan kepalanya.

“Ala... kau ni. Time aku kerja jugalah, kau nak kenalkan aku dekat dia. Hari lain jelah.”

Qarina berdecit perlahan. “Ala... jomlah. Sekali sekala tu pontenglah. Takkan tak boleh?”

“Sorry my darling. Aku tak nak kena buang kerja. Nantilah kau bawa aku jumpa boyfriend kau tu.”

“Hmm, okeylah. Kalau kau dah cakap macam tu. Kunci rumah kau jangan lupa bawa tau? Aku maybe balik lambat,” pesan Qarina.

“Kau nak pergi mana pula?”

“Jalan-jalanlah dengan si Syakir tu.”

“Untunglah ada boyfriend. Aku ni ha, tak ada siapa pun nak pandang.” Raisha membuat wajah sedih.

“Ada atuk tua nak kahwin dengan kau, kau pula tak nak.”

“Orang tua tu? Puih! Sekali aku debik dia, tersungkur terus dia ke tanah. Tak nak aku. Tak lalu. Euwww! Semuanya ganyut.”

Qarina ketawa terbahak-bahak. “Kau cakap semua ganyut eh? Yang lain tak ganyut tau?”

“Apa yang lain?”

“Kau fikirlah sendiri.” Qarina melambaikan tangannya sambil berjalan keluar dari bilik Raisha.

Apa maksud dia ‘lain’? Fikir Raisha.

“HI,” ucap  Raisha, sambil tersenyum manis ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Di fikirannya, lelaki itu mungkin warga asing, mengikut warna kulitnya yang hitam manis.

“Hi,” jawab Alif. Kali pertama dia berjumpa dengan bakal isteri tak jadi Datuk Hayden.

Raisha terus sahaja mengimbas barcode di setiap makanan segera yang dibeli lelaki itu.

“Orang Malaysia?” soal Alif. Di dalam masa yang sama, Alif mengerling ke arah kereta yang diparkir, betul-betul di hadapan pintu masuk kedai serbaneka tersebut. Dia tahu, Datuk Hayden pasti memerhatikan mereka berdua.

“Ya, saya orang Malaysia. Encik pun orang Malaysia juga?” Riak wajah Raisha berubah gembira.

“Eh mestilah. Tak nampak macam muka Malaysia ke? Ye saya tahu, mesti nampak muka saya macam orang Korea kan?” Alif tersenyum. Riak wajahnya begitu bangga ketika ini.

“Er, tak. Saya tengok macam muka, er... macam muka Bangladesh mari.” Raisha menghamburkan ketawanya tanpa memikirkan perasaan lelaki itu.

Terdiam Alif waktu itu, apabila Raisha mengatakan, wajahnya seperti Bangladesh mari.

“Er, maaf-maaf. Saya tak sengaja. Maafkan saya.” Raisha mula rasa bersalah.

“It’s okay. Berapa semua?”

“10 ribu won. Encik, merajuk ke? Maaf tau. Saya tak sengaja,” pujuk Raisha, sambil memandang lelaki itu, dengan mengedipkan matanya berulang kali, seakan mahu memujuk.

Jantung Alif berdegup kencang, saat matanya merenung ke arah wajah Raisha yang begitu comel ketika ini.

“Eh, taklah. Saya tak merajuk. Saya okey. Lagipun, memang ramai yang cakap saya macam muka Bangla.” Alif mengeluarkan wang kertas beberapa keping, lalu dihulurkan kepada Raisha.

“Ha, kan? Memang tak salah pandangan mata saya ni. Tapi, Bangladesh banyak handsome-handsome tau. Macam encik juga.” Raisha ketawa.

Alif tersenyum seakan dibuat-buat. “Dah lama ke dekat Korea ni?”

“Tak lama. Saya baru kerja seminggu.” Raisha memasukkan barangan ke dalam beg plastik.

“Oh... datang dengan siapa?”

“Sorang. Tapi kawan saya dah memang ada kerja dekat sini.” Raisha menjawab tanpa memikirkan apa-apa waktu itu.

“Tinggal dekat mana?” soal Alif lagi.

“Saya tinggal dekat Daerah Yongsan.” Raisha terdiam. Kenapa lelaki ini beria bertanyakan soalan padanya?

“Ppalli hae! (Cepatlah!)” jerit seorang lelaki berbangsa Korea di belakang Alif.

“Okey encik, ni duit baki. Terima kasih.” Kelam kabut Raisha menghulurkan wang baki kepada lelaki dari Malaysia itu.

Alif mengambil wang baki sambil berlalu dari situ. Dia berjalan masuk ke dalam perut kereta, sambil menjinjit beg plastik yang berisi dengan makanan segera. Pintu kereta ditutup.

“So how?” soal Datuk Hayden sambil menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada.

“She’s so beautiful Datuk. Lebih-lebih lagi, masa dia kedipkan mata dia tadi. Comel sangat.”

“You merepek apa ni? I tak nak tahu dia cantik ke, comel ke apa ke? Sekarang ni, dia tinggal dekat mana?”

“Oh, dekat Daerah Yongsan katanya.” Alif tersengih.

“Okey, malam ni you dengan David, siap sedia time dia nak balik kerja.”

“Baik Datuk.”

Datuk Hayden sempat memandang ke arah Raisha yang sedang sibuk melayan pelanggan.

Kau tunggu Raisha. Jangan ingat kau terlepas macam tu je. Nak tak nak, kau kena ikut aku balik Malaysia. Getus Datuk Hayden. Matanya masih tidak lepas memandang ke arah Raisha, walaupun tidak begitu jelas dari dalam kereta.

“Datuk...” panggil Alif.

Hilang sudah tumpuan Datuk Hayden ketika ini. “Apa?”

“Saya macam Bangla ke Datuk?” soal Alif, dengan wajah sedihnya.

“What?” Terpinga-pinga Datuk Hayden, dengan soalan yang diajukan Alif tadi.

"Sampai hati Cik Raisha cakap saya macam Bangla. Tak apalah, saya sedar siapa diri ini..."

Datuk Hayden mengerutkan dahinya. Entah apalah, yang dimerepekkan oleh pembantu peribadinya itu. Soalan tadi, dibiarkan sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience