HMT 4 - TANGKAP

Romance Completed 452513

“MANA kita nak cari duit, nak ganti dekat Datuk Hayden?” soal Melati.

“Ini semua awak punya pasallah. Tak sabar-sabar nak pergi berjudi! Tengok sekarang ni, apa dah jadi? Walaupun perempuan tua tu dah meninggal, cucu dia masih ada lagi!” Razak meraup rambutnya ke belakang.

Baru tiga hari lepas, Alif, iaitu pembantu peribadi kepada Datuk Hayden telah datang ke rumah mereka. Kedatangan Alif tempoh hari adalah kerana mahu mereka membayar wang ganti rugi, separuh dari wang hantaran. Ini bermakna, wang dari lima puluh ribu, perlu dibahagikan kepada dua. Jadi, mereka perlu membayar balik, sebanyak dua puluh lima ribu.

“Cakap dengan saya sekarang. Mana nak cari duit nak bayar balik dekat Datuk tu?”

“Mana saya tahu. Anak dara awak tulah, yang larikan diri. Dialah yang kena bayar.” Melati hilang sabar ketika ini. Kalaulah Raisha berada di hadapannya ketika ini, sudah lama anak tirinya itu dipukulnya.

“Awak buatlah repot polis. Dah anak awak hilangkan?” sambung Melati lagi.

“Buat apa saya nak buat repot polis? Dia tu anak tak mengenang budi. Saya tak pedulilah, apa yang dia nak buat. Dia sama je macam mak dia. Dua-dua larikan diri dari rumah.”

“Bekas isteri awak larikan diri, sebab awak juga. Awak curang dengan dia.”

“Aku curang dengan dia, sebab kamu juga. Kamu juga yang goda aku dulu. Kalau tak, aku tak ada nak lepaskan dia.”

“Oh, jadi sayalah yang salah?”

“Ye, memang kamu yang salah!”

Melati yang tidak dapat menahan marah, terus sahaja berlari masuk ke dalam bilik.

Razak mendengus kasar. “Cakap sikit je nak merajuk. Cakap sikit nak merajuk,” bebel Razak.

Manalah kamu Raisha! Anak tak guna betul! Getus Razak.

DATUK HAYDEN merenung Alif dan David, yang sedang mengenakan pakaian serba hitam. Dan kedua-duanya juga mengenakan topeng muka, seakan mahu pergi merompak bank.

“Ni dah kenapa dua-dua pakai topeng muka?”

“Nak pergi culik Cik Raishalah? Takkan nak tunjuk muka pula?” jawab Alif bersahaja.

“Hello? Kita bukannya nak culik minta duit. Kita nak bawa dia balik ke Malaysia. You dah kenapa nak pakai topeng bagai?” Datuk Hayden, menarik kasar topeng muka yang dipakai Alif dan David.

“Ini belum sempat nak culik, you all berdua yang kena tangkap dulu. Jangan nak buat hal. Bila dia dah on the way balik, tarik je dia masuk dalam kereta. Just it.”

“Ha, baiklah, kalau Datuk dah cakap macam tu.” Alif tersengih.

Datuk Hayden menjeling mereka berdua. Entah kenapa, dia merasakan mereka berdua langsung tidak boleh diharap nanti.

RAISHA menundukkan kepalanya sedikit kepada Jung Hoseok sambil tersenyum malu. Dia melambaikan tangannya ke arah majikannya, sambil berjalan keluar dari kedai serbaneka itu.

Telefon bimbit diambil dari kocek seluarnya, bersama juga dengan earphonenya. Earphone tersebut dipakaikan pada kedua-dua telinganya. Jam tangan dikerling sekilas. Waktu sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Sudah pulangkah Qarina ketika ini? Terdapat satu WhatsApp yang telah dihantar oleh Qarina, dalam 15 minit tadi.

-Aku tak balik malam ni.-

Aik? Tak balik nak ke mana pula tu? Jangan-jangan? Fikir Raisha.

“Ish, kau ni Sha. Ada ke fikir sampai ke situ. Taklah. Mungkin dia lepak mana-mana ke? Lantaklah dia. Janji jangan buat perkara tak senonoh sudah,” bebel Raisha seorang diri.

Lagu, What Is Love dari nyanyian kumpulan kpop Twice, mula kedengaran di dalam gegendang telinga Raisha. Raisha memandang langit ketika ini. Begitu banyak bintang-bintang yang bersinar. Kadang-kadang dia rasa tidak percaya, yang dia boleh berada di Negara Korea. Negara yang begitu popular dengan artis-artis kpop pada masa kini. Lagu mula semakin rancak. Lebih-lebih lagi sudah tiba di bahagian chorus. Tanpa berlengah lagi, Raisha mula menari mengikut rentak lagu tersebut, setelah memastikan tiada sesiapa di situ.

~I wanna know satangcheoreom dalkomhadaneunde,
I wanna know haneureul naneun geot gatdaneunde,
I wanna know know know know
What is love?~

Tiba-tiba sahaja dia ketawa malu. Nasib baiklah tiada sesiapa di situ. Perjalanan dari tempat kerja hingga ke rumah, tidaklah begitu jauh. Hanya mengambil masa, 15 minit sahaja berjalan kaki.

“Ni kalau dapat kahwin dengan mamat Korea, confirm terbeliak biji mata orang kampung. Tak ada ke orang Korea nakkan aku ni!” jerit Raisha tiba-tiba.

Tanpa dia sedar, ada seorang lelaki di dalam gelap, sedang berdiri di hadapannya. Raisha mula berhenti berjalan, sambil merenung wajah lelaki itu.

Tidak lama itu, dia mula menukar laluannya ke kanan, dan lelaki itu juga turut berjalan ke kanan. Dia mahu ke kiri, lelaki itu juga turut berjalan ke kiri. Lelaki itu, seakan sengaja mahu menghalangnya.

“Excuse me?” Wajah Raisha mula berubah tegang. Rasanya lelaki di hadapannya, bukan berbangsa Korea. Tetapi berbangsa cina.

Perlahan-lahan tangan Raisha meraba di dalam beg silangnya, sambil mengambil penyembur lada, yang sememangnya dibawa kemana-mana sahaja. Dia harus bersiap sedia jika ada perkara yang tidak diigini berlaku.

Tiba-tiba sahaja lelaki itu memegang pergelangan tangan kiri Raisha. Raisha yang terkejut dengan tindakan lelaki itu, mula menyembur penyembur lada ke arahnya. Menggelupur lelaki itu memegang kedua-dua belah matanya.

“Padan muka kau!”

“Encik Alif!” laung David, sambil menggosok-gosok matanya.

“Aik, boleh cakap melayu?” ujar Raisha, sambil berpusing ke belakang. Alangkah terkejutnya Raisha, apabila melihat wajah lelaki yang ada datang ke kedai serbanekanya petang tadi. Dia ingat wajah lelaki itu, mana mungkin dia lupa. Adakah mereka berdua mahu menculiknya?

“Encik Bangla?” soal Raisha pelik.

Alif tersentak, apabila perkataan ‘Bangla’ disebut Raisha. Riak wajahnya mula berubah.

“Encik Alif cepat!” laung David lagi.

Alif mula tersedar. Dia dengan pantas, memegang kedua-dua belah pergelangan tangan Raisha.

“Eh, apa ni? Lepaslah!” Raisha meronta.

“Jangan melawan. Ikut kami.” Alif mula mahu menarik Raisha.

Raisha yang risau atas keselamatan dirinya, mula menendang ke arah aset kelakian milik Alif.

“Ambik kau!” kata Raisha.

“Aduh... aduh... aku punya. Aku punya dah pecah ke?” Alif menunduk ketika ini, sambil menahan sakit yang begitu nyilu, yang dirasakan ketika ini.

“Rasakan! Ini Raishalah! Kau ingat aku siapa? Patutlah kau beria tanya aku duduk mana, kan? Kau nak culik aku, kan?!” Penyembur lada yang dipegangnya ketika ini, mula disembur ke arah mata lelaki itu lagi.

Apalah nasib Alif ketika ini. Sudahlah asetnya ditendang. Malah, matanya pula disembur dengan menggunakan penyembur lada. Dia sudah tidak mampu lagi.

Raisha harus melarikan diri dari situ. Tubuhnya terus dipusingkan, sehinggalah wajahnya melekap pada dada bidang seseorang. Lelaki itu bertubuh tinggi lampai dan tubuhnya juga sedikit sasa. Minyak wangi yang dipakai lelaki itu juga, perlahan-lahan masuk ke rongga hidungnya. Wangi.

“Ni siapa pula dah...” rungut Raisha. Perlahan-lahan, wajahnya diangkat memandang lelaki yang berdiri rapat dengannya. Mata mereka berdua mula bertembung antara satu sama lain. Mata lelaki itu juga kelihatan berwarna biru.

Handsome... dia penyelamat aku ke ni? Tak dapat mamat Korea, mamat orang putih pun jadilah. Tak nampak tua sangat. Boleh tahan juga orangnya. Aku anggarkan dia ni mesti umur 30 tahun ke atas. Sempat lagi dia berfikir seperti itu, walaupun keadaan ketika ini mencemaskan. Lupa sudah apa yang berlaku tadi.

Tiba-tiba sahaja kedua-dua lengan Raisha dicengkam dengan kuat, oleh lelaki di hadapannya. Raisha terkejut. Dia sudah salah tafsir. Lelaki ini bukan penyelamatnya. Raisha cuba menendang aset lelaki itu pula, tetapi dengan pantas lelaki itu menghalang, sambil tangannya menolak kaki Raisha. Raisha tersentak, dengan botol penyembur lada yang dipegangnya tadi, sudah pun terlepas dari tangannya.

Raisha mula ketakutan. “Encik... lepaskan saya encik. Apa salah saya? Kau orang bertiga nak apa sebenarnya ni. Tolonglah... kalau nak duit, saya tak ada duit. Gaji pun belum lagi.”

“Raisha Naura binti Razak,” kata lelaki itu perlahan.

“Ha? Encik siapa? Mana tahu nama saya?”

“I’m your future husband...”

Buk!

Datuk Hayden dengan pantas mendebik pangkal leher Raisha, dan telah membuatkan Raisha pengsan serta merta. Tubuh Raisha terus dicempungnya, lalu dibawa masuk ke dalam kereta. Dia berdiri di tepi kereta, sambil melihat dua pekerjanya tadi, yang masih terpinga-pinga.

“Cepatlah. Tak membantu langsung you all berdua ni.”

Terkocoh-kocoh Alif dan David masuk ke dalam perut kereta, dalam keadaan mereka berdua kesakitan.

“Last-last, I juga yang kena buat. Dengan perempuan pun boleh lemah!” Datuk Hayden menahan marah. Dari tadi, dia memerhatikan dua pekerjanya itu. Alih-alih, dia pula yang kena turun padang.

“ADUH, sakitnya leher aku. Huaghh!” Raisha menggeliatkan badannya. Tangannya mula meraba tilam. Dia berasa pelik. Rasanya tilam di biliknya tidak begitu tebal seperti ini. Jam di tangan dikerling sejenak. Baru pukul 4 pagi.

Matanya terus tertancap ke arah satu susuk tubuh yang sedang duduk di atas kerusi, di dalam gelap.

“Siapa tu? Hantu ke tu?” soal Raisha. Tetapi susuk tubuh itu langsung tidak bergerak.

“Siapa tu? Kalau orang jawablah. Kalau hantu, pergilah kacau orang lain,” kata Raisha lagi.

Tiba-tiba sahaja susuk tubuh yang tidak bergerak tadi, mula bangun dan menuju ke arahnya. Lelaki itu terus duduk di birai katil, sambil merenung ke arah Raisha. Lampu meja di tepi katil dibuka.

“Awak... awak yang debik leher saya tadikan?”

“Raisha...” kata Datuk Hayden.

“Saya kenal awak ke? Macam mana boleh tahu nama saya Raisha? Wait... wait... Rasanya tadi ada sebut ‘future husbandkan’?”

“Yes.”

“Saya... saya tak faham.”

“You buat-buat tak faham ke, atau saje-saje buat tak faham? Seriously you tak kenal I?”

“Er, ya. Saya tak faham ni. Dan saya memang tak kenal encik. Ini kali pertama saya jumpa encik”

“Bullshit!” Datuk Hayden terus mencengkam leher Raisha dengan kuat. Tubuh badan Raisha ditindihnya.

Raisha terus terbaring di atas tilam, saat lelaki itu menindihnya. Lehernya sedang dicengkam ketika ini. Nafasnya mula tersekat-sekat. “Sa... sakit...” rintih Raisha.

“Sakit? Hati I ni lagi sakit!” Datuk Hayden terus melepaskan cengkaman pada leher Raisha. Dia bangun dari katil lalu duduk di kerusi semula.

Raisha terbatuk-batuk, dengan air matanya mengalir dari tubir matanya akibat dicekik tadi. Dia terus bangun dari pembaringan. “Apa... apa yang saya dah buat?”

“You tak payah nak menangislah! You ingat you menangis, I akan simpati dengan you?”

“Bila masa pula saya menangis? Oh air mata ni? Dah kena cekik tadi, memanglah keluar air mata. Awak siapa ha, sebenarnya? Apa yang awak nak dari saya ni? Awak nak jual saya dekat kelab malam ke apa? Ataupun nak memperdagangkan manusia ke Thailand?” soal Raisha, yang masih belum memahami apa-apa.

“Jual you? You betul-betul tak ingat langsungkan apa yang you dah buat?”

Raisha masih tidak faham. Apa yang sudah berlaku sebenarnya? Dan kenapa tadi lelaki ini mengatakan yang dia adalah future husbandnya?

“Betul. Saya tak ingat.”

“Wow, amazing! Wajah you nampak happy ya? Langsung, tak ada rasa bersalah. You tahu tak, you dah malukan I? Dan nenda I juga dah meninggal dunia, disebabkan you! Sekarang ni you boleh berseronok dekat sini?

“Nenda? Siapa nenda? Do I know her?” Kepalanya mula mengingati sesuatu. Adakah dia lelaki yang sepatutnya menikahinya dulu? Raisha telan liur.

“Encik, Datuk tua ganyut tu ke? Lelaki yang sepatutnya saya nikah seminggu yang lepas?” soal Raisha takut-takut.

“What? Datuk tua ganyut? For your information, I’m Datuk Hayden Hiddelston. Not, Datuk tua ganyut.”

Raisha tersenyum seperti dibuat-buat. Maknanya Datuk adalah pangkat. Dan bukanlah atuk tua seperti yang difikirkannya sebelum ini. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Disebabkan dia, nenda lelaki ini meninggal dunia.

“I’m too stupid, sebab terima je cadangan arwah nenda I dulu, untuk mengahwini you, tanpa I kenali you.”

“Saya pun tak tahu Datuk sebenarnya bakal suami saya. Lagipun saya dipaksa nikah oleh ayah dan mak tiri saya. Tapi semua ni bukan salah saya pun. Siapa suruh Datuk tak bagi gambar Datuk? Kalau saya tahu Datuk handsome macam ni, tak adalah saya larikan diri sampai ke Korea. Tak sangka pula saya, Datuk adalah pangkat ya? Ingatkan orang tua ganyut tak ada gigi.” Raisha menutup mulutnya. Dia sudah terlepas cakap.

Datuk Hayden tersenyum sinis. Memilih rupa juga wanita ini.

Raisha memandang Datuk Hayden yang masih merenung ke arahnya.

“Saya... saya minta maaf. Tapi kenapa Datuk culik saya? Datuk nak apa sebenarnya? Kalau nak saya bayar balik duit hantaran, saya tak ada duit nak bayar. Kalau nak permohonan maaf, saya boleh buat,” ujar Raisha perlahan.

“Esok ikut I balik Malaysia.”

“Ha? Balik Malaysia? Untuk apa?”

“You ingat, you dah larikan diri ke sini, you dah terlepas? No... no... nak tak nak you kena ikut I balik. Kita tetap akan teruskan pernikahan kita.”

“Tapi kenapa?”

“Permintaan nenda I.” Datuk Hayden berjalan menuju ke arah Raisha semula.

Raisha mengesotkan dirinya ke belakang, sedikit demi sedikit. Apa lelaki ini mahu lakukan? Tiba-tiba sahaja, bibir Raisha disentuh oleh jari jemari lelaki itu. Raisha menelan liur. Dia merenung wajah Datuk Hayden. Wajah mereka berdua begitu hampir. Sepasang anak mata biru milik lelaki itu, seakan menikam ke jantungnya. Dengan pantas, Raisha mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak mampu rasanya dia merenung lama wajah lelaki itu. Jantungnya juga, berdegup kencang ketika ini.

“So, nak tak nak, you kena kahwin dengan I juga, walaupun you tak suka.”

Raisha memberanikan diri, memandang ke arah Datuk Hayden semula. “Datuk tak marahkan saya ke, disebabkan saya, nenda Datuk meninggal dunia. Kenapa masih nak teruskan juga pernikahan?”

Datuk Hayden tidak menjawab soalan Raisha. Dia terus sahaja berjalan keluar dari bilik dan meninggalkan Raisha di situ. Kedengaran pintu bilik dikunci dari luar.

Raisha yang tersedar dirinya dikunci di dalam bilik, mula bangun dari katil dan menuju ke arah muka pintu. Dia cuba memulas tombol pintu tersebut, tetapi berkunci.

“Datuk! Buka pintu ni! Datuk!” jerit Raisha. Pintu bilik diketuk berulang kali. Tetapi senyap. Pintu langsung tidak dibuka.

Tiba-tiba dia teringat lelaki yang ditendangnya tadi. Namanya juga, dia sudah lupa. Hanya satu sahaja yang dia tidak lupa.

“Encik Bangla! Encik Bangla bukalah pintu ni! Janganlah kurung saya dalam bilik ni. Tolonglah... bukalah pintu ni,” rayu Raisha. Tiada tanda-tanda pintu akan dibuka. Perlahan-lahan Raisha terduduk di situ. Maknanya dia perlu pulang ke Malaysia, dan perlu juga mengahwini lelaki itu?

Bab 5 seterusnya ini, ada unlock chapter ya. Perlu unlock guna ncoins. Satu chapter 70 ncoins. Tekan sahaja dekat chapter... nti akan keluar button untuk unlock...

Share this novel

bya
2021-09-10 17:34:02 

:( ceta best sangat tp gantung... bila la dpt bca selanjutnya..ada ka d jual novel ni kat shopee.. boleh jga d beli :( sedihnya

Asiahh Asiah
2021-09-10 09:16:54 

mcm ne nk beli coin...

Miela Shareena
2021-09-09 21:14:30 

camne nk unlock. da beli coin. ajar pleaseeeee


NovelPlus Premium

The best ads free experience