HMT 2 - KERJA DI KOREA

Romance Completed 453687

“PENGANTIN lelaki dah sampai,” laung orang kampung.

Razak mencari isterinya Melati. “Melati! Cepat panggil Sha keluar. Pengantin lelaki dah sampai dah ni.”

Melati yang sibuk bersembang tadi, terus sahaja bangun dari kerusi, dan berjalan masuk ke dalam rumah. Dia pelik melihat Mak cik Peah yang sedang menjamu selera di meja makan.

Aik orang tua ni, dah makan? Dia biar pengantin perempuan sorang-sorang dalam bilik ke? Fikir Melati. Dia mula tidak sedap hati, lalu berlari masuk ke dalam rumah. Pintu bilik anak tirinya cuba dibuka. Tetapi sudah dikunci dari dalam.

“Sha, buka pintu ni. Pengantin dah sampai.” Pintu diketuk. Tetapi senyap.

“Raisha! Buka pintu ni. Yang kamu kunci pintu ni dah kenapa? Kamu nak kena pukul ke?” Melati mengetuk pintu berulang kali sehingga mahu pecah pintu itu diketuknya.

Melati terus berlari menuju ke arah suaminya semula.

Ketika itu, Datuk Hayden sedang berdiri di tepi kereta. Nenda Sarimah berjalan menuju ke arah cucunya bersama orang gajinya iaitu Mak Wan.

“Kamu okey ke?” soal Nenda Sarimah sambil membetulkan sampin yang dipakai cucunya.

“I’m okay. Why?”

“Kamu rasa terpaksa ke nikah dengan wanita pilihan nenda?”

“Actually, I don’t want. Tapi, Hay sayangkan nenda. Jadi Hay tak boleh nak membantah. Cuma Hay agak pelik juga kenapa nenda paksa Hay nikah dengan pilihan nenda? Mana nenda jumpa perempuan tu?”

“Sebenarnya Hay...” Nenda Sarimah tidak dapat menghabiskan kata-katanya, apabila bapa pengantin perempuan sudah berada di hadapan mereka.

“Maafkan saya...” Razak kelihatan takut-takut waktu itu. Melati juga turut berasa takut. Sudahlah wang dari Nenda Sarimah, mereka sudah habiskan. Sekarang ini tiada apa lagi yang tinggal.

“Kenapa Encik Razak? Ada apa-apa yang dah berlaku ke?” soal Nenda Sarimah pelik.

“Sebenarnya anak perempuan saya dah lari.”

“Apa!” Nenda Sarimah memegang dadanya, dengan tubuhnya perlahan-lahan mahu rebah, tetapi sempat disambut Datuk Hayden.

“Nenda... Ya Allah nenda... “ Datuk Hayden kelihatan sangat panik.

Mak Wan turut terkejut melihat majikannya yang sudah terbaring di atas tanah, sambil dipangku Datuk Hayden.

Tiba-tiba sahaja ada cahaya lensa memancar ke arah Datuk Hayden berulang kali. Datuk Hayden terkejut. Bagaimana pula ada jurugambar dan seorang wartawan di situ? Dan bagaimana pula, mereka boleh berada di Perak? Datuk Hayden kenal wartawan wanita tersebut.

“Alif!” jerit Datuk Hayden.

Alif dengan pantas menghalang jurugambar tersebut dari menangkap gambar majikannya. Sudahlah Datuk Hayden tidak mengupah pengawal peribadi. Ini kerana, majikannya tidak suka apabila dirinya dikawal. Ibarat dia seperti anak kecil.

Datuk Hayden terus sahaja mencempung tubuh badan Nenda Sarimah, untuk dibawa masuk ke dalam perut kereta. Cahaya lensa, masih lagi memancar ke arahnya. Dia lihat wajah nendanya yang sedang menahan sakit, sambil memegang dadanya. Mak Wan pula, mula mengipas-ngipas wajah Nenda Sarimah.

Pada waktu itu, orang kampung mula berbisik antara satu sama lain.

“Cepat! Drive ke hospital sekarang Pak Daud!” arah Datuk Hayden.

Pak Daud yang mendengar arahan tadi, mula menghidupkan enjin kereta. Kereta mula meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Wartawan dan jurugambar mula mahu mengejar. Alif mula hilang sabar.

“Stop following us!” marah Alif, sambil masuk ke dalam perut kereta Audi milik Datuk Hayden, bersama dengan pemandu majikannya itu, yang bernama David.

“Cepat David. Kita tinggalkan kawasan ni.”

David mengangguk, sambil menekan pedal minyak dan meninggalkan kawasan kampung tersebut.

Razak dan Melati sudah semakin takut. Bagaimana pula Raisha dapat melarikan diri? Dan yang paling penting, bagaimana jika pihak pengantin lelaki meminta wang hantaran semula?

Dua buah kereta tadi, sudah jauh meninggalkan kawasan rumah mereka berdua.

Melati memandang wajah suaminya. “Saya tak tahu pula, yang bakal suami Sha, bukan orang tua. Saya ingatkan orang tua. Rupanya masih muda. Saya agak umur dia dalam 30-an. Boleh tahan juga orangnya ya abang?”

“Apa yang awak merepek ni ha? Saya tak ada masa nak fikir semua tu. Saya malu awak tahu tak? Mana saya nak letak muka saya ni? Sekarang ni, macam mana kalau dia orang minta duit hantaran balik? Duit pun satu sen dah tak ada ni. Sekarang ni, mana Sha dah larikan diri?” Razak mula susah hati.

DATUK HAYDEN, menyandarkan tubuh badannya ke dinding. Sampin di pinggang sudah dibuka tadi, dan dicampakkan ke atas lantai. Dia benar-benar berasa serabut ketika ini. Nendanya kini berada di Hospital Besar Permaisuri Bainun Ipoh.

Alif memandang wajah Datuk Hayden yang sedikit sugul waktu itu. Perlahan-lahan dia mengambil sampin di atas lantai, yang dicampak Datuk Hayden tadi. Mungkin majikannya itu risau dengan apa yang dah berlaku pada nendanya ketika ini.

“Datuk, sabar ya. Harap tiada apa yang berlaku pada Nenda Sarimah.” Alif cuba menenangkan majikannya.

“Datuk, mana pengantin perempuan?” Tiba-tiba sahaja, muncul wartawan wanita tadi, bersama dengan jurugambarnya.

Datuk Hayden malas mahu melayan wartawan tersebut. Yang penting sekarang ini, adalah keadaan nendanya.

“Tak serik-serik betul you ni. Sampai ke sini you boleh datang? Datuk sekarang ni tengah susah hati. Tolong pulang. Dan tolonglah hormat privasi Datuk Hayden.” Alif cuba mengarahkan wartawan tersebut pergi.

“Saya dapat tahu, pengantin perempuan dah lari. Macam mana dia boleh lari Datuk? Adakah ini disebabkan kahwin paksa? Dan, yang saya pelik, kenapa pernikahan dilakukan secara tersorok dari pihak media?” Wartawan wanita itu masih tidak berputus asa.

“You ni memang tak faham bahasa ke? My grandma is sick right now!” Datuk Hayden mula hilang sabar.

“Maaf Datuk. Ya saya tahu, Nenda Sarimah sedang sakit. Tapi saya cuma nak tahu, adakah perkahwinan ini disebabkan kahwin paksa? Masing-masing tidak bersetuju ke, sehinggakan pengantin perempuan boleh lari?”

Datuk Hayden menghampiri wartawan wanita itu, sehinggakan wartawan tersebut berundur ke belakang. Tubuh wanita itu sudah merapati dinding, dengan wajahnya yang mula berubah menjadi ketakutan. Lebih-lebih lagi, wajahnya dengan wajah Datuk Hayden begitu rapat sekali.

“Please, don’t disturb me. And, don’t you dare put my story in the newspaper, or anywhere.” Datuk Hayden mengundur ke belakang dan dia terus berlalu dari situ. Dia mahu menenangkan dirinya.

Wartawan wanita tadi merenung Datuk Hayden yang sudah pun berlalu dari situ. Jantungnya mula berdegup dengan kencang. Kali pertama, dia melihat wajah Datuk Hayden begitu dekat sekali. Lelaki itu memang benar-benar kacak. Lebih-lebih lagi lelaki itu adalah dari kacukan melayu inggeris. Memiliki hidung yang mancung, dan juga keningnya yang tidak begitu tebal dan tidak begitu nipis. Dan suara garau lelaki itu, boleh membuatkan mana-mana wanita akan cair, apabila mendengarnya. Dia juga tadi seakan terpukau dengan renungan mata biru milik Datuk Hayden, yang seakan telah menikam jantungnya.

Mak Wan dan Alif, masih terpinga-pinga melihat kejadian tadi.

DATUK HAYDEN duduk di kerusi sambil merenung wajah tua nendanya. Dia dapat tahu, yang wartawan tersebut ada cuba mengorek cerita dari Alif dan begitu juga dengan Mak Wan. Wanita itu, langsung tidak berputus asa.

“Datuk, dah seharian Datuk pakai baju melayu ni. Ni ada baju tukar.” Baju dihulurkan kepada Datuk Hayden.

“I susah hati. I tak nak apa-apa jadi dekat nenda.”

“Don’t worry Datuk. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik saje.”

Datuk Hayden mengangguk perlahan. Dia mula bangun untuk menukar pakaian baju melayunya. Mahu sahaja dia mencampakkan baju melayu tersebut ke dalam tong sampah. Rasa sakit hatinya mula semakin membuak-buak. Pasti wanita yang sepatutnya menjadi isterinya, sudah berseronok di luar sana.

“Hay... Hay...” panggil Nenda Sarimah.

Datuk Hayden berpusing, apabila nendanya mula sedar.

“Nenda, nenda dah bangun?” Tangan nendanya diraih.

“Nenda minta maaf Hay... Disebabkan nenda, kamu tak jadi nikah.”

“Dah, nenda jangan fikirkan pasal tu. Yang penting sekarang ni, nenda kena berehat.”

“Tapi nenda nak juga kamu nikah dengan dia.”

Datuk Hayden tidak mengerti. Kenapa nendanya masih berharap lagi? Wanita itu juga entah ke mana perginya.

“Kamu kena nikah juga dengan dia Hay, kalau lepas ni nenda akan pergi. Nenda tahu, nyawa nenda dah tak panjang. Bila-bila masa je, Allah akan tarik nyawa nenda. Tolong janji dengan nenda, yang kamu akan kahwin dengan dia. Cari dia Hay...” rayu Nenda Sarimah. Tangan cucunya diraih kuat.

“Nenda cakap apa ni? Nenda tak akan apa-apa. Yang penting sekarang ni, nenda akan cepat sembuh.”

“Kamu dengar tak apa yang nenda cakap ni? Kamu kena nikah dengan dia juga. Janji dengan nenda...” Nafas Nenda Sarimah mula, tersekat-sekat.

“Dia dah lari nenda. Kenapa nenda nak juga Hay nikah dengan dia? Dia dah jatuhkan maruah kita, nenda tahu tak?”

“Nenda dah berjanji. Perkahwinan ni perlu diteruskan juga Hay...”

“But why?”

Nenda Sarimah, merenung wajah cucunya dengan pandangan yang sayu.

DATUK HAYDEN, termenung di tepi kubur nendanya. Nendanya telah menghembuskan nafasnya pagi tadi. Dia memegang tanah merah kubur nendanya itu, lalu dibuang secara perlahan-lahan. Akhirnya dia bangun dari atas tikar, apabila merasakan dia terlalu lama di situ.

Alif masih setia di sisinya, sambil memayungi Datuk Hayden.

Datuk Hayden melangkah menuju ke kereta. Dia berdecit kasar, apabila melihat wartawan dan jurugambar tempoh hari, sudah pun berada di tepi keretanya.

“You tak halau dia orang ke?”

“Dah tadi Datuk. Tapi dia orang berdegil juga nak jumpa Datuk.”

“Datuk Hayden.” Wartawan wanita tersebut menuju ke arah Datuk Hayden.

“What do you want from me? Tak letih-letih ke asyik ikut I!” Datuk Hayden hilang sabar.

“Datuk, saya buat kerja saya Datuk. Saya cuma nak tahu, ke mana pengantin perempuan dah pergi?” soal wartawan itu.

“As you can see, she’s not here. Tak perlu lagi nak korek cerita dari I lagi. Can you leave?”

“Datuk, adakah kematian Nenda Sarimah, disebabkan oleh pengantin perempuan yang dah lari? Dan perkahwinan yang tak jadi ni, disebabkan tiada persetujuan dari dua belah pihak?”

Alif sudah semakin risau, melihat wajah tegang Datuk Hayden ketika ini. Dia mahu menghalau wartawan tersebut. Belum sempat dia berbuat demikian, Datuk Hayden, sudah mencengkam rahang wartawan wanita itu dengan kuat.

“Datuk...” Alif cuba menenangkan majikannya.

“Do not bother me anymore.” Rahang wanita itu dilepaskan. Sudahlah dia semakin kusut, untuk mencari bakal isterinya yang tak jadi itu. Sekarang ni, wartawan tidak habis-habis mahu bertanyakan soalan kepadanya.

Datuk Hayden terus melangkah masuk ke dalam kereta. Dia memicit dahinya. Semakin berdenyut-denyut apabila memikirkan banyak perkara yang perlu dia lakukan.

“Alif, esok I nak you carikan dua orang pengawal peribadi untuk I. I fedup orang yang suka menyibuk dan nak korek cerita dari I.” Selama ini, dia tidak pernah terfikir mahukan pengawal peribadi. Tetapi kali ini dia terpaksa, gara-gara bakal isteri tak jadinya itu.

“Baik Datuk.”

Pandangannya dibuang ke luar tingkap. Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan tanah perkuburan. Dia sempat juga melihat wartawan tadi. Datuk Hayden bukanlah seorang yang kasar dengan wanita. Tetapi bila jadi begini, dia jadi hilang sabar. Sabar ada batasnya. Tetapi sampai nama arwah nendanya disebut tadi, tahap kesabarannya terus hilang.

PINTU bilik nendanya dibuka secara perlahan-lahan. Sudah dua hari nendanya meninggal dunia. Datuk Hayden benar-benar terkilan. Nendanya meninggal dunia, gara-gara terkejut apabila bakal menantu cucunya telah melarikan diri. Sehingga kini, wajah Raisha masih belum dilihat lagi. Sebelum nendanya meninggal dunia, nendanya ada berpesan supaya mengambil satu peti besi yang diletakkan di dalam laci almari pakaian.

Datuk Hayden menuju ke arah almari pakaian milik arwah nendanya. Laci ditarik. Ada satu peti besi di dalamnya, lalu diambil.

Peti besi tersebut dibuka. Dia melihat ada satu keping gambar di dalamnya dalam keadaan terbalik. Ada tulisan di belakang gambar tersebut.

-Raisha Naura Binti Razak.-

Perlahan-lahan gambar tersebut diterbalikkan. Terpegun seketika Datuk Hayden melihat wajah bakal isteri tak jadinya itu. Berkulit putih cerah, dan memiliki sepasang mata yang bundar.

Taklah cantik mana. Dah la buat perangai tak elok. Kau tunggu Raisha. Kau tunggu. Tak sangka betul aku. Nak tak nak, aku terpaksa juga nikah dengan kau. Kau tunggu Raisha! Jerit hati kecilnya.

UHUK! UHUK! Terbatuk-batuk Raisha ketika ini.

“Siapa pula yang sebut nama aku ni?” bebel Raisha.

“Apa yang membebel tu. Nah, ambil baju ni. Pakai. Kau tahu basic bahasa Korea kan?” soal Qarina.

“Tahu sikit-sikit je. Nanti kalau dia orang pot pet pot pet bahasa dia orang, aku bagi senyuman dekat dia orang jelah.” Raisha tersengih.

“Kau memang. Hmm, tak pelah. Benda ni sama je. Sama macam kau tengok cashier dekat Malaysia, sama juga macam dekat sini. Cuma yang payah sikit, orang Korea dekat sini tak ramai yang tahu cakap bahasa inggeris. Okeylah, aku dah nak habis kerja ni. Kau bolehkan sorang-sorang?”

Raisha mengangguk.

“Aku balik dulu.” Qarina melambaikan tangannya kepada Raisha.

“Ha, baliklah. Jumpa nanti dekat rumah.”

Qarina angguk, sambil berjalan keluar dari kedai serbaneka tersebut. Dia melambaikan tangannya kepada Raisha.

Raisha turut membalas lambaian sahabat baiknya itu. Sahabat dari mereka sekolah rendah lagi, tetapi berlainan kampung.

Raisha terus ke belakang untuk menukar pakaiannya kepada pakaian kerja. Dalam 10 minit dia keluar dan menuju ke kaunter semula. Dia cepat belajar, setelah diajar tadi. Tiba-tiba muncul seorang lelaki.

“Hi, are you Raisha?” soal lelaki berbangsa Korea itu.

“Yes I am.”

“I’m your boss. My name is Jung Hoseok.”

“Oh, Mr. Jung. Annyeonghaseo. (Hello).” Raisha menundukkan kepalanya tanda hormat.

Jung Hoseok turut menundukkan kepalanya juga, lalu memandang ke arah Raisha semula. “Has Qarina teach you?”

“Yes Mr. Jung.”

“Alright, Happy working.”

“Gamsahamnida. (Terima kasih).”

Raisha menuju ke arah kaunter. Sempat juga dia mengerling ke arah majikannya, yang sudah menuju ke arah pintu belakang.

Fuh, tarik nafas Raisha. Tarik nafas. Ini first time kau kerja macam ni. Kalau tak dulu, kau menoreh getah je. Jangan panik. Yang penting kau kena buat biasa. Mana tahu, ada jodoh kau dengan lelaki Korea ke? Raisha tersengih seperti kerang busuk. Lupa sudah apa yang dah berlaku dalam hidupnya sepanjang dua hari ini. Raisha merenung jarinya yang masih merah dengan inai.

Nasib baik aku sempat lari. Kalau tak, mesti aku dah sah jadi isteri kepada orang tua ganyut sekarang ni.

P/S : Assalammualaikum semua. Terima kasih pada yg sudi baca. Sekali lagi Alin nak ingatkan, novel ni memang ada unlock chapter bermula chapter 5 nanti. Chapter 1 hingga 4, masih boleh dibaca percuma. Sebab ada yg tanya lock atau pun tak. Ya, novel ni lock. Dan perlu diunlock dengan menggunakan ncoins. Alin tahu, ada yg tak mampu untuk beli coins. Alin minta maaf banyak²... Tapi, kami yang telah terpilih menjadi Exclusive Author (EA), mmg akan terikat dengan NovelPlus. Sebab program UR (Unique Reader) sudah pun tamat, pada bulan Jun. Jika program UR masih lagi berjalan, novel-novel kami masih boleh lagi dibaca secara percuma. Dan kami juga, akan tetap dapat bayaran @ ganjaran yang diberikan dari pihak NovelPlus, mengikut jumlah view dari pembaca. Tetapi apakan daya, tiada lagi program UR. Dan disebabkan tiada lagi program UR, jadi kami sebagai EA NovelPlus, telah pun sertai program UC, iaitu Unlock Chapter. Jadi, dengan adanya UC, dapatlah kami sedikit bayaran dengan jumlah pembaca yg dah unlock chapter dari novel kami. Walaupun tidak begitu banyak, dapat juga kami merasakan sedikit hasil, dari titik peluh kami sebagai seorang penulis. Akhir kata terima kasih & maaf. Kepada readers, boleh teruskan pembacaan, jika anda rasa novel ni berbaloi untuk diunlock.

Share this novel

fina
2022-03-20 15:45:57 

tq

fina
2022-03-20 15:45:37 

ok saya dah follow awak nanti saya baca

fina
2022-03-20 15:42:24 

awak ada buat buku lagi yang lain


NovelPlus Premium

The best ads free experience