4

Drama Series 735

(Di rumah Lee Ka Sin)

Lee Ka Sin duduk di tepi katilnya.Dia mengeluh. Dalam usaha mencari abang dan ayahnya,cinta pula muncul.Pasti susah untuk fokus kerana asyik terfikir pasal jejaka tampan itu..
Aduhai,Lee...Sampai sekarang pun kau masih puji-puji lagi lelaki itu.

Lee Ka Sin hanyalah seorang anak yatim piatu.Cuma sempat ibunya berikan nama,Lee Ka Sin Whane...

Terbayang kejadian ngeri yang meragut nyawa ahli keluarganya.Terbayang api marak yang menelan rumah kediamannya.Lee Ka Sin hanya ternampak abangnya dan ayahnya berlari keluar dari rumah setelah Lee Ka Sin keluar mengikut pintu belakang rumah.Ketika ingin mengejar mereka,Lee Ka Sin tersandung batu kemudian pengsan.Apabila dia sedar,dia mendapati bahawa tiada abang atau ayahnya di situ.

Lee Ka Sin menitiskan air mata kesedihan."Abang.... Kenapa tinggalkan saya di sini? Kenapa tak bawa saya bersama kamu?" bisik Lee Ka Sin sendirian.

Dia berdiri perlahan dan mencapai telefonnya.
_________________________________________
Octivia
*online*


Hi,oct

Jom pergi

taman,saya

bosanlah.
Hi,Lee.Maaf,saya
ada family problem.
Esoklah,ya?
Awak ajaklah Janul.
_________________________________________

Lee Ka Sin mengeluh kecil.Alasan!

Akhirnya dia menelefon Janul dan mengajaknya pergi ke taman.


* * *

"Lee,saya dengar awak selalu duduk rumah kalau ada cuti.Tak pernah keluar." kata Janul.

"Ya. Betulah...Saya ni pemalas sedikit.Hehe."balas Lee Ka Sin sambil tersengih.

"Habis tu,kenapa awak jadi rajin pulak hari ini?" soal Janul.

"Saya bosanlah!!" "Oh..."

"Awak lapar tak? Mari saya belanja awak makan ais krim." ajak Janul sambil tersenyum bahagia.

"YAY!!!!!!" jerit Lee Ka Sin gembira.

Bertingkat-tingkat ais krim yang dipesannya. Jenuh juga Janul membayar ais krim Lee Ka Sin.Nasib baik Lee Ka Sin itu crushnya,kalau tidak memang dapat terajang Lee Ka Sin tu.

"Hmmmm....Sedapnya!! Terima kasih Janul!"kata Lee Ka Sin gembira.

Janul tersenyum.Yay!! Dia comellah bila senyum ;-)

"Janul,esok awak nak pergi shopping dengan saya tak? Saya nak jalan-jalan." ajak Lee Ka Sin.

Janul melebarkan senyuman.Hatinya berbunga-bunga.Biarlah kalau esok dia sibuk,yang pasti dia ingin meluangkan masa dengan gadis kesayangannya ini.Demi tidak mahu menghampakan Lee Ka Sin,Janul terus sahaja setuju.

Apa sahaja yang di minta Lee Ka Sin,dia pasti akan cuba menunaikannya dengan penuh ikhlas.

(bersambung....)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience