"Janul...Awak dah salah fahamlah... Kami sebenarnya adik-beradik.Hehe.."jelas Lee Ka Sin.
"Hah?" Janul masih keliru.
"Kami dah terpisah sejak kebakaran yang menimpa kami kira-kira 10 tahun lepas.Baru hari ini,akhirnya saya jumpa adik kesayangan saya...." jelas Joel.
Pipi Janul memerah. Malu sebab marah mereka secara melulu.Dia mengaru kepala.
"Hehe.." Janul tersengih kambing.
"Lee," panggil Janul.
"Ya,saya?" soal Lee Ka Sin.
Janul mengusap lengannya."Jom main truth or dare?"
"Ok.JOM!!" kata Lee Ka Sin dan Joel serentak.
_________________________________________
"Lee,truth or dare?" tanya Joel."Truth!"
"Siapa Janul bagi awak?"soal Joel pada Lee Ka Sin. "Ermm......"Lee Ka Sin kelihatan seperti teragak-agak ingin menjawab.
"Kawan baik!" jawabnya. Namun,dia mula menyangkal fikirannya sendiri dan dia tidak tahu mengapa.
"Ok.Janul,truth or dare?" Pandangan Joel beralih ke arah Janul pula.
"Saya tak nak rahsia saya diketahui jadi saya akan pilih dare." kata Janul.
"Erm...baiklah.Apa kata awak kata pada perempuan yang sedang duduk di bawah pokok itu yang awak suka dia.Haha!!" kata Lee Ka Sin.
Mereka terus memandang ke arah seorang perempuan cantik yang duduk beesama seorang lelaki di bawah pokok itu.
Muka Janul mula memerah kembali."Saya tak naklah!!!" jeritnya.
"Nak atau tak, awak perlu buat juga! Rilex ini hanya dare,okay?"pujuk Joel.
"Arghh!! Baiklah!!" Janul akhirnya mengalah.Dia berjalan ke arah perempuan yang duduk di bawah pokok itu.
"Hey." sapa Janul."Hai,kenapa ya?"soal perempuan itu.Lelaki di sebelah perempuan itu hanya memandang Janul dengan perasaan yang pelik.Dia mula tak senang hati.
Janul yang malu-malu kucing itu mengusap lengannya."Sa-sa-saya su-su-ka awak-k..." Janul menjadi gagap buat seketika.
"Apa?!" Perempuan dan lelaki itu terus berdiri akibat terkejut.Janul menelan air liur.
"Berani awak cakap macam itu dengan perempuan yang tidak dikenali!!" marah perempuan itu.Dia mengangkat tangan,bersedia untuk menampar.
Dan dengan sekali hayun sahaja,pipi Janul berbekas merah.
Piak!!!!!!!!!!
Lelaki yang disebelah perempuan itu terus menarik perempuannya ke suatu tempat.Yang pastinya jauh dari Janul.
Lee Ka Sin dan Joel yang memerhatikan gelagat Janul dan perempuan itu terus berdekah ketawa.
Janul memegang pipi kirinya.
:,(
Apalah salah ku??
_________________________________________
Share this novel