"APA SALAH SAYA???!!!!" jerit Lee Ka Sin marah.Dia mengeluarkan kad-kad,coklat dan bunga pemberian Nix,orang yang gila bayang dengan Lee Ka Sin.
Nasib baik ada tong sampah berdekatan,kalau tidak memang dia kena saman dengan pengawas sekolah sebab membuang sampah di merata tempat.
Dengan perasaan yang marah,dia menyumbatkan semua hadiah atau lebih terkenal,sampah pemberian Nix ke dalam tong sampah itu.
"Hambik kau!!!Dah puas hidup ke??!!"marah Lee Ka Sin sendirian.Dia menghentak-hentakkan kakinya akibat terlalu geram.Lee Ka Sin terus berjalan tanpa hala tuju.
Tanpa sengaja,dia telah terlanggar seorang jejaka.
"Cik,awak ok ke??" Kedengaran terdapat suara garau lelaki bergema."Kau tak reti berjalan ke??"marah Lee Ka Sin.Lee Ka Sin mengosok perlahan belakang kepalanya yang dirasakan berdenyut.
Lelaki itu diam menikus.Seketika kemudian,Lee Ka Sin tersedar kembali."Erm....Sorry.Saya marah sangat tadi." ujar Lee Ka Sin perlahan.
Kelihatan lelaki itu cuba untuk berdiri dan menghulurkan tangannya pada Lee Ka Sin.
Lee Ka Sin masih lagi terpaku di situ.
"Do you want to get up or just sit there whole day?" Sinis suara lelaki itu.
Ketika itu barulah Lee Ka Sin bereaksi.Lee Ka Sin memaut tangan lelaki itu dan berdiri perlahan.
"Thanks and goodbye." Baru sahaja Lee Ka Sin ingin melangkah pergi dari situ,lelaki itu memanggilnya.
Share this novel