3

Drama Series 735

Lee Ka Sin berhenti memijak.

Nix menghembuskan nafas lega.Dia mengerling kaki kanannya.Oh tuhan!! Hancur kakinya....Aduhai... Terasa ingin menangis pula saat ini..

" Awak jangan berani nak ganggu saya lagi! Kalau tak, saya akan buat lebih teruk dari ini!!" marah Lee Ka Sin.Buat apa mahu kasihan pada lelaki teruk ini?Kemudian, Lee Ka Sin berpaling tubuh,ingin melangkah pergi dari situ.


* * *

"Lee Ka Sin."Terdapat suatu suara lembut menyapa Lee Ka Sin.Lee Ka Sin mendongak. Wajah pucat Octivia dipandang dengan perasaan yang risau.

"Saya tak rasa baik hari ini." kata Octivia sambil menunduk. Lee Ka Sin meletakkan tangannya di dahi Octivia. Sejuk...

"Awak sakit ke? Baik saya temankan awak ke klinik sekolah.." ajak Lee Ka Sin.Baru sahaja Lee Ka Sin hendak menarik tangan Octivia,Octivia bersuara lagi.

"Lee,saya nak bawa Janul sekali boleh?" soal Octivia dengan mata yang penuh harapan. Lee Ka Sin sekadar mengangguk dan menuruti permintaan Octivia.


* * *

"Awak..." panggil Janul.Lee Ka Sin menoleh pada Janul. "Ya,saya?" "Terima kasih sebab bawa adik saya ke klinik ni." kata Janul dengan ikhlas.

Lee Ka Sin tersenyum. "Tak apa... Saya kan kawan dia dan kawan sepatutnya menolong kawan yang lain,kan?"

Entah mengapa, Janul terasa hati.Senyumannya perlahan-lahan pudar. "Awak tak apa-apa?" soal Lee Ka Sin risau. Aku ada cakap salah ke? Janul mendongak dan melihat ke arah mata Lee Ka Sin sambil mengeleng.

"Saya baik saja." kata Janul kemudian melangkah ke dalam wad Octivia.Lee Ka Sin tersenyum.

Bagusnya ada abang macam Janul...Penyayang.Baik hati.Pandai.Rajin....Bertuahnya Octivia dikurniakan seorang abang yang amat sempurna di mata Lee Ka Sin....

Kalaulah saya juga ada abang macam tu...

Fikiran Lee Ka Sin melayang jauh.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience