(Keesokan harinya..)
"Awak tak nak beli barang ke,Janul?" soal Lee Ka Sin sambil membelek-belek baju yang tergantung kemas di ampaian.
Janul mengeleng perlahan.Dia memandang ke luar tingkap kedai itu.Entah apa yang menarik perhatiannya di luar kedai itu.
Setelah Lee Ka Sin membayar barang-barang yang di belinya, mereka ke kedai lain pulak.
Lee Ka Sin perasan bahawa Janul asyik memandang ke luar tingkap.
"Janul,apa yang awak lihat itu?"soal Lee Ka Sin sambil cuba melihat ke luar tingkap juga.
"Awak nampak tak lelaki yang duduk di kerusi besi itu? Saya macam pernah nampak muka itu." kata Janul.
Lee Ka Sin terus melihat ke arah lelaki yang memakai baju hijau terang itu dengan teliti. Dia mengamati wajah itu. Dia seakan-akan pernah melihat wajah itu.
Seketika kemudian,dia tersedar."ABANG JOE!!!!"jerit Lee Ka Sin gembira.Janu
l yang bingung-bingung terus terjatuh kerana Lee Ka Sin berlari merempuhnya dan berlari ke arah lelaki yang memakai baju hijau terang dengan pantas.
Selepas berdiri,Janul pun berlari mengikut Lee Ka Sin.
"ABANG JOE!!!" Jerit Lee Ka Sin dan terus memeluk lelaki baju hijau terang itu.Lelaki yang bernama Joe itu membalas pelukan Lee Ka Sin.
Sementara itu,Janul berdiri memandang mereka.Apabila lelaki itu membalas pelukan Lee Ka Sin,dia mula mengengam penumbuk.
Rasa cemburu di hatinya tidak dapat dibendung.Terasa ingin mencincang habis lelaki itu.Dia cuba bertenang.
Namun,tiada apa boleh menahan kesabarannya ketika itu apabila lelaki itu mengusap pipi Lee Ka Sin.
"SHE'S MINE!!!!"jerit Janul tiba-tiba.
Lee Ka Sin dan lelaki itu menoleh ke belakang."Awak kenapa Janul? Dah hilang akal ke?" soal Lee Ka Sin selamba.
"Oh... Bila lelaki ini muncul,awak nak jadi musuh saya,ya? Nampak sangat awak tak setia!" sindir Janul.
"Setia apa?" soal Lee Ka Sin bingung.
Janul mula hilang sabar. "KENAPA AWAK PELUK LELAKI TU DEPAN SAYA,HAH?! DAN KENAPA AYAT AWAK TADI MACAM MARAH DENGAN SAYA???!!!!! AWAK LANGSUNG TAK SAYANG SAYA,KAN? BERITAHU SAYA !!!" Jerit Janul marah.
Lee Ka Sin terdiam.Selepas itu,dia tersedar.Dia ketawa kecil.
"Awak cemburu kan?" bisik Lee Ka Sin tetapi boleh didengari oleh Janul dan Joe.
"APA??!! Ma-mana ada! Saya cuma nak lindungi awak sahaja.." nafi Janul.Pipinya mula memerah.
"Lee,jom minum dekat cafè." ajak Joe.Dia cuba untuk men'cemburu'kan Janul.Ternyata percubaannya berjaya.
"Hoi,lelaki! Kau jangan mimpi nak keluar suka hati dengan Lee Ka Sin! Dia hanya boleh keluar dengan saya!" marah Janul.
Serentak itu,Lee Ka Sin dan Joel ketawa besar.
Janul bingung-bingung.Aku ada buat lawak ke?
* * *
Share this novel