Rate

BAB 51-BASIKAL

Romance Completed 452298

Inas memegang perutnya sambil memandu pulang.. Tersenyum senyum dia sendiri sambil mengikut alunan lagu yang sedang di ke udarakan oleh Dj radio.

"tadi aku takut sangat.. Tapi sekarang aku... Sangat gembira!!.. Rasa nak pekik saja kuat- kuat beritahu semua orang yang ada satu nyawa di dalam rahim aku.." Inas tersenyum-senyum sendiri...

"kalau lah aku boleh bagi tahu semua orang, kalaulah ia semudah itu....." keluh Inas.. Dia yang tadinya ceria bertukar sedih dan mengeluh..

"sabar sayang... Mama akan jaga kamu.. Jaga papa.. Kita perlu kuat bersama yea sayang... Kamu kuat kan sayang.." perut yang masih kempis itu disentuhnya lagi..

Srrreeeeettttt!!!!!!! Inas menginjak pedal break.

"Allahuakbar!!! Aku langgar orang! " Inas menjenguk melihat tayar basikal yang sedang berputar laju diatas jalan raya.. Hanya hujung kepala orang itu saja yang dapat di lihat Inas dari cermin hadapan...

Inas turun dari kereta berjalan Tergesa-gesa ke hadapan keretanya..

" maaf saya tak sengaja.. Tak nampak! tiba-tiba adik melintas keluar dari semak tu.." Inas menunjuk ke arah semak yang baru lelaki tu keluar..

"adik..."

"adik ok ke?" tanya Inas cemas bila melihat lelaki itu sedang menunguk melihat ke arah sikunya yang calar.. Mungkin.

"tak apa" balasnya pendek.. Kepalanya masih terus menunduk sibuk melihat ke arah luka di sikunya.. Menyapu pergi pasir yang melekat di sekitar itu..

'kenapa suara dia macam????!!!!!!'

"manja!!" jerit Inas.. Inas menjenguk melihat ke arah wajah yang sedang menunduk itu..

Raif mengangkat wajahnya mendongak keatas.. Membulat dia melihat Inas yang sedang membongkok melihat ke arahnya..

"macam mana manja boleh keluar ni"

"mana, manja dapat basikal ni?"

"ya Allah manja!"

"siapa yang manja..."

Mendongak saja Raif melihat ke arah Inas yang sedang membebel di depannya.. Adakala dia melihat Inas memusing badannya menunjuk ke arah basikal.. Ke arah dirinya..

"mana manis pergi?" tanya Raif.. Membuatkan bebelan Inas terhenti.

"manis.. Keluar ke kedai...."

" berdosa kalau keluar tanpa izin.. " keras saja kata yang dituturkan oleh Raif.

" kan manis dah minta izin..."

"kan manja kata nak ikut tadi.. Kenapa tak tunggu manja.." kalini Raif yang sedang duduk di tanah sudah bangun berdiri.. Menepuk nepuk punggungnya.. Menghilangkan debu tanah dan daun kering yang melekat di belakang seluarnya.. Langak seperti budak nak bergaduh je gayanya..

"manis.. Tengok manja... Macam nak tidur tadi... Itu yang..."

"alasan!" potong Raif. Teranjak Inas mundur selangkah ke belakang, tersentak .

'dia buat hal.. Kenapa tiba- tiba nak marah? Macam mana kak Ann boleh tak jaga manja ni..sampai dia keluar sampai ke sini.. Ni alasan apa aku nak bagi lagi..'

"ni basikal siapa?" Inas menunjuk ke arah basikal yang terbaring di tanah..

"basikal tu.." Raif menggaru kepalanya.. Dia turut melihat ke arah basikal tersebut..

"manja?" Inas bercekak pinggang..

"manja pinjam.." jawap Raif.

"pinjam?.. Pinjam dari siapa pula?" bingung Inas mendengar jawapan Raif.. Jalan yang satu ni.. Hanya menuju naik ke rumah besar tu dan tak ada rumah di hujung sana.. Melainkan satu - satunya rumah besar yang ada di hujung jalan sana..

"tu tuan dia ada disana.." Raif menunjuk ke arah semak yang baru dia keluar tadi.. Inas berpaling melihat ke bawah sana.. Ada lagi beberapa basikal disana.. Matanya membulat besar.. Melihat beberapa budak- budak lelaki sedang mandi manda disana..

"manja pinjam basikal budak - budak tu?!" tanya Inas menunjuk pula ke arah sungai.. Raif menganggukkan kepalanya..

'aduhh..!'

"dia orang tu baik.. Kawan manja tu.." kata Raif.. Mengangkat basikal itu berdiri..

'dia kata kawan pulak!..'

"manja pergi bagi balik, basikal tu.. Mujur tak rosak.. Kalau tak kena ganti pulak.. Nanti kalau parents dia orang marah macam mana? " keluh Inas..

"dia orang bagi manja pinjam.. Manja nak naik sekejap je.." kata Raif.. Dia mula nak merengek.. Handle basikal itu di bawanya ke kiri dan kanan...

"ini basikal budak manja.. Tengok rangka dia.. Kecil.. Kalau manja nak kita cari lain.. Yang sesuai dengan manja.." pujuk Inas..

"kecil.. Tapi dia orang naik boleh? Manja nak yang ni.. Nanti kalau yang besar.. Manja jatuh macam mana?" tanya Raif.. Tak puas hati.

"manja kan boleh bawa kereta.. Kenapa nak naik basikal pula.." kata inas

"siapa suruh manis naik kereta manja.." balas Raif

'hah sudah! Kita juga yang dia salah'

"okay.. Manis tak naik kereta manja.. Manis bagi balik.. Kereta manja tu.. Sekarang manja pergi bagi balik basikal budak tu.." cekak pinggang Inas sekali lagi.. Dah serupa mak marahkan si anak.. Menunjuk ke bawah sana.

'nasiblah aku sempat berhenti tadi.. Tiba - tiba je muncul.. Naik ke atas jalan.. Ingatkan budak mana.. Tengok - tengok suami sendiri..' Inas menampar dahinya sendiri... Matanya melirik menghantar langkah Raif yang mula turun ke bawah sana memimpin basikal disampingnya..

"ni basikalnya abang pulangkan balik.." kata Raif bernada kecewa.. Menyusun basikal yang dia pinjam tadi di samping basikal - basikal yang lain..

"kenapa abang.. Tak jadi pinjam pula.. Tadi abang kata nak pinjam kan.." kata salah seorang budak lelaki yang sedang mengatur langkah naik ke darat.

"tak apalah lain kali abang pinjam lain, terima kasih .." balas raif..

"oh.. Makcik tu marah ke?" tanya budak lelaki tu mendongak melihat kepada Inas yang ada diatas sana...

"ha ah.. Garang betul makcik tu.. Abang balik dulu.. Sebelum dia marah.. Bye.." Raif melambai kepada budak itu..

Inas yang ada di bahu jalan melihat saja ke bawah..

'tengok papa kamu...boleh pula dia berkawan dengan budak-budak.. Sedangkan dia dah nak jadi bapak budak..'

" dah? "tanya Inas. Raif mengangguk sambil mencebik.

" jom naik kereta .. Kita balik.. " kata Inas.

" tak nak balik.. Tadi kata nak beli basikal.. Manja nak basikal..! " rengek Raif..

" tadi kan manja kata nak naik kereta.. ni kan kereta manja.... " kata Inas menunjuk ke arah kereta berwarna silver itu..

"manja nak basikal.. Kalau manis tak nak belikan.. manja nak beli kereta baru.." Raif melipat tangannya seraya berpaling ke arah lain..

"boleh.. Tapi kita pergi esok saja boleh? Manis dah lapar ni.. Nak makan.." kata Inas.. Mencari alasan..

"no!.. Manja nak sekarang..!" protes Raif..

"okay.. Apa kata kita beli online saja.. Kan manja suka beli barang online.. Senang kan.. Nanti dia delivery terus di rumah.." pujuk Inas..

"No!.. Manja drive sendiri pergi beli.." Raif berpaling menuju ke pintu kereta..

'ya Allah.. Sabar Inas.. Sabar..'

"okay-okay.. Kita pergi sekarang.. Bagi manis saja yang bawa kereta.. Manja duduk di sebelah pemandu je.." Inas menghalang laluan Raif dan menariknya ke pintu sebelah sana..

"kenapa pula...?"

"manja ada bawa lesen memandu tak? .. Tak ada kan!.. Biar manis saja yang memandu... Okay.. Nanti kalau polis saman macam mana.. " Inas memberi alasan yang kukuh kali ini... Raif diam tak berkata apa.. Mengikut saja langkah kaki Inas kali ini.. Membawanya ke sebelah sana..

Kereta silver berlanbang gelung bercantum itu membuat pusingan untuk berpatah balik ke jalan utama.. Sesekali Inas melihat ke sisi.. Di mana Raif nampak teruja dalam perjalanan mereka kalini..

Sampai saja pekan.. Inas membawa Raif ke kedai basikal.. Bukan main lagi Raif masuk kedalam kedai itu..

"manja.. Bukan yang ni.. Tapi yang itu.." Inas menunjuk kepada basikal jenis MTB yang tersusun rapi di bahagian kiri kedai..

Raif yang sedang memegang basikal yang mempunyai bakul di hadapan tu berpaling melihat ke arah yang ditunjukkan Inas.. Cepat-cepat kepalanya menggeleng..

" nak yang ni..!" Raif menepuk nepuk tempat. Duduk basikal yang sedang dia pegang..

"ni basikal mini... Macam perempuan lah manja.. Tak nak.. yang tu?" sekali lagi Inas menunjuk ke arah tadi..

"tak nak!".. Raif menggeleng..

'tak membazir ke ni..' Inas menarik sebaris senyumannya kepada pemilik kedai yang sedang menyaksikan perbincangan kecil mereka...

"mau cari basikal untuk siapa?" tanya pemilik kedai tersebut..

"ah.. Bukan saya.. Dia yang nak cari.." balas Inas menunjuk kepada Raif yang sedang sibuk meneliti basikal yang dia dah berkenan..

"nak cuba bawa.." kata Raif kepada Inas..

"ah?" Inas berpaling melihat kepada si pemilik kedai.

"boleh-boleh.. Kita cuba di jalan belakang kedai...." kata pemilik kedai itu.. mengangguk dengan senyuman.. Pemilik kedai itu mahu membawa basikal itu .. Tapi Raif sudah tak mahu lepaskan lagi basikal yang dipegangnya... Jadi pemilik kedai itu sekadar mengiringi mereka menunjukkan jalan..

Satu pusingan.. Dua pusingan... Inas sekadar berdiri di tepi kedai melihat Raif sedang mencuba basikal barunya..

"manja nak ni.. Nak basikal yang ni.. Boleh?" tanya Raif sebaik basikal itu berhenti di hadapan Inas.. Inas mengangguk dan tersenyum..

"nanti boleh manja bawa manis pusing- pusing kampung naik basikal ni.." katanya lagi.. Inas mengangguk lagi.

"kami ambil yang ni sajalah.." kata Inas kepada pemilik kedai tersebut..

Selesai membuat pembayaran.. Basikal itu dibawa naik ke atas kenderaan pacuan empat roda mengikut di belakang kereta audi silver yang dipandu oleh Inas menuju balik ke rumah.. Raif asyik memandang ke arah belakang melihat ke arah kenderaan yang sedang Membawa basikalnya pulang ke rumah..

"terima kasih belikan manja basikal..!" kata Raif ceria..

"sama-sama..."Balas Inas.

'lagipun semua tu duit manja.. Manis cuma temankan manja saja..'

Yeayy!! Sambung satu lagi.. - - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience