Rate

BAB 18 - MENCARI

Romance Completed 454604

Bandaraya.. Arman tak senang duduk di tempat kerjanya.. dia terlampau merindui untuk menatap wajah Inas lagi.. kalini dia nekad untuk ke bahagian kewangan untuk bertemu terus dengan mereka dan bertanya tentang keberadaan Inas..

Dia sampai di bahagian unit kewangan..pintu kaca bilik itu ditolak olehnya..mata terus menatap ke meja Inas yang kosong tak berpenghuni..

''Assalamualaikum Nusrah..'' salam diberi kepada sahabat baik Inas. Mendongak Nusrah yang sedang tekun menunduk dari tadi melihat kepada yang memberi salam kepadanya..

''waaaa..laikumsalam..nak apa!'' muka yang manis tadi terus bertukar dingin bila melihat Arman yang sedang tersenyum manis berdiri disebelahnya..

''Inas mana?'' tanya Arman lembut seperti tadi..tak menghiraukan nada bicara kasar yang dilemparkan oleh Nusrah. Yang penting dia nak tahu dimana Inas berada..

''kenapa nak sibuk dengan Inas? Pergilah layan bini kau tu.. Sibuk orang lain tu kenapa?!'' marah Nusrah.

''Nusrah aku tanya kau elok-elok ni..tapi kau marah-marah aku kenapa? Sebab tu lah kau tak khawin-khawin sampai sekarang .. Orang laki tengok kau semua takut.. Pakai sopan..ayu..cantik..tapi kalau bercakap..dahsyat! Kalah singa di hutan.. '' perli Arman..

''aku kalau nak khawin ke? tak ke? Bukan masalah kau phn Arman... Kalau aku nak kahwin.. aku tak nak lah cari suami orang.. tak nak lah dicop perampas.. lagi satu, aku ni takut sangat nak khawin..bercinta semua tu..tapi lepas tu laki tu curang...oohhh no! Baik aku macam ni saya..tak serabut kepala aku..'' balas Nusrah. Sambil memegang wajahnya menayangkan wajah takut menyindir Arman.

''apa yang kau merepek ni? ..aku ni tanya pasal Inas.. Yang kau melalut tu dah kenapa!'' suara Arman mula meninggi.

''kau tu! yang kenapa? ..masa dia jadi isteri kau! Setia dengan kau! Ikut terlunjuk kau! Apa yang dah buat? ..kau tipu dia..kau curang dengan dia..kau siksa dia.. Sekarang ni..bila dia dah tak ada kaitan dengan kau Arman.. kenapa kau cari dia? Aku tak paham lah.. bila depan mata, buat macam tak wujud je.. Bila dah tak ada.. baru nak cari..kenapa? Dah menyesal? Hah!'' balas Nusrah tak puas hati..dia yang tadi sedang duduk terus berdiri menepuk mejanya dengan kuat.. Sampai tersentak pekerja yang lain memandang ke arah mereaka berdua..

''apa hal ni!'' Shahreza keluar dari biliknya bila mendengar bunyi bising dari dalam biliknya..

''Arman? Kau buat apa di sini?'' tanya Shahreza. Dia memandang kepada Nusrah dan Arman silih berganti.

''encik Shahreza .. Dia ni yang datang kesini cari Inas..'' kata Nusrah..menjeling kepada Arman.

''cari Inas?''

Arman berpaling dan berjalan mendekat kepada sahabatnya itu..

''kau tahu tak inas dekat mana?'' tanya Arman. Shahreza tak menjawap persolan yang diajukan oleh Arman itu..dia berjalan masuk kedalam ruang kerjanya.

Pintu bilik kerja Shahreza ditolak oleh Arman.. Dia melangkah masuk kedalam melihat Shahreza sedang duduk di kerusi kerjanya..

''Arman, apa yang kau buat disini? ..kau tu kawan aku.. Seganlah dengan staff aku..takkan aku, nak tegur kau depan diaorang semua..'' rungut Shahreza .

''aku cari Inas lah.. Kau tahu tak dia dekat mana?'' tanya Arman.

''Buat apa kau cari dia?'' tanya Shahreza ..

''aku! ..aku kena cari dia! ..aku nak dia jadi isteri aku semula..macam dulu..'' kata Arman memegang meja kerja Shahreza dengan kedua-dua tangannya.

''dulu kau juga yang lepaskan dia..sekarang ni..kau nak pulak dia..tolong lah sedar Arman..dia bukan hak kau lagi..kau dengan dia dah tak ada apa-apa..lagipun kau dah ada isteri kan.. Dah ada amalina ka..'' kata Shahreza memperingati sahabatnya itu ..manalah tahu Arman lupa dengan status dia sendiri.

''aku tahu lah! Aku nak betulkan kembali keadaan..aku nak dia jadi isteri aku semula..aku tahu dia sayangkan aku.. Aku pun sayangkan dia..apa salahnya kalau kami bersama semula..'' kata Arman.

''sekarang baru kau nak cakap macam ni?'' Shahreza ketawa kecil.

''apa tadi? Betulkan keadaan..? Aku tak salah dengar kan?'' tanya Shahreza .. Arman mengangguk..

''kenapa baru sekarang.. Kenapa baru hari ni, aku dengar ayat tu dari kau?'' tanya Shahreza..

''sebab aku dah menyesal! ..aku nak ambil dia jadi isteri aku semula.. Aku mengaku! ..aku salah! ..aku terlampau ikutkan nafsu masa nikah dengan Amalina sebelum ni .. Masa tu aku hanyut..dengan godaan dia..'' kata Arman, lalu duduk di kerusi yang ada di hadapan meja kerja Shahreza.

''kau rasa nak ke dia jadi isteri kau semula Arman?'' tanya Shahreza. Sengaja menduga sahabatnya itu.

''kenap tak pula tak? Aku dengan dia bercinta..khawin kerana suka sama suka....'' jawap Arman dengan yakinnya.

''memanglah..itu dulu..tapi sekarang berbeza Arman.. Kau tinggalkan dia dalam keadaan dia tersiksa.. aku sendiri pergi melawat dia di hospital dengan wife aku..aku tengok Arman..macam mana muka dia lebam kena belasah dengan ibu kau..sampai dia kehilangan besar.. Iaitu, anak dalam kandungan dia.. Kau rasa dia akan terima kau semula ke? Kau tu suami orang Arman.. Cubalah kau fikir.. Takkan dia nak jadi macam Amalina pula..!'' kata Shahreza menepuk mejanya kasar..kerana terbawakan dek emosinya..sampai tersentak Arman yang sedang duduk di kerusi di hadapannya.

''tapi aku yakin.. Sebenci mana dia dekat aku sekalipun.. pasti rasa cinta dia, kepada aku masih bersisa.. Anak yang kau kata tu..anak aku juga Shahreza.. Anak kami! ..'' kata Arman..menatap wajah sahabatnya..

Shahreza bersandar di kerusinya..dia mula merasa malas untuk terus bertekak dengan lelaki yang berada di hadapannya.

''Arman! ..sekarang waktu kerja..kau balik lah tempat kau..aku sibuk lah.....'' kata Shahreza..

''aku cuma nak tahu dimana Inas..itu saja..'' kata Arman.

''putus asa saja lah Arman.. Kalau aku tahu sekalipun.. aku tak akan beritahu kau.. aku lebih suka biar dia hidup bebas di luar sana dari dia kembali jadi isteri kau.. lepas tu kena mengadap ibu kau pula..'' kata Shareza sambil mengelengkan kepalanya..

''kau sahabat aku Shahreza.. tapi kau.. langsung tak membantu aku..Inas tu cuma staff kau..dia tu isteri aku..''

''salah tu Arman.. bekas! ..bekas isteri! ..bukan isteri kau lagi.. Isteri kau tu Amalina.. Stop lah kerja gila kau tu Arman..nak kejar dia.. She will not come back to you..Arman..'' nasihat Shahreza.

''aku tak perduli.. Aku tetap akan cari dia.. Ajak dia khawin dengan aku semula.. kalau dia menolak aku akan paksa dia! ..'' balas Arman lalu bangun berjalan kearah pintu keluar..

Dia melihat Nusrah sedang merenung tajam kepadanya sebaik di keluar dari bilik Shahreza..

'kau pun sama.. Tak membantu..sama saja dengan Shahreza...tak apa.. biar aku saja yang cari dia.. kemana sangatlah Inas tu nak bersembunyi.. Tak kira lah, macam mana pun aku tetap akan jumpa dengan dia jugak..'

Shahreza melihat emailnya..tergejut dia melihat satu lampiran yang dihantarkan kepadanya..

'baru saja disebut-sebut..muncul pula Inas ni..berhenti kerja? Tapi kenapa?'

''ada kaitan dengan Arman ke? Sampai bila lah kau nak kacau dia..Arman.. '' keluh Shahreza..

Arman balik kerumahnya..sebaik sampai dia terus mengurungkan dirinya didalam bilik kecil yang dia jadikan ruang kerjanya..tubuhnya berbaring diatas sebuah katil bujang yang ada disitu.. Wajahnya mengadap kearah dinding yang tergantung besar gambar perkahwinannya dengan Inas.

'aku akan mencari kau Inas..cari kau sampai jumpa..aku yakin kau ada di kampung Inas..aku akan cari kau dekat sana..' wajah inas yang sedang tersenyum manis itu ditatapnya lama.

Bilik ini dijadikan tempatnya untuk melepaskan rindu.. Tempat dia mengasingkan dirinya bila dia bergaduh mulut dengan Amalina.. Sehingga kini Amalina tak pernah masuk lagi kedalam bilik itu..bilik yang penuh dengan gambar-gambar Inas.. Semua kenangannya bersama Inas disimpan rapi didalam bilik itu..

Tok-tok-tok..

Pintu bilik itu diketuk secara kasar dari luar..Arman sudah boleh mengagak siapa gerangannya..siapa lagi kalau bukan Amalina..

''nak apa..sibuk ni..'' laung Arman.

''laparlah..nak makan...'' balas Amalina dari luar sana.

''masaklah..bukan you cuti ke harini..kenapa you tak masak..'' laung Arman kembali dari dalam bilik.

''masak? Hello..rumah ni satu barang mentah apa pun tak ada..nak masak apa..'' Amalina mengetuk pintu bilik itu dengan lebih kuat..kerana seharian dia menahan lapar hanya makan mee segera...

''yealah.. You pergi siap dulu.. '' Arman memberi arahan.. Dia tak mendengar lagi bunyi bising yang membingitkan tadi..lalu dia bangun dari berbaring..duduk di katil bujang itu..menyerabutkan rambutnya sendiri..memikirkan kesalahan yang telah dia lakukan.

Habis dah untuk harini... Kita sambung esok pulak nak... Sayang hampa semua.. Jaga diri.. Jaga jarak.. Ikut s.o.p..InshaAllah kita dilindungi...

Share this novel

Ella Halim
2020-11-07 07:53:41 

gila talak si Arman

WaneyZack
2020-10-10 17:39:24 

Terima kasih durra.. Terima kasih sudi singgah baca MANJA

Durra shuhada
2020-10-10 14:41:10 

Tq update...


NovelPlus Premium

The best ads free experience