SST - 53

Romance Completed 72944

Najemie memulakan paginya dengan membersihkan diri. Selepas itu, dia mula melakukan kerja kerja mengemas rumah. Teringat waktu awal usia kandungannya Hariz pernah membincangkan hal untuk mengambil pembantu rumah tetapi segera dibantah olehnya.

"Naj boleh buat kerja lagilah, abang."

"Sayang, abang risau tahu tak. Itu kandungan pertama sayang. Jadi, abang nak jaga sayang betul betul."

"Tak elok abang. Kita doa yang baik baik okeyy. Semoga Allah permudahkan jalan kita sekeluarga. Lagipun, kalau kita ambik pembantu rumah, Naj nak buat apa? Yelah duduk je macam bos. Tak best lah macam tu."

"Kalau macam tu, genap tujuh bulan, kita duduk rumah abah dengan umi. Abang risau lah sayang. Rumah besar besar macam ni sayang nak buat kerja sorang sorang. Kalau dekat sana, sekurang kurangnya umi ada boleh tengok tengok kan Najmi."

"Okeyy abang. Naj ikut cakap abang."

"Macam tulah isteri abang."

Najemie mengukir senyum bila teringatkan akan peristiwa itu. Risau sangat! Macamlah aku tak biasa hidup sendiri.

"Oi! Kau tersengeh sengeh apa? Kau dengar tak apa aku cakap tadi?" Sergah Najwa.

"Kau asal nak memekik pagi pagi buta ni?" Walaupun agak terperanjat, tapi dilayan jugak perangai si meroyan ini.

"Aku nak guna tandas, yang kau sebok nak cuci cuci ni apahal? Time aku nak guna, time tulah kau nak tunjuk rajin nak mencuci bagai.."

"Kau tak nampak ke aku tengah buat apa sekarang ni? Kau guna tandas lain lah. Aku jolok mulut kau guna berus jamban ni karang. Pagi pagi dah buat kecoh jerit jerit!" Balas Najemie geram.

"Rumah besar, tapi bodoh tak ambik orang gaji! Benak!" Kata Najwa ingin berlalu.

"Orang malas macam kau je ambik orang gaji!" Kata Najemie pula sempat didengari oleh Najwa.

Najwa tidak mengendahkan, dia terus ke tandas yang lain. Melalui bilik utama, dia terus mendapatkan satu idea. Dikerling bilik air yang tadi, senyuman sinisnya terukir. "Bodoh!" Terus dia melangkah masuk ke bilik bahtera mahligai Hariz dan Najemie.

Matanya meliar meneliti ke segenap ruangan. Luas bilik itu tiga kali ganda besar dari bilik dia di kampung. Sungguh takjub. Tak terucap kata kata bila melihat hiasan yang berada didalam bilik itu. Sungguh indah.

Bahagian dalamannya bilik bertemakan warna gelap dan cerah beserta gabungan coklat-beigi, cadar, dinding, dan siling. Cahaya kandil bersinar melalui gabungan kain sutera, kapas dan bulu. Ini menunjukkan sentuhan mewah sambil menyerlahkan sebarang kekurangan atau rasa. Katil kanopi bersaiz king ala ala king and queen yang terletak di tengah. Dihadapannya terdapat tv berukuran besar dan ditambah dengan pemandangan luar yang dapat dilihat dari dalam bilik melalui pintu sliding kaca disebelah kanan bilik. Disuatu sudut, tersergam cantik frame canvas perkahwinan Hariz dan Najemie.

Iri sungguh dia melihat kemewahan Najemie sekarang. Mana tidaknya, tak dinafikan gadis itu mempunyai cantik paras rupanya. Dianugerahi pula suami setampan dan sekaya Hariz. Hidup pula serba mewah. Dulu diakui dia menginginkan Zafran hanya kerana cemburu Najemie memiliki lelaki yang kaya di kampung itu. Tapi sekarang, Najemie mendapatkan lelaki yang lebih kaya dari lelaki yang dirampasnya dahulu.

Hariz keluar dari bilik air yang hanya memakai tuala diparas pinggang. "Sayang, nampak tak baju abang yang abang beli hari...tu?" Alangkah terkejutnya dia bila mendapati bukan Najemie yang berada dibilik itu. "Awak buat apa dalam bilik ni?"

Najwa menelan liurnya bila melihatkan tubuh seksi Hariz. Ditambah pula dengan badan yang segar berair menitik kebawah. Sedar tidak sedar dia melangkah mendekati lelaki itu. Tangannya menyentuh dada bidang yang terdedah milik Hariz.

Hariz cepat menepis tangan yang sudah mencabuli tubuh badannya. "Awak buat apa ni, Najwa? Awak sedar tak awak dekat mana sekarang ni?"

Najwa tersentak. "Cantiknya awak, Hariz." Ucap Najwa merenung kedalam mata Hariz. Sungguh dia terpegun dengan keindahan didepan matanya. Ciptaan yang paling indah dia pernah lihat selama dia hidup.

"Apa awak cakap ni, Najwa? Awak keluar! Kalau Najmi tahu awak dalam bilik ni, apa dia akan fikir?"

"Dia boleh buat apa? Awak suami dia! Awak yang berkuasa dalam rumah ni" Jawab Najwa.

"Saya suami sepupu awak! Keluar!" Ditolak Najwa untuk keluar dari bilik itu. "Jangan awak berani jejak lagi kaki awak dalam bilik ni! Don't cross my limit!"

"Bukan awak sorang je dia pernah rasa. Ramai lagi lelaki dia rasa lah." Balas Najwa tidak puas hati dengan tolakan Hariz.

"Saya tak nak dengar!"

"Hariz, dia tu.."

Terus Hariz menutup pintu bilik itu lalu dikunci. Najwa menggenggam tangannya geram. Rahangnya bergerak gerak tanda dia betul betul marah.
"Tengoklah! Kalau Zafran pon aku boleh rampas, inikan kau!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience