SST - 16

Romance Completed 72474

"Awak dari mana tu?" Sergah Hariz.

"Ya Allah, Hariz. Saya tahu awak tu suami saya. Tapi boleh tak awak tu bersikap adil pada saya. Saya tak pernah tanya pon awak buat apa, awak dekat mana, awak dengan siapa.. Saya sikit pon tak tanya awak, Hariz."

"Saya tanya sebab awak tu masih isteri saya."

"Jadi awak nak saya buat apa? Nak hadap muka awak 24 jam? Nak duduk diam je bila nampak awak dengan perempuan lain? Saya pon ada hati, Hariz. Saya bukan awak, takde perasaan. Tak pandai nak jaga hati orang."

"Awak jangan cabar saya Najmi.."

"Awak tu jangan cabar kesabaran saya. Selama ni saya diam sebab saya hormat awak. Sedaya upaya saya taknak gaduh dengan awak. Tapi bila saya diam, awak pulak yang carik pasal dengan saya. Apa masalah awak sebenarnya? Awak ingat, saya Najmi yang asyik nak kena ikut telunjuk awak je ke?" Matanya merenung tepat kedalam mata Hariz.

Dia mengeluh berat. "Hariz, boleh tak kita hidup seperti yang awak rancangkan. Awak dengan hidup awak, saya dengan hidup saya. Saya tak kacau hidup awak sebab itu permintaan awak. Awak sendiri yang cakap dengan saya. "

"Siapa tu? Mia? Kalau betul awak bahagia dengan dia, saya tak halang awak kawin dengan dia. Saya tak kisah. Tapi dengan syarat. Saya nak duduk rumah abah"

"Awak cabar saya ke, Najmi? Untuk apa awak duduk rumah abah? Untuk mudahkan awak mengadu, merengek dekat abah dan umi? Macam tu?"

"Suka hati awaklah apa yang awak fikir. Kalau awak rasa itu cabaran saya untuk awak, silakan. Saya malas nak basa basi dengan awak. Tapi awak jawab sendiri dengan abah dan umi. Saya taknak masuk campur." Najemie terus mengorak langkah ke biliknya.

* * * * *

"Apa mimpi tiba-tiba nak jumpa saya ni?" Soal Najemie memandang Ezriq.

"You know what, my father is so annoying! Rimas. Lagipun saya ada job kat sini."

"Tak takut kena tangkap dengan peminat ke?" Najemie memarkir keretanya.

"Awak ingat sengkek sangat ke saya ni sampai face mask pon tak mampu nak beli!"

Najemie mengulum senyum. "Eh makan pon mintak saya belanja. Apa taknya sengkek."

"Ekskiyusmeh, see the leg lah, sis!"

"Taknak saya tengok. Berselirat bulu!" Gurau Najemie.

Tak semena-mena, kepala gadis itu dihadiahkan penampar angahnya.

"Hish apa ni?" Cemberut Najemie dibuatnya. "Ni nak beli apa ni?" Soal Najemie sambil membetul-betulkan awning tudungnya.

"Nak beli buah tangan untuk bakal mak saya tu lah. Awak bawak saya jumpa mak su, boleh kan?"

Tiga jari kebelakang diangkat simbol 'Okay'. Takde masalah lah, lagipun dah lama juga dia tak melawat mak su dan mertuanya itu.

Mereka masuk kedalam shopping mall beriringan. Mata pula mula meliar-liar mencari sesuatu yang menarik minatnya. Sampai tidak sedar ada seseorang yang sedang memerhati mereka dari jauh.

"Ehem!"

Najemie berpaling diikuti Ezriq. "Yes, ada apa boleh kami bantu, encik?" Ezriq bertanya ramah.

"Buat apa dekat sini?" Soalan diberikan kepada Najemie.

"Err beli barang untuk mak su saya." Jawab Najemie. Mata melirik pada gadis disebelah lelaki itu dengan tangan memeluk lengan Hariz.

"You Ezriq kan?" Tanya Mia teruja.

"Hmph.."

"Omaigosh, Ezriq! Tak sangkanya boleh jumpa you dekat sini. You dekat public ni, takde peminat kejar ke?" Teruja Mia menyapa.

"Er.." Dia menoleh kearah Najemie. Najemie pula hanya mengangkat bahu tidak mahu masuk campur.

"Ezriq, you tahu tak, adik I minat gile dekat you. Boleh kita ambik gambar tak? I nak jelous kan adik I. Mesti dia bengang gile dengan I" Mia merapati tubuh Ezriq. Najemie pula terpaksalah mengalah mengalihkan tubuhnya ke tempat lain.

Dia berjalan meninggalkan Ezriq. Nanti dah sudah halnya nanti, pandai-pandailah dia carik aku.

Hariz yang dari tadi diam, menghantar pandangannya pada Najemie yang sudah berlalu pergi sehingga tidak menampakkan lagi bayangnya. Pandangan dialih pada lelaki yang memakai face mask itu. Siapa pulaklah mamat ni? Mysteriousnya kau ni, Najmi..

......

"Umi.. Abah.." Mia menyapa tubuh dua orang insan itu dengan teruja. "Omaigod umi.. You such a beautiful person"

Datin Zubaidah buat-buat senyum bahagia. Padahal, dalam hati ni kecik besar kecik besar sahaja dia melihat anak keduanya itu. Dato Emer sudah tidak ambil pusing dengan tetamu itu. Dia terus mengambil tempat ditepi kolam renang sambil membaca surat khabar.

"Hm Mia duduk dululah. Umi nak ke dapur tolong mak su apa yang patut." Jemput Datin Zubaidah. Mata dibuntangkan kepada Hariz tanda tidak setuju dengan tindakan Hariz membawa pulang gadis itu. Langkah kaki dibawa ke dapur.

Belum sampai lagi ke ruangan dapur, Datin Zubaidah ditegah oleh seseorang.

"Eh, umi. Umi buat apa dekat dapur ni? Takpelah.. Semua dah siap dah.. tinggal nak ngap je" Najemie menggayakan tangannya seperti harimau bercakaran.

Spontan sahaja perlakuannya tapi dapat ditangkap oleh Hariz yang sedang duduk diruang tamu itu bersama Mia Afrina.

"Tumpang lalu.. Tumpang lalu.." Keluar pula Ezriq dari ruangan dapur dengan membawa semangkuk besar lauk ayam masak merah buatan Najemie.

"Najmi pergi panggil abah dekat luar tu. Ajak abah makan sekali." Suruh Datin Zubaidah menyentuh tangan Najemie lembut.

Najemie mengangguk menurut. Dia mula melangkah untuk ke ruangan keluarga diluar rumah. Langkahnya terhenti apabila nama seseorang dipanggil oleh ibu mertuanya.

"Angah, ajak Mia tu makan sekali."

Najemie menoleh sekilas kearah dua pasangan merpati hitam sejoli itu sebelum dia melakukan apa yang disuruh Datin Zubaidah. Hatinya bengkak.

Beberapa ketika, semua sudah berada dimeja makan. Hariz memerhatikan gerak-geri lelaki yang duduk disebelah Najemie itu. Tempat itu sepatutnya tempat dudunya tapi sudah rampas oleh lelaki bernama Ezriq itu. Kembang tekaknya bila melihat segala gurauan mesra Najemie dan Ezriq.

"Ezriq ni anak orang kampung kamu Su?"

"Ye abah. Bakal anak tiri mak su" Jawab Najemie menggeselkan bahu dengan Saodah.

"Takdelah, dato. Najmi gurau je" Ditepuk peha Najemie geram.

"Eh eh maksu malu-mula pulak nak mengaku. Ez tak kisah pon. Janji bapak tu gembira" Ezriq tukang tambah perasa. Najemie sudah melepaskan tawa apabila melihat wajah merah biru maksunya.

"Ezriq!!" Keras suara Saodah memberi amaran.

"Asalkan Nurul yang datang meminang, Ez sambut dengan seluas langit biru."

Tergelak seisi keluarga kecuali Hariz dan Mia. Bagi Mia, dia orang paling tak suka berbual dengan orang tua. Lagipun, siapa dia mahu menyampuk dalam perbualan tersebut. Dia bukan kenal pon orang yang disebut-sebut.

Najemie merapati tubuhnya ke tubuh Ezriq. "Amboi, belajar mana kiasan-kiasan ni bagai? Bapak Ehsan ajar ke?" Bisik Najemie.

"Eh, orang tua tu nak ajar? Heh! Jauh panggang dari api." Balas Ezriq.

Sedaya upaya Najemie menyimpan senyumnya. Kalau takde sesiapa ni, sudah terbahak ketawanya ketika itu. Mana taknya, teringat dia pada warga tua sengau itu. Ada sekali bagi pickup line pada Saodah, sampai menangis Saodah dibuatnya. Najemie diatas rumah sudah terkekek-kekek ketawa.

"Kalau jadi maksu dengan bapak awak.. Alangkah cerianya hari-hari saya dengan mat jiwang tu."

"Mat jiwang tengkorak engko."

"Teringin pulak nak adik sepupu."

"Bodoh" setepek Ezriq menyumpah.

Berair-air matanya menahan tawa. Saodah disebelah sudah mencubit peha Najemie geram. Dari tadi lagi dia dengarkan sahaja bisikan itu. Pandangan maut diberikan.

Hariz sudah bengkek hati melihat gadis dan lelaki dihadapannya yang sedari tadi asyik berbisik. Ramah betul kau eh..

.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience