Rate

BAB 52 - BUKAN MIMPI

Romance Completed 454604

Sampai saja di rumah.. Bukan main teruja saja Raif menyambut basikal tersebut turun ke perkarangan rumah..

"manja.. Jom kita masuk solat dulu..." ajak Inas setelah melihat Raif siap membuat beberapa pusingan di halaman rumah tersebut..

"tapi manja.. Nak naik lagi.."

"lepas solat manja boleh sambung balik.. Manis temankan.." kata Inas..

"betul ni nak temankan manja..?" Inas menganggukkan kepalanya..

'punya seronok sampai luka dekat siku dia tu pun, dia dah lupa.. Dapat basikal punya pasal.. Nasib lah calar saja..'

Maya yang baru tiba di rumah itu melihat ke arah basikal yang terletak elok di garaj.. Di samping motosikal Yaakob..

Dia kemudiannya melihat Inas dan Raif keluar dari rumah berpimpin tangan..

" ni nak ke mana? " tanya Maya..

"tak ke mana pun mama.. Manja nak naik basikal.." kata Raif ceria.. Melepaskan tangannya yang memegang tangan Inas tadi.. Terus dia turun ke bawah mendapatkan basikal yang sedang menantikan kedatangan pemiliknya..

"siapa belikan basikal tu.. Inas?" tanya Maya..

"tadi kami ke pekan.. Manja nak sangat basikal tu.. Itu yang Inas belikan.." kata Inas menunjuk ke arah Raif yang sedang berdiri di samping basikal barunya berbual dengan Yaakob.

"Inas terlampau ikut sangat dia.. Mama takut nanti manja tak mendengar cakap.. Tambah pula bila dia tak dapat apa yang dia nak.. Nanti mengamuk, melawan. Susah Inas nak jaga dia nanti.." Maya yang ada di hadapan Inas menasihati menantunya itu.

Inas tak membalas.. Diam saja.. Hanya senyuman yang terhias di wajahnya..

'alasan mama.. Kenapa? Mama suka kata yang manja mengamuk.. Padahal manja nampak baik saja..' Inas melihat ke arah manja yang sedang menunggang basikal.. Melambai ke arahnya.. Inas turut membalas kembali lambaian itu dari atas.. Cukup lah dia menemani Raif disitu... Melihat Raif berbasikal di halaman rumah.

Maya masuk kedalam rumah dengan wajah yang mencuka.. Rohana yang asalnya nak menegur biarkan saja Maya berlalu pergi..

BAM! pintu biliknya ditutup rapat..

"beli basikal pula.. Esok dia jemu.. Nak berbasikal didalam.. Nak naik di luar pula.. Lepas tu apa... Nanti kalau dia merayau!! .. Ingat senang nak jaga dia.. Senang je kau belikan basikal.. Kalau dia naik basikal tu.. Tak reti balik rumah macam mana..??" beg tangannya dilemparkan di sofa didalam biliknya..

Maya kemudiannya merebahkan badannya di atas katil... Nafasnya turun naik akibat terlalu memikirkan hal tadi..

" ahh.. Biarlah.. Dia bukan boleh buat apa-apa pun.. Janji dia jaga manja .. Dan aku akan hidup selesa sepanjang hayat aku.. Cukup! Puas!" maya mula bergelak suka..

Kini, tiba waktu makan malam.. Tiga penghuni rumah itu berkumpul di ruang makan..

"seronok manja dapat naik basikal?" tanya Maya...

"seronok.." jawap Raif ceria..

"okaylah tu kalau manja seronok.. Kalau manja gembira.. Mama pun gembira sama.." balas Maya.

Maya kemudiannya berpaling melihat ke arah Inas.. Tersenyum melebar kepada Inas..

'senyum pula.. Tadi petang bukan main marah je.. Sekarang dah tak marah.. Depan manja.. Bukan main sokong pula..' Inas membalas dengan senyuman yang paling manis menghiasi wajahnya..

Selesai makan seperti biasa rohana menghantar ubat untuk Raif.. Di ruang makan.. Inas bangun dari tempat duduknya untuk keluar dari ruang makan..

"Inas.." panggil maya.. Segera Inas berpaling semula melihat ke arah Maya.. Yang masih duduk di tempatnya..

"ya mama.." sahut Inas lembut dan sopan..

"kalau lah ada apa - apa.. Cepat-cepat panggilkan mama.. Mama takut manja mengamuk.. Takut nanti dia cederakan kamu.." kata Maya..

'mama ni.. Satu rumah ni mama pesankan benda yang sama.. Padahal.. Manja tu baik- baik saja aku tengok.. Cuma sekarang ni.. Aktif terlebih..'

" baiklah mama.. Nanti kalau apa-apa Inas panggilkan mama Cepat-cepat.. " balas Inas.. Menarik bibirnya mengembang.

' habis satu rumah kena brain wash dengan mama.. Jangan risau mama.. Insya Allah manja akan okay.. Sebab ubat yang mama bagi tu.. Menantu mama ni dah tukarkan..'

" mama nak naik tidur.. Inas nak temankan manja ke..?" tanya Maya..

"ia mama.. Inas nak ke bilik bacaan sekejap.. Temankan manja.." jawap Inas menunjuk ke arah bilik bacaan.

"ye lah.. Mama naik dulu.. Jangan tidur lewat sangat.." pesan Maya sebelum dia berjalan pergi..

"baik mama..." Inas melihat saja Maya berjalan pergi.. Manakala dia berjalan masuk kedalam bilik bacaan...

Pintu bilik bacaan itu ditolaknya masuk kedalam.. Inas melihat ada Raif yang sedang membaca disitu..

"manja.. Jom naik solat.. Manis nak tidur lepas ni.. Manis dah mengantuk.." kata Inas berdiri di samping sofa..

"kenapa nak tidur.. Masih awal ni..?" tanya Raif.. Dia masih belum puas membaca buku yang ada ditangannya.. Seharian dia tak memegang buku.. Kerana masanya banyak terluang kepada aktiviti luar dia siang hari tadi..

"hmm.. Tak apalah kalau macam tu... Manis naik atas dulu ya.." Inas mengundurkan langkahnya ke belakang..

"haish.." satu keluhan kedengaran..

"yalah.. Kita naik solat jemaah bersama.." tangan Inas ditarik oleh Raif..

"manja bawa buku ni naik keatas.. Sambung baca di bilik.." kata Raif seraya bangun.

Naiklah pasangan itu keatas.. Inas yang baru nak menukar haluan ke biliknya di halang oleh Raif..

"bukan bilik ni.. Bilik manja.." kata Raif.. Menarik muncungnya panjang menunjuk ke arah pintu bilik tidurnya.

"Inas nak ambil phone .." kata Inas..

"Phone? Cepat ambil manja tunggu.." balas Raif membuka pintu bilik Inas..

Inas masuk kedalam dan mencabut telefon bimbitnya yang sedang dicas. Kemudian dia keluar semula dari bilik itu..

"dah!" kata Inas.. Raif mengangguk dan kembali menarik pintu bilik itu tertutup.

Mereka berdua masuk kedalam bilik yang bertentangan dengan bilik Inas.. Iaitu bilik Raif.. Untuk solat bersama..

Selesai solat.. Raif menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Inas.. Inas menunduk melihat tangan yang ada di hadapannya..

'sebenarnya ada yang manis nak beritahu manja.. Tapi.. Rasanya belum sampai masanya untuk manja tahu.. Selagi manja hak sembuh.. Manis akan simpan dahulu.. Mengenai kehadiran buah hati kita..' tangan Inas yang ada didalam telekung menyentuh perutnya.. Bibir bawahnya digigit.. Sehingga dagunya bergerak-gerak menahan satu rasa yang sedang bergolak dalam dirinya ...

Tangan Raif disambutnya dan dicium..

' maafkan manis.. Andai cara manis ni salah.. Ini untuk kebaikan anak kita... ' terasa belakang kepalanya diusap.. Inas memejamkan matanya rapat- rapat..

Cepat-cepat Inas melepaskan tangan Raif.. Sekilas menarik telekungnya.. Mengelap air mata yang hampir menitis..

' ya Allah.. Kenapa dengan aku ni.. Kuatkan lah semangat aku.. '

Baru saja telekung di tubuhnya tertanggal.. Ada sebuah baju pula hinggap di wajahnya..

"baju apa pula ni?.." Inas menarik baju yang menutup kepalanya..

"baju tidur.. Sama macam manja ni.." kata Raif.. Seraya menukar pakaiannya begitu saja di hadapan Inas..

"ehhh.!! Apa ni.. Buka baju depan manis.. Tak malu ke?" Inas menutup wajahnya dengan tangan..

"malu?"

"bukan kita dah.."

"dah apa?!" potong Inas..

"dah itu.. Kenapa Manja ingat ingat lupa yang kita pernah.... Takkan itu cuma mimpi..??? " Raif menggaru kepalanya..

"manis pergi salin baju.." Inas berlalu masuk kedalam bilik air..

"kenapa manis masuk dalam bilik air pula?" Raif yang ada di luar bilik air.. Mengetuk pintu bilik air itu dengan kuat..

"yang tu dia boleh ingat pula.. Boleh pula dia kata mimpi.. Mimpi apanya.. Kalau dalam ni ada isi.. Yang aku ni pun.. Tiba-tiba masuk bilik air.. Dah kenapa? .. Arghh.. Serba salah aku dibuatnya .." tangan Inas menekan butang flush..

'alasan pun alasan lah..!'

Inas keluar semula siap menukar bajunya.. Kini baju mereka sudah sedondon..

" manis buang air kecil tadi.." kata inas sebaik keluar dari bilik air..

" manis.. Betul ke itu bukan mimpi.. Atau itu hanya mimpi manja..?" tanya Raif.. Tangan Inas ditarik dan dibawa Inas duduk di katil.

"rasa-rasa manja.?" tanya Inas.. Raif mengangkat kedua-dua bahunya keatas..

"manis nak tidur.. Manja nak baca buku kan tadi.. Bacalah.. Manis tak ganggu.." kata Inas menepuk lembut pipi Raif.. Inas mengangkat kakinya naik keatas katil..

"kenapa.." Raif mengeluh.

"kenapa manis.. Macam menjauh dari manja..?" Inas yang hendak menarik selimut terus terkaku..

"manis tak menjauh.. Manis ada dengan manja.. Dekat dengan manja.. Manis tak pernah tinggalkan manja.." kata Inas.. Bahu Raif disentuhnya.. Raif segera berpaling dan terus memeluk Inas.

"manja tak tahu.. Tapi manja rasa macam tu.. Ianya ada sesuatu.." Raif memeluk Inas .. Menyangkut dagunya di bahu Inas..

"sesuatu.. Keluarkan diri manja dari situ.. Keluar dari semua tu.. Manja tak perlu takut.. Sebab manis ada dengan manja.. Semua tu bukan mimpi.. Itu kenangan kita bersama.." kata Inas.

"bukan mimpi?" pelukan dileraikan.. Wajah Inas dipandang tajam oleh Raif.

'aku.... Salah cakap?!!!!' terkulat - kulat Inas dibuatnya.

"betul ni?" tanya Raif.. Inas mula gelak kekok..

"cantik baju ni.. Mana manja beli.." Inas menayangkan baju yang dipakainya.. Cuba mengalih topik..

"online!" jawap Raif sepatah..

"Oh! Dah basuh belum ni..?" tanya Inas.. Menarik leher baju itu keatas dan menciumnya..

"Dah!" sepatah lagi keluar dari Raif.. Tangannya sudah mula membuka buku yang dibawanya tadi..

'alahai comel sungguh... Baby.. Papa merajuk..'

Alhamdulillah.. Selesai. (^_-) terima kasih kepada semua pembaca setia MANJA... Insya Allah kita sambung besok ya.. Sayang hampa semua.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

WaneyZack
2020-10-28 10:21:48 

Hihihi... Waney cuba.. Ni pun bab harini belum wujud.. (^_-)

K Monalissa
2020-10-28 08:06:56 

sambungan BAB53,54,55 boleh


NovelPlus Premium

The best ads free experience