Rate

BAB 61-KENAPA AKU MENJADI PILIHAN MAMA

Romance Completed 455388

Tubuh yang sedang nyenyak tidur di atas katil itu diperhatika dengan pandangan mata yang tajam.. Benda yang ada di dalam genggaman tangannya diangkat tinggi.. Bersinar mengeluarkan sinar putih sebaik bertembung dengan cahaya yang dipantulkan dari lampu yang menerangi bilik itu.. Bunyi langkah kaki menghampiri ke arah katil.. Inas yang sedang berbaring mengiring berpaling mengubah kedudukan tubuhnya.. Membulat matanya melihat ada satu bayangan hitam memegang sebilah pisau ditangannya.. Kepala bayangan hitam itu mandekat menampakkan wajahnya..

''mamaaaaa!'' jerit Inas tapi semuanya sudah terlambat bila pisau itu telah diangkat tinggi dan terus dibawa menjunam menikam dadanya.. Diangkat lagi dan ditikam lagi dan lagi.. Sehingga Inas tidak dapat lagi menggerakkan walaupun satu jarinya.. Maya terus ketawa kuat.. Sepuas hatinya.. Manakala Inas.. Semakin lama semakin tak berdaya.. Lemah.. Semuanya semakin gelap dan sunyi.. Sehingga tiada apa-apa lagi yang dapat dia rasakan..

''Allahuakbar !''

Inas tersedar.. Inas membuka matanya membulat besar.. Peluh mula menitis di dahi.. Terasa kejang seluruh tubuhnya terkaku.. Sampai Inas tak mampu menggerakkan sedikit pun tubuhnya.. Di dalam hatinya, sedang mengucap panjang dan sambung berzikir.. Untuk menenangkan dirinya.. Apa yang baru dia mimpikan tadi masih terbayang-bayang.. Bagaikan terjadi nyata kepadanya.. Matanya meliar memandang di segenap bilik tidurnya..

'mama?? Kenapa mama nak buat macam tu? Adakah sebab aku nampak mama masa sebelum tidur hari tu.. Ya allah! .. Sabar Inas.. Semua tu mainan tidur.. Ya! Mainan tidur.. Hanya mainan tidur inas..' Inas berusaha memujuk dirinya.. Mencari sedikit kekuatan.. perlahan-lahan Inas bangun duduk bersandar di kepala katil.. Meraup wajahnya yang kini basah dengan peluh yang mula menjalar di sekitar wajahnya..

'mimpi buruk serupa mimpi nampak hantu...' Inas beristifar panjang lagi kali ni.. Tangannya menyingkap selimut yang menutup separuh tubuhnya.. Tapi dia kemudiannya terkaku sekali lagi..

'bila aku pakai selimut?' air liur ditelan payah.. Terasa kerongkongnya kering dan kehausan..

'biar.. Jangan pikir.. Perasaan kau saja tu Inas... ' Inas memujuk dirinya sendiri.. Flash yang ada di atas meja di tepi katil dicapai dengan tangannya..

''allah.. Kenapa dengan aku ni.. Semua seba tak kena malam ni.. Air panas tak isi.. Arhh! Tu lah.. Nak merajuk lah sangat.. Nak turun ke tak ni.. ? Kalau tak turun.. Jawapnya nanti akan terjaga balik.. Tadi pun makan sikit je.. Kesian baby dalam ni.. '' Inas menepuk perutnya lembut dan perlahan..

''maaf sayang.. Kita turun ya.. Nak cari biskut.. Ada dalam bilik papa..'' Inas menurunkan kakinya ke bawah mencecah lantai.. Bagunlah dia berjalan ke arah pintu.. Pintu itu dibuka sedikit mengintai kearah luar.. Bila keadaan nampak selamat untuk keluar barulah Inas membuka pintu meluas dan melangkah keluar.

Inas mulanya melangkah ke pintu bilik Raif meletakkan telinganya di dada pintu itu.. Tak ada sebarang bunyi yang menerpa ke gegendang telinganya pada waktu itu.. Inas berpaling menuju ke tangga.. Melangkah dengan hati hati turun kebawah..

''mama!'' jeritan itu menghentikan langkah Inas..

'suara tu? Suara dari...' Inas mengatur langkah kakinya berjalan ke arah suara yang datang tadi.. Sehingga Inas berhenti bila ternampak hamzi dan juga maya yang ada di ruang santai keluarga.. Inas mengundurkan langkahnya ke belakang semula menyembunyikan dirinya disitu.. Memeluk erat Flash air panasnya yang kosong...

''jangan biadap hamzi..'' tegur Maya yang sedang dudu di sofa..

''hamzi bukannya biadap ma..'' keluh hamzi.. Dia yang sedang mengadap kearah Maya berpaling ke belakang meraup wajahnya dengan kasar.

''hamzi tak hormatkan mama.. Hamzi kata bukan biadap?'' tanya Maya.

''ma.. Maafkan hamzi..'' hamzi berpaling semula mengadap ke arah Maya..

''tapi mama.. Sampai bila hamzi nak teruskan semua ni.. Dari dulu mama cakap hanya untuk sementara..tapi sekarang ni hamzi rasa manja dah sedia mama..''

''tak! dia belum sedia! Sampai bila pun dia tak akan sedia!'' bantah Maya.

''ma!''

''sekali lagi hamzi.. Kamu dah tinggikan suara kamu kepada mama!'' marah Maya. Maya terus berdiri dari sofa yang dia duduki tadi.

''tapi ma...''

''tak ada tapi-tapi.. Kamu kalau melibatkan manja.. Sanggup kamu melawan mama kamu.. Hamzi ini mama kamu bukannya orang lain.. Hormat sikit hamzi..!!'' lantang suara Maya.

''Hamzi faham mama.. Tapi Hamzi nk stop semua ni.. Sudah sampai masa nya untuk manja terajui syarikat....'' kata Hamzi.

''No! No mean no! .. Hamzi.. Kenapa susah sangat kamu nak faham apa yang mama cakap ni.. Kamu bukannya manja .. Yang perlu mama terangkan secara terperinci mengenai hal ni.... '' rungut Maya bercekak pinggang melihat kearah anak lelaki tunggalnya.

''tapi ma.. Sampai bila? Dulu mama kata hamzi pegang semua ni untuk sementara waktu.. sampai manja sedia.. Sekarang manja dah sedia.. Dia dah ada keluarga mama.. Inas.. Tentu Inas nak suami dia pergi bekerja macam suami-suami yang lain... '' bersungguh Hamzi menerangkan situasi itu kepada Maya.. Malangnya Maya hanya ketawa.. Dari ketawa yang perlahan bertukar menjadi ketawa yang kuat sampai terhinjut-hinjut kedua-dua belah bahunya..

Inas yang sedang mengintai disebalik dinding itu merasa seram sejuk mendengar suara gelak tawa Maya.. Ditambah pula bila namanya disebut dalam perbincangan dua beranak itu..

''Inas..? Inas tak akan tanya apa-apa selagi duit dalam akaun dia bertambah.. Manja walaupun dia nampak macam tu.. Dia tahu macam mana nak ikat isteri dia.. Manja dah ikat Inas dengan duit.. Mama yakin Inas takkan berani tanya ataupun sangsi.. selagi manja masukkan duit di dalam akaun dia.. Dia takkan berani! Sebab keluarga dia sendiri bergantung kepada keluarga kita ni Hamzi.. Manusia mudah ditutup dengan wang.. Jadi itu bukannya alasan Hamzi..'' kata Maya dengan bongkak sekali seolah olah wang adalah segala-galanya baginya..

'aku? Aku tak pernah gunakan wang untuk terus berada di samping manja.. Kerana aku ikhlas jadi isteri dia! Aku tak pernah minta dia tolong aku.. Tolong keluarga aku selama ni! Aku tak pernah minta..! Dia.. Dia yang berikan semuanya.. ' Inas menahan sebak didadanya..

''Hamzi tak nak teruskan.. Hamzi ada urusan Hamzi sendiri mama.. Dah sampai masanya Hamzi tumpukan masa untuk Irdina.. Dah lama Hamzi mengabadikan diri dengan syarikat sampai Hamzi tak ada masa untuk kehidupan Hamzi sendiri.. Sudah sampai masanya Hamzi bina keluarga dengan Irdina ma.. '' jelas Hamzi dengan nada yang lemah. Mengharap sangat Maya bersetuju dengannya.

''semua tu boleh tunggu Hamzi..'' Maya berjalan mendekati anaknya.. Lengan Hamzi ditepuk tepuk oleh Maya.

''satu hari nanti ma.. Manja akan ada keluarga sendiri.. Cukup lah.. Mama.. '' Hamzi memegang kedua pipi milik Maya masih berusaha memujuk Maya.

Tangan Hamzi yang menyentuh pipinya ditepis dengan kasar oleh Maya.. Ketawa yang berbunyi seperti sindiran kederangan jelas di telinga Hamzi..

''kenapa mama ketawa.. Semua tu tak mustahil mama..'' Hamzi melihat Maya sedang menggelengkan kepalanya.. Berpaling berjalan duduk di sofa semula.. Kakinya di silang dan duduk dengan anggun di sofa tunggal yang ada di ruangan itu.

''itu tak mungkin sayang..'' Bibir Maya tersuing naik keatas.. Yakin sekali dengan tutur katanya kali ini.

''mama.. Mama...'' kali ini Hamzi pula yang menggelengkan kepalanya..

''mama ni terlalu yakin.. Semua tu kerja tuhan ma.. Tak baik tau mama.. Kalau mama terus cakap macam tu..'' Hamzi menasihati Maya secara lembut.

''mama awal-awal dah pastikan semua tu takkan berlaku..'' kata yang keluar dari bibir Maya itu menghentikan Hamzi yang sedang bercakap tadi.

''ma..''

''sebab apa.. Hamzi nak tahu?'' tanya Maya dengan wajah yang berseri- seri dengan senyuman yang melebar di wajahnya.

''sebab? Sebab apa pula mama?'' tanya Hamzi.

''dengar dengan jelas Hamzi...'' tutur Maya.

''Inas tu seorang janda..'' Maya mencantumkan kedua-dua jarinya bersama-sama.. Memandang tepat kearah Hamzi yang sedang berdiri di hadapannya.

''ya itu Hamzi dah tahu mama.. Tapi dia bukannya orang tak baik...'' Maya mengangguk setuju.

''betul! .. Inas seorang perempuan yang baik.. Tapi bukan itu yang mama nak sampaikan..'' kata Maya..

''Inas kunci utama mama.. Manja tertarik dengan Inas merupakan satu keajaiban, buat mama... Kerana ada sesuatu tentang Inas yang mama juga tertarik dengannya.. Bukan kerana dia baik sahaja.. Tetapi..''

''kerana dia adalah seorang wanita yang tak boleh melahirkan .. Seorang wanita yang mandul.. Sebab itu lah dia diceraikan .. ''

''itu.. Akan menyebabkan manja takkan ada pewaris dan... Hamzi faham kan apa yang mama katakan ni'' senyuman Maya tambah melebar sampai ketelinga.. Manakala hamzi terus terduduk lemah di sofa.. Terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh Maya..

'sampai hati mama.. Adakah mama lupa.. Mama juga seorang janda beranak dua semasa masuk ke keluarga ni.. Kenapa mama aniaya manja sampai begini.. Rezeki anak itu adalah rahsia tuhan mama.. Bukannya mama yang penentu nya sama ada keturunan manja akan berakhir disini.. Apa yang mama pikir kan sebenarnya.. Kenapa mama perlu lakukan semua ni? Untuk apa semua ni mama? Tak cukup kah selama ni ayahanda berikan kita kehidupan yang mewah dan selesa begini.. Tak boleh kah kita hidup seperti keluarga lain aman dan damai...' tersandar Hamzi memandang kepada mamanya yang sedang ketawa.. Di hadapannya.

Assalamualaikum hai.. Jumpa lagi kita (^_-) Bab ni harap terjawap.. Kenapa inas menjadi pilihan Maya untuk disatukan dengan manja.. Jom kita sambung lagi bab seterusnya.. - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience