Lokasi: Cheras, Kuala Lumpur
Tahun: 2004 – Dua Bulan Selepas Operasi Bangkok
Rayyan duduk seorang di sebuah kedai kopi kecil, menyamar sebagai pelanggan biasa. Dari cermin tingkap, dia memerhati pergerakan di seberang jalan – sebuah pejabat pengangkutan awam yang digunakan sebagai "cover" untuk sindiket penghantaran manusia.
> "Target utama: Arman Deris. Bekas pegawai imigresen, kini broker utama dalam rangkaian pemerdagangan orang ke Timur Tengah."
Maklumat dari Ravi ringkas tapi padat. Rayyan dihantar untuk "meneutralkan" Arman – bukan sekadar bunuh, tapi musnahkan seluruh rangkaiannya.
Dalam diam, Rayyan menilai: setiap langkah Arman, siapa datang, siapa keluar, siapa pengiringnya. Tapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya – seorang wanita bertudung merah hati, sering keluar masuk pejabat itu. Bukan ejen. Bukan pelacur. Bukan pengiring biasa.
Rayyan curiga.
Beberapa hari kemudian, dia ikuti wanita itu — sampai ke pintu flat murah di Pandan Indah. Dari jauh, wajah itu seakan-akan...
> “Aira…?”
Hati Rayyan berdegup laju. Ingatan lama kembali. Aira, cinta remajanya. Gadis yang dulu buat dia percaya hidup ada warna.
---
Lokasi: Flat Pandan Indah
Aira baru sampai rumah. Afiq sedang bermain dengan lori kecilnya. Wajah Aira letih, tapi lebih tenang dari dulu. Zul sudah hilang dari hidupnya sejak dua bulan lepas – dilarikan polis kerana kes rompakan bersenjata. Aira bebas… untuk sementara.
Tapi dia tak tahu, seseorang sedang memerhati. Seseorang yang dulu pernah cinta… dan kini, sedang berdiri antara dendam dan rindu.
Share this novel