Dia dibesarkan dalam dunia gelap. Dikhianati oleh darah sendiri. Dibunuh tanpa nisan. Tapi bangkit sebagai bayang—dan bayang tak pernah mati. Rayyan Hakim, ketua kongsi gelap paling berkuasa di Kuala Lumpur, disangka telah mati selepas ditembak dan dibuang ke gaung oleh orang kepercayaannya sendiri. Dalam dunia yang penuh dengan pelacuran, rasuah, politik kotor dan pengedaran dadah antarabangsa, Gerbang 7 — geng yang dibinanya sejak remaja — dirampas dalam sekelip mata. Namun ajal bukan miliknya. Diselamatkan oleh seorang ketua kampung orang asli, Rayyan pulih dalam senyap. Saat dunia menganggap dia sudah tiada, dia menyusun semula langkah—bukan sebagai manusia… tetapi sebagai Bayang Taiko. Kini dia kembali, bukan untuk menagih simpati, tetapi untuk memusnahkan mereka yang pernah menggenggam tangannya sebelum menikam dari belakang.
Update 13 August 2025
2025-08-11 4 Replies
baru perasaan bab 1 dan 3 kosong..xde apa2
2025-08-08
marathon baca..
2025-08-08
wowww...menarikkkk,,