Get the app for full experience
HARI kedua di pulau persendirian milik Ian Khalif, Sara menghabiskan masa terluang menemani si suami melakukan aktiviti di pantai. Dia sekadar duduk di kerusi rehat berbumbungkan payung besar sambil melihat Ian sedang bermain luncur air. Sukan itu memang digemari Ian sejak dulu. Sambil memerhati gelagat Ian yang ligat beraksi bersama surfing boardnya dalam gulungan ombak, Sara mengambil peluang menghabiskan bacaan beberapa bab dalam novel yang dibawa bersama. Dapat bercuti secara eksklusif di sini tanpa gangguan sesiapa begitu mendamaikan. Rasa macam tak nak balik. Nak tinggal di sini sampai bila-bila. Puas bermain dengan ombak, Ian kembali semula ke pantai. Dia menghampiri ...