BAB 17

Romance Completed 344019

DATUK Ismail menyelongkar ke laci di kabinet lama yang terletak di bilik bacaan, mencari-cari sesuatu. Terbongkok-bongkok tubuhnya mengeluarkan satu-persatu dokumen serta fail usang yang tersimpan di situ.

Sekeping sampul berwarna coklat yang kelihatan sudah dimamah usia diambil dari timbunan dokumen yang lain. Lantas dibuka dan dikeluarkan isinya.

Ya, benar seperti telahannya. Barang yang dicari memang berada di situ. Beberapa kepingan foto lama yang dikeluarkan dari sampul tadi direnung bersama satu rasa yang sukar diungkapkan.

“Karmila…”

Spontan nama itu terluah dari bibir. Menggigil tangannya saat melihat wajah seorang gadis genit yang rupawan terpapar di dalam foto-foto berkenaan.

Sungguh serupa! Desis hati Datuk Ismail. Hanya itu yang mampu dia lafazkan saat mengingatkan semula pertemuan bersama seorang gadis muda di syarikatnya pagi tadi. Raut wajah yang hampir sama dengan gadis di dalam foto yang sedang dipegang.

Siapakah sebenarnya gadis itu? Kenapa dia mempunyai paras dan rupa yang amat mirip dengan seseorang yang pernah dikenalinya suatu ketika dahulu? Adakah mereka berdua saling mempunyai kaitan?

Hembusan keluhan terbit dari bibir. Datuk Ismail meraup jemari ke celahan rambutnya yang sudah dipenuhi uban. Beberapa bayangan masa silam bertandang di ruang mata.

Dia benar-benar ingin tahu adakah gadis yang ditemui di bilik mesyuarat pagi tadi mempunyai pertalian dengan wanita di dalam foto yang berada di tangan.

Bagaimana pun, bunyi ketukan yang tiba-tiba muncul di pintu bilik serta-merta membuatkan Datuk Ismail tersentak. Lamunannya berterbangan pergi. Terpacul di muka pintu adalah kelibat tubuh isterinya.

“Abang buat apa tu?”

Dengan pantas kepingan foto di tangan disisip masuk semula ke dalam sampul tadi sebelum dicampak ke dasar laci. Kemudian, dokumen-dokumen yang lain diletak melapisi bahagian atasnya agar tidak terlihat dari luar.

“Erm abang cari dokumen lama yang berkaitan tender-tender syarikat zaman dulu.” Datuk Ismail menutur alasan.

“Lah, abang kan tak pernah simpan dokumen-dokumen syarikat di rumah. Semua abang simpan di pejabat.” Datin Nurain mengingatkan suaminya.

“Hah, itulah. Abang terlupa pulak. Esoklah abang minta si Ian carikan dokumen tu di pejabat.”

“Hurm dah, jom turun makan. Saya dah siapkan minum petang. Ada cucur bilis kegemaran abang. Kang sejuk nanti dah tak sedap.”

“Ha iyalah.” Datuk Ismail akur membuntuti langkah isterinya turun ke bawah. Persoalan yang bermain di benaknya seketika tadi dibiarkan berlalu pergi seketika.

******

SENYUMAN lebar meniti di bibir Ian saat melihat gadis manis yang baru muncul dari pintu lif VIP itu. Lif ini mempunyai akses ke aras ‘rooftop’ bangunan berkenaan di mana hanya orang tertentu sahaja dibenarkan masuk ke sini. Dan Ian dengan senang hati memberikan kebenaran kepada satu-satu gadis yang teristimewa di hatinya untuk datang ke ruang ini.
 
“Hi. Thanks for coming,” ucap Ian sambil mencapai jemari Alyka lalu dibawa ke bibirnya sebelum dikucup lembut.
 
Mereka berjanji untuk bertemu di sini selepas habis waktu bekerja. Ketika masa rehat tadi, Ian tidak dapat menemani Alyka kerana dia mempunyai temujanji bersama seorang klien penting bersama papanya. Puas dia memberi berbagai alasan, tetapi semuanya ditolak. Sudahnya terpaksalah dia turutkan juga permintaan papa.
 
“Hai. Saya ingatkan awak dah balik,” ujar Alyka membalas senyuman Ian.
 
“Belum. I tunggu nak jumpa you. Sorry sebab lunch tadi I tak dapat temankan you,” ujar Ian dalam perasaan bersalah.
 
“Oh, it’s okay. Saya faham awak sibuk.”
 
Alyka kemudian memerhati ke sekitar ruang ‘rooftop’ berkenaan. Terselit perasaan kagum di benaknya apabila melihat aras berkenaan dihiasi landskap pohon-pohon hijau serta taman yang mempunyai bangku kayu serta pancuran air di kolam mini. Di dalam kolam itu pula terdapat beberapa ekor ikan Koi yang sedang berenang. Memberikan suasana tenang dan damai di tengah kota metropolitan seperti ini.
 
“Cantiknya tempat ni. Saya tak pernah tahu ada taman secantik ini di puncak bangunan tinggi macam ni.”
 
Ian ikut sama memerhati ke sekitar ruangan ‘rooftop’ berkenaan. Mengakui pendapat Alyka. Pohon-pohon hijau di aras tersebut sentiasa dijaga dengan baik oleh pekerja yang diupah oleh pihak syarikat.
 
“Taman ni diilhamkan oleh my late grandfather. Dulu semasa masih hidup dia suka sangat dengan pokok. So, dia cadangkan untuk buat mini garden di sini.”
 
“Oh, menarik. Jadi, awak sukakan pokok macam arwah datuk awak juga?”

Ian menggeleng. “Nope. I tak suka berkebun macam arwah atuk. Walaupun waktu kecil I selalu juga ikut dia melawat kebun. Macam-macam pokok dia tanam. Durian, rambutan, manggis, mangga. Kat halaman rumah pulak dia tanam pokok sayur. Ada sawi, tomato, cili. Kiranya dulu arwah my granny tak yah pergi pasar. Ambik je sayur keliling rumah tu. Haha.” Ian bercerita sambil tertawa.

Alyka tersenyum. Seronok sesekali mendengar kisah yang diceritakan Ian.

“Al-Fatihah buat arwah datuk dan nenek awak yang dah tiada. Semoga mereka berdua ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.” Tutur Alyka sambil menadah tangan dan mengambil masa satu minit untuk menyedekahkan ayat suci itu kepada insan yang telah tiada.

“Thanks, Aly. Arwah atuk dan nenek I dah lama tiada. Sejak I kecil. My parents pula bercerai masa I masih di sekolah rendah. Mereka hanya sibuk dengan urusan dunia. I tak ada adik-beradik lain. Hidup I dari kecil memang sunyi.”

Alyka memerhati ke wajah Ian. Ada raut duka dan suram terlukis di situ. Dia tidak pasti kenapa Ian meluahkan semua itu terhadapnya. Namun, ternyata dia bersimpati dengan apa yang dilalui Ian.

Realitinya kehidupan mereka berdua tidak jauh berbeza. Biar pun Ian dibesarkan dalam sangkar emas dan dia pula membesar sendirian di dunia ini tanpa mengetahui asal-usul sebenar dirinya.

“Saya suka sunyi. Sunyi itu menenangkan. Membuatkan jiwa tenteram. Kadangkala kita memerlukan waktu-waktu yang sunyi untuk memberi rasa damai dalam diri kita.”

Ian menatap ke wajah Alyka. Kagum dengan kata-kata dan pemikiran gadis ini yang berbeza berbanding insan lain yang pernah dikenali. Dia seakan dibawa ke dimensi lain setiap kali bersama Alyka.

“You’re different, Aly. You suka hujan. You suka sunyi. Sesuatu yang tak semua orang suka.”

“Tak salah saya menjadi berbeza dari orang lain kan?” Alyka bertanya.

“Yes, memang tak salah. Sebab yang berbeza itu buatkan you unik, special dan menarik pada pandangan I. What makes you different makes you beautiful.”

Alyka terkedu seketika dengan bicara Ian. Setiap bait ayatnya seringkali terdengar manis dan enak di pendengaran. Mungkin benar beginilah gayanya seorang kasanova berkata-kata.

“What if one day awak tahu yang saya berbeza dari anggapan sebenar awak. Saya tak sama seperti yang ada di depan awak hari ni?” Alyka sengaja menguji jawapan Ian.

“Hurm. I don’t mind. I tak kisah siapa pun you yang sebenar. I tetap sukakan you, Aly. For the rest of my life.” Dengan jujur Ian mengakui perasaannya.

Fuh! Memang benarlah lelaki ini sudah angau terhadapnya. Tapi, benarkah Ian tidak kisah andai mengetahui siapakah dirinya yang sebenar suatu hari nanti?

Ah, Alyka takut untuk membayangkan andai itu terjadi. Lebih baik identiti dirinya yang sebenar kekal rahsia daripada pengetahuan lelaki ini sampai bila-bila.

LALU Alyka berjalan ke tepi tembok di aras ‘rooftop’ berkenaan. Dari puncak tempatnya berdiri, dapat dilihat seluruh pemandangan mempesona waktu petang Bandaraya Kuala Lumpur. Juga manusia serta kenderaan yang bertali arus di bawah sana kelihatan amat kecil seperti semut.
 
“Nice view. Boleh nampak puncak Genting Highlands juga dari sini. Oh, itu Bulatan Loke Yew yang selalu jam tu kan. Haha. Semuanya nampak kecil sangat dari sini.”

Alyka mempamerkan perasaan teruja. Sebenarnya mahu melarikan topik perbualan yang dibicarakan bersama Ian sebentar tadi.
 
Ian ikut berdiri berhampiran tembok sambil membuang pandangan ke arah yang ditunjukkan Alyka. Namun, dia sebenarnya lebih tertarik melihat senyuman indah yang terlakar di wajah gadis itu. Selalu menjadi pengubat jiwa galaunya.
 
“Kalau cuaca baik memang dapat tengok pemandangan cantik dari sini. Tapi, kalau jerebu nampak asap je lah. Haha.” Ian tertawa.
 
“Seronok kan sesekali dapat duduk di sini. Tenang.”

“Yup. Kalau tengah stres dengan kerja selalunya I akan naik sekejap di sini. Duduk ambil angin. Jauh dari orang ramai. Kalau nanti you perlukan some space or air, you boleh naik ke sini juga. I akan inform Security Department untuk berikan akses kepada you.”

“Erm tapi aras ini khas untuk VIP dan Top Management saja kan? Tak sesuailah saya naik ke sini.”

“Well, you pun VIP juga. VIP di hati I,” ucap Ian dalam senyuman yang bersahaja.

Haish, ada sahaja ayat manis dalam ucapan lelaki ini. Kalau bukan kerana tugasan Alyka tak yakin dia mampu bertahan daripada terlentok dalam setiap baris kata yang Ian ucapkan.
 
Alyka kemudian tanpa sengaja terlihat sesuatu yang berada di satu bahagian puncak bangunan tinggi itu.
 
Sebuah helikopter terparkir di ruang lapang ‘helipad’ tidak jauh dari lokasi mereka berdiri. Cuma kedudukannya berada di tempat yang lebih tinggi.

Tadi dia tak nampak helikopter berkenaan kerana terlindung pandangan di sebalik dinding. Tertanya-tanya juga siapakah pemilik helikopter berkenaan.
 
“Itu helikopter milik syarikat awak ke?” Alyka bertanya sekadar ingin tahu.
 
Ian lantas menoleh ke arah yang dimaksudkan Alyka. Lalu mengangguk.
 
“Heli tu untuk kegunaan bila I atau papa ada meeting di luar kawasan. Ke Langkawi, Pantai Timur or Sabah dan Sarawak. Kami guna helikopter tu untuk jimatkan masa dan elakkan traffic jam.”
 
Wow. Sedikit kagum Alyka mendengar penerangan Ian. Hebat. Hadir ke mesyuarat menggunakan helikopter. Tapi, tak dinafikan ia salah satu cara pengangkutan yang amat memudahkan urusan apatah lagi untuk seorang ahli korporat seperti Ian.
 
“I see. Seorang bos yang sentiasa sibuk macam awak memang perlu bergerak menggunakan kenderaan seperti itu kan.”
 
“Nak naik?” Ian tiba-tiba bertanya.
 
Alyka pantas mengerutkan dahi. “Maksud awak?”
 
“Naik helikopter tu. Jom, I bawa you jalan-jalan. Terbang tengok pemandangan KL yang ‘super-crowd’ ni.” Ian mempelawa dengan senang hati.
 
“Eh, takpe. Lagipun, itu kan helikopter milik syarikat awak.” Alyka pantas menolak.
 
“Don’t worry. Heli tu milik I juga. And I invite you to be my special guest today. Jom.” Ian menghulurkan tangan ke arah Alyka.
 
Mimik muka Alyka terus berubah. Sedikit cuak. Aduh, biar betul. Ian nak bawa dia naik helikopter tu?
 
“Awak pandai pandu helikopter tu ke? Atau ada pemandu lain akan bawa kita?”
 
“I yang akan pandu heli tu. Jangan risau, I pernah belajar guna ‘simulator’ kat rumah.” Selamba Ian menjawab dalam niat ingin bergurau.
 
“Hah? Tak naklah!” Laju Alyka menggeleng.

Risau dan takut. Kang tak pasal-pasal helikopter tu terhempas terus jadi arwah. Aduh, ngeri.
 
Ian tertawa nakal melihat reaksi wajah Alyka yang sudah memucat. Dengan nada lembut dia memujuk gadis kesayangannya.
 
“Hey, don’t worry. I ada lesen penerbanganlah. I dah banyak kali terbangkan helikopter tu.”
 
“Seriously?” Alyka menyoal masih tidak percaya.
 
“Yup. Kalau you tak percaya jom I tunjukkan skill I pada you. I tak pernah ajak orang lain tau. Only you,” ujar Ian bersungguh-sungguh.
 
Dalam hati yang berbelah bahagi, Alyka akhirnya terpaksa menyetujui apabila tangan kanannya sudah pun ditarik oleh Ian untuk naik ke dek di mana terletaknya ‘helipad’.
 
Dalam waktu yang sama Ian mengeluarkan telefon pintar untuk menghubungi pembantunya. Alyka hanya memasang telinga mendengar butir bicara Ian yang sedang berkomunikasi bersama seseorang.
 
“My assistant tengah contact ‘Air Traffic Control’. Kejap lagi kita boleh terbang.”
 
Hah! Bertambah gementar perasaan Alyka saat ini. Rasa macam nak berlari pergi dari situ. Tapi, nanti dia akan dilihat sebagai seorang wanita yang pengecut pula.

Takpe-takpe. Think positive. Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Alyka cuba menyedapkan perasaan sendiri.

BEBERAPA minit kemudian muncul seorang lelaki bersut hitam di aras ‘rooftop’ berkenaan. Gayanya tak ubah seperti penyiasat persendirian ala James Bond. Dan Alyka dapat meneka bahawa lelaki itu adalah pembantu peribadi Ian.

Mereka berbicara seketika sebelum lelaki itu menyiapkan ruang helikopter yang berada di ‘helipad’ untuk dinaiki Ian dan Alyka sebentar lagi. Kipas helikopter mula berpusing perlahan-lahan membuatkan angin kuat menyapa ke wajah mereka.

“Come, my dear.”

Ian mempersilakan Alyka masuk ke sebelah kanan helikopter. Sementara dia menuju ke tempat duduk di sebelah kiri. Setelah itu, Ian membantu memakaikan tali pinggang keledar ke tubuh Alyka sebelum dipakaikan tali pinggang keledar ke tubuhnya sendiri.

‘Headset’ pula dipakaikan di kepala mereka untuk melindungi telinga dari bunyi bising bilah kipas helikopter yang berpusing. Juga sebagai alat komunikasi di sepanjang penerbangan nanti.

Seterusnya, Ian menekan salah satu butang untuk menghubungi menara kawalan. Dan memaklumkan bahawa helikopter berkenaan sudah bersedia untuk memulakan penerbangan.

“Ready?” Ian menyoal sambil menoleh ke arah Alyka.

Dalam gugup bercampur gementar Alyka memaksa untuk mengangguk. Walaupun hakikatnya dia rasa jantungnya sedang dipam laju waktu ini. Siapa yang tak takut!

“Jangan risau okey. I ada bersama you.”

Ian menggenggam jemari Alyka untuk menenangkan gadis itu sambil mempamerkan sebuah senyuman.

Perlahan-lahan helikopter berkenaan bergerak ke udara meninggalkan ruang pendaratan yang terletak di puncak bangunan tinggi itu. Semakin jauh dan juga semakin tinggi.

“See. You boleh tengok jalanraya di KL semuanya tengah sesak dengan traffic jam sekarang. Itu Federal Highway. Itu pula Masjid Negara. Yang itu Bangunan KL Sentral.” Ian menunjukkan dari udara di mana mereka sedang berada.

Dan Alyka mula berasa teruja menyaksikan pemandangan beberapa ‘landmark’ utama Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang ditunjukkan oleh Ian. Semuanya tampak begitu kerdil apabila dilihat dari udara. Perasaan takut dan gementar yang menyelubungi dirinya seketika tadi terus menghilang.

“Wow. Semuanya nampak kecil sangat. And beautiful.” Hanya itu yang dapat Alyka gambarkan waktu ini.

Pertama kali dia merasai pengalaman dibawa ‘bersiar-siar’ oleh seorang lelaki dengan menaiki helikopter. Terasa seperti berada di dalam babak cerita filem pula.

“You nak tengok tempat apa? I boleh bawakan.” ujar Ian setelah mereka puas berlegar-legar melihat suasana kota metropolitan Kuala Lumpur dari udara.

“Erm mungkin awak boleh bawa saya tengok laut pula. Saya nak tengok pemandangan yang jauh dari bandaraya sesak ni.” Alyka memberikan cadangan.

“Okay, sure my dear.”

Ian kemudian menerbangkan helikopter itu menuju ke arah Barat. Lautan di persisiran Pantai Barat Semenanjung Malaysia kelihatan tidak lama kemudian.

Dan dari jauh mereka dapat menyaksikan suasana langit berwarna oren yang menandakan waktu senja telah muncul dan cahaya mentari kian berlabuh. Pemandangan waktu ini begitu menakjubkan dan memukau pandangan.

“Cantiknya!” ucap Alyka penuh teruja bercampur gembira.

Ian mengangguk menyetujui kata-kata Alyka.

“Cantik kan view waktu senja macam ni. Kalau you suka tengok hujan, I pula suka tengok sunset.”

“Really? Kenapa?”
 
“There’s one quote by Kristen Butler said ‘Sunsets are proof that no matter what happens, even the day can end beautifully’. Dalam erti kata lain, walau macam mana sukar pun hari yang dilalui, ia tetap akan berakhir dengan indah sama seperti sunset.”
 
Wow. Buat seketika Alyka merasakan bahawa lelaki yang berada di sisinya saat ini adalah individu yang berbeza. Kata-kata Ian cukup membuatkan Alyka tersenyum kagum. Tak sangka lelaki ini pandai juga bermadah pujangga.

“Dan you… cantik serta indah bagaikan sunset,” ujar Ian sambil menatap bersama senyuman ke arah Alyka.
 
Entah mengapa panahan mata Ian waktu itu membuatkan Alyka terkesima. Momen ini dirasakan sungguh istimewa.

Mampukah Alyka mengelak dirinya daripada terjatuh cinta kepada Ian?

Share this novel

Hawani Hashim
2023-08-10 17:14:02 

Next chapter please tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience