Rate

BAB 44 - MIMPI BURUK

Romance Completed 454604

Penghuni utama rumah besar itu akhirnya kembali.. Setelah beberapa hari di tinggalkan kepada pembantu rumah untuk menguruskan hal berkaitan dengan rumah itu..

''manja naik lah keatas dulu ya.. rehat.. mama pun nak naik rehat lepas ni ... '' Kata Maya .. Raif menganggukkan kepalanya dan berjalan naik keatas..

Mata Maya melihat belakang tubuh Raif yang sedang mendaki anak tangga naik keatas.. Sebaik Raif hilang, matanya meliar melihat ruangan rumah yang tersusun kemas dan teratur itu.. Langkah kakinya dihayun kasar menuju ke dapur..

''Rohana!'' panggil Maya lantang...

Rohana yang sedang mengelap pinggan, tersentak bila mendengar namanya dilaung kuat.. Dia sudah dapat meneka siapa gerangan si pemilik suara itu.

'TUN!! Ya Allah.. dah balik dah? Kenapa dia menjerit-jerit pulak ni? Aku pun satu! leka sangat buat kerja.. Tak sedar yang dia dah balik.. Matilah aku, kalau macam ni!' tangannya meletakan perlahan-lahan pinggan yang sedang dipegangnya.. Takut pula pecah pinggan itu lain pula masalah yang timbul nanti.

''ya, Tun..'' sahut Rohana.. Berjalan keluar dari ruang dapur basah menuju ke ruang dapur kering..

Tercegat Maya di hadapan ruang dapur kering rumah itu sambil bercekak pinggang.

''kamu buat apa didalam tu.. Tak dengar saya panggil..?'' tanya Maya..

'' dengar Tun.. Maaf saya buat kerja di belakang tadi.. '' kata Rohana sopan.. Menunduk saja kepalanya dari tadi..

''ada apa-apa yang jadi di dalam rumah ni? Masa saya tak ada.. '' tanya Maya kepada Rohana yang sedang berdiri tak jauh darinya.. Menunduk memandang ke lantai yang memantulkan kembali bayang tubuhnya disana.

''tak ada apa-apa pun, yang terjadi Tun.. Semuanya biasa-biasa saja..'' Jawap Rohana.. Kerana dia sendiri tidak tahu jawapan apa yang sedang Maya mahukan darinya.. Kalau diikutkan darinya.. Semuanya berada dalam keadaan baik saja sejak Maya pergi..

'' betul ni?'' ulang Maya sekali lagi...

''betul Tun.. Rumah semuanya baik-baik..'' jawab Rohana..

'semuanya baik - baik kan.. Tak ada orang pecah rumah ke apa.. Barang semua elok kan....'

''bukan rumah yang saya tanya..'' potong Maya.

'lah! Tadi dia tanya rumah.. Ni dia kata bukan rumah pula.. Kenapa lah aku ni susah sangat nak faham bahasa Tun ni.. Telinga aku ni dengar betul tadi dia kata rumah..' Rohana mengaru kepalanya yang sedang menunduk.

''orang dalam rumah ni..'' sambung Maya.

''oh.. Okay Tun, semuanya baik - baik saja orang yang ada dalam rumah ni..'' jawap Rohana.

'cakap lah orang dalam rumah.. Kenapa lah bagi aku keliru..'

''manja ada makan ubat dia tak?'' Maya yang sedang bercekak pingang kini menukar posisinya memeluk tubuhnya pula.

''itu kan.. Inas yang berikan ubat untuk manja.. Tun sendiri yang minta tugas tu diberikan kepada Inas..'' jawab Rohana dengan hati-hati. Tangan rohana perlahan-lahan menunjuk sedikit ke arah Maya.

'nyanyuk ke orang tua ni! Ari tu ya - ya minta aku bagi ubat tu dekat Inas.. Ni tiba - tiba balik tanya pasal ubat tu pula.'

Maya menarik nafasnya dalam-dalam. Dia baru teringat akan hal itu..

''maksud saya.. Rohana pernah tengok Inas berikan ubat tu dekat manja tak? '' tanya Maya.. Sambil menutup matanya rapat.. Tangannya mula memegang dahinya. Terasa berdengut- denyut disekitar dahinya kini.. Dia yang belum berehat itu mula merasa letih keseluruhan tubuhnya..

'' ada, saya ada nampak Inas berikan ubat untuk manja makan... Setiap kali lepas makan malam.. Terus manja akan makan ubat dia..'' jawap Rohana dengan yakinnya..

Mendengar jawapan yang keluar dari rohana.. Terus mata Maya dibuka membesar.

''pasti ni! Kamu tak menipu ni rohana..!'' tanya Maya .

''betul Tun.. Saya jamin.. Manja ada makan ubat dia.. Saya sendiri tengok dengan mata kepala sendiri Tun , kalau Tun tak percaya Tun boleh tanya dengan Melati...'' Balas Rohana.. Kali ini, dia memetik nama pembantu muda yang berkerja bersama dengannya.

''hah! Melati mana? Panggil dia kesini..'' arah Maya..

''melati tak datang kerja harini.. Dia tak sihat Tun.. Insya Allah, esok dia datang..'' kata rohana menjelaskan kepada Maya kenapa Melati tak ada pada hari itu..

'hairah betul! Kalau dia makan ubat tu macam mana dia boleh nampak macam tu.. Dah tak macam manja yang sebelum ni? Kenapa!'

''dah la- dah la.. Pergi sambung buat kerja..'' Maya melayangkan tangannya beberapa kali.. Menyuruh Rohana segera pergi dari hadapannya..

''tak apa lah .. Ini hanya perkara kecil je.. '' kata Maya sebaik Rohana menghilang dari hadapannya.

Malam itu sebelum tidur .. Maya singgah ke bilik tidur Raif..

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik itu diketuknya..

Raif yang berada di dalam bilik.. Sedang meneliti dokumen yang diberikan oleh Widad secara sembunyi-sembunyi semasa mereka berpelukkan untuk berpisah di pejabat siang tadi, segera menyembunyikan dokumen itu.

''manja.. Mama ni!'' kata Maya dari luar pintu..

''mama! Ya masuklah.. '' sahut Raif.. Sebaik dokumen itu selamat disimpan didalam laci.

Pintu bilik itu di buka oleh Maya dari luar.. Masuk lah Maya melangkah masuk kedalam bilik itu..

''manja dah nak tidur ke?'' tanya Maya.. Sebaik dia berdiri di sebelah Raif.. Kepala Raif dielus lembut.. Raif membiarkan saja kepalanya di elus oleh Maya..

''kejap lagi manja dah nak tidur.. Esok manja nak jalan jauh nak ambil Inas..'' kata Raif dengan wajah yang manis terhias sebuah senyuman di wajahnya..

'' baguslah kalau macam tu..''

''ini.. Mama bawakan ubat untuk manja.. '' kata Maya sambil mengoncangkan botol ubat ditangannya..

Botol ubat yang masih baru itu dibuka penutupnya.. Di keluarkan sebiji ubat dari botol itu diletakkan ke penutup botol.. Penutup botol yang terisi sebiji ubat itu di serahkan kepada Raif.

Tangan Raif menyambut penutup yang mengandungi ubat untuknya.. Terus saja dibawa ke bibirnya..

''tunggu! .. Mama ambilkan air..'' kata Maya menahan agar Raif tak terus menelan ubat tersebut. Kakinya melangkah ke meja sisi katil dimana terdapatnya botol yang terisi air putih didalamnya..

Maya menuangkan air kedalam gelas kaca yang sudah sedia di sebelah botol itu.. Tubuhnya berpaling berjalan kearah Raif yang sedang menanti air yang ada di tangannya..

''okay.. sekarang dah boleh makan ubat tu..'' kata Maya. Raif menarik bibirnya tersenyum dan mengangguk kecil.. Bibirnya membaca bismilah .. Terus tangan itu dibawa naik ke bibirnya..

Kini ubat itu telah masuk kedalam kerongkongnya.. Maya menyuakan yang gelas yang terisi air yang ada ditangannya.. Bibirnya tersenyum melebar melihat Raif menelan air putih itu sehingga habis segelas.. Gelas yang sudah kosong itu di kembalikan semula ke tangannya..

''sekarang manja tidur ya.. Esok nak jalan jauh kan.. Jangan berjaga lagi okay.. Tentu Inas seronok jumpa manja esok..'' kata Maya perlahan..

'kita tengok esok apa yang akan jadi..'

''mama keluar dulu yea..'' kata Maya dia kemudiannya berjalan keluar dari bilik Raif.. Pintu bilik itu ditariknya dan ditutup sehingga rapat. Tangannya menyentuh permukaan pintu itu.. Meletakkan tapak tangannya rapat dengan pintu kayu tersebut.

'tengok lah esok macam mana.. Kalau lah kau mampu sedar seperti hari ini..! Kenapa kau nak susah kan diri.. Duduk saja dalam dunia yang aku dah cipta untuk kau manja! .. Biar kau terus hidup dalam halusinasi kau!' Maya menarik semula tangannya.. Tersuing satu senyuman senget diwajahnya.

''inas ya! Mustahil dia boleh sembuhkan manja...'' Maya mengelengkan kepalanya.. Sambil kakinya menghayun langkah pergi dari situ.

Sementara didalam bilik.. Raif mengeluarkan semula dokumen yang disembunyikannya tadi.. Dia meneliti dalam-dalam gambar kemalangan yang ada di hadapannya. Semakim dia meneliti gambar itu.. Semakin sakit kepalanya.. Dia cuba untuk mengingati biar pun sedikit dari kisah yang ditunjukkan oleh gambar itu..

Kepalanya terasa memberat dan terasa sakit yang teramat sangat.. Raif membuka matanya.. Tergejut dia melihat kini dia berada di tempat yang sama seperti sebelum ni di sebuah landasan luas.. Dia berada didalam kereta bahagian tempat duduk belakang .. Yang dipandu oleh ayahanda sendiri...

''ayahanda kita nak kemana..?? '' suara itu bergema didalam pikirannya.. Membuatkan denyutan itu bertambah kuat.. Raif mencekam kepalanya..

''DIAM!!!!!'' jeritnya kuat.. Matanya di tutup seerat-eratnya.. Sakit yang terasa bagai hendak pecah kepalanya..

Kelopak matanya dibuka lagi jelas merah menyala mata putihnya kini.. Bayangan ayahanda yang berada di kerusi hadapan menjelma..

''ayahanda ..'' bibirnya memanggil.. Tangannya meraba ingin memeluk bayangan itu...

Rafiqul berpaling.. Wajah itu melemparkan sebuah senyuman kepadanya...

''ayahanda !!!!''

''tunggu didalam sini.. '' kata Rafiqul..

''kenapa! Kenapa Raif kena tunggu!!!!'' jerit Raif.. Memegang kepalanya .. Tak tertahan rasanya menanggung rasa sakit itu.. Sehingga dia jatuh rebah ke lantai..

''MANJA!!!!!'' Jerit Inas... Dia yang sedang tidur terjaga.. Duduk diatas katil.. Mimpi yang baru tadi mula terlayar semula di dalam kepalanya..

''Ya Allah.. Selamatkanlah suami aku..'' kata Inas dengan nafas yang tak teratur.. Tangannya memegang dadanya yang sedang berdegup kencang..

''Inas!'' panggil Amni di luar pintu bilik Inas..

''ya .. Ibu..'' sahut Inas.

''kenapa menjerit.. Tu?'' tanya Amni.

''tak ada apa ibu.. Mimpi buruk..'' jawap Inas.. Memegang dahinya yang basah dengan peluh..

''itulah ibu pesan.. Nak tidur tu.. Ambik wuduk dulu.. Ni mesti kamu lupa ni .... '' bebel amni di luar sana. Bebelan Amni di biarkan sahaja oleh Inas..

'kenapa aku rasa tak sedap hati ni..' Inas mencapai telefon bimbitnya.. Nombor Raif didailnya.. Panggilan itu tidak disambungkan membuatkan hatinya bertambah resah..

'sabar-sabar! Esok dia datang.. Insya Allah dia baik - baik sahaja..' Inas memujuk hatinya.. Menanti hari esok tiba.. Agar dapat bersua dengan insan yang dia rindui...

Alhamdulillah selesai... 5:22pm baru siap MANJA arini... Fuh. Nasib sempat siapkan. Terima kasih.. Semua... Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

awer
2022-10-14 14:00:29 

nk siasat..tp bodo

Hana
2021-01-16 03:16:41 

Jangan-jangan betullah Maya sengaja bagi ubat tu

WaneyZack
2020-10-23 18:53:36 

Jangan la sedih.. Itulah trailer di ig.. Bnyak babak menangis...


NovelPlus Premium

The best ads free experience