BAB 2

Romance Completed 1514

Zuleyka Iman melepaskan keluhan buat kesekian kali sebaik si ibu mula menghilang di dapur. Sudah menjadi rutin ibunya untuk menyiapkan minum petang untuk menyambut babah pulang dari pejabat. Zuleyka melemparkan pandangan pada pantulan cahaya dari kolam ikan di hadapannya.

“Zu, Allah itu Maha Mengetahui. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk kau. Dah terlalu lama kau menjadi pungguk yang rindukan bulan. Menanti bulan tak kunjung tiba.”

Kata-kata falsafah Zahra Abiat bermain semula di gegendang telinga. Dahi Zuleyka mula berkerut.

“Maksud kau? Kau nak aku terima semua ni, macam tu?”

Zuleyka mula mengasak mohon penjelasan. Zahra Abiat tersenyum. Wajah si teman direnung penuh minat.

“Kau yakin Amir akan terima kau kalau kau terus tunggu dia untuk sepuluh tahun lagi?”

Zahra Abiat tersenyum sinis sambil menggeleng sebelum menyambung kata-katanya semula,

“Tak mungkin Zu. Itu hanya angan-angan kau saja. Bangunlah dari mimpi wahai tuan puteri, sang putera yang kau idam-idamkan itu tak pandang kau sebelah mata pun. Dia hanya mainkan kau saja, datang bila dia suka, dan menghilang bila dia tak suka.”

Zahra menekan suaranya. Pandangan Zuleyka menikam tajam ke wajah Zahra. Temannya itu tetap bersahaja. Tangan Zuleyka dicapai lalu diusap lembut.

“Zuleyka sayang…. Aku nak kau sedar yang sudah tiba masanya kau berhenti berharap pada yang tak sudi. Bukalah mata tu sayang. Ramai lagi syabab-syabab lain yang lebih gagah dan lebih hebat daripada Amir. Allah dah cipta kita berpasang-pasangan. Kau jangan terlalu demanding sangat kawan.”

Zahra bersuara lagi. Zuleyka tetap membatukan diri. Demanding. Dia sudah lali mendengar perkataan itu disuarakan oleh Zahra. Ya. Hanya Zahra yang berani bersuara menentang seorang Zuleyka Iman. Zuleyka Iman yang tegas dan seorang perfectionist. Ya. Miss Perfectionist adalah gelaran popular untuk Zuleyka Iman. Baik di zaman kampus sehinggalah kini dia bergelar seorang Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat hartanah.

“Dulu Hafiz si warak tu nak pinang kau, kau kata janggut dia serabai. Si Kamal pulak kau kata dia selekeh. Si Johnson tu memang kau tolak mentah-mentah la sebab al-Fatihah pun tak hafal lagi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience