SST - 76

Romance Completed 72944

Najemie melangkahkan kaki kedalam rumah besar milik keluarga Dato Emer. Dia bergerak keruang tamu menghampiri mertuanya juga iparnya yang sedang berkumpul. Riuh rendah ruang itu dengan gelak tawa insan insan disitu Ditambah dengan suara anak kecil. Siapa lagi kalau bukan si comel Atisya.

"Najmi." Tegur Datin Zubaidah terlebih dahulu. Semua mata memandang kearahnya serentak.

Senyuman manis sedia dihiasi pada wajahnya. Dia menyalami seorang demi seorang dengan sopan.
"Umi abah sihat?" Tanya Najemie lembut.

"Sihat alhamdulillah." Jawab mereka serentak.

"Comelnya Kak Najmi ni bile berbadan dua ni kan umi." Hazila bersuara.

Datin Zubaidah mengangguk menyetujui kata kata anak perempuannya.

Pujian itu telah membuatkan wajah Najemie merah seperti tomato. Duduk diambil di sofa bersebelahan Datin Zubaidah.

"Tak datang dengan angah, kak?" Soal Hazila.

"Angah ada kerja kat luar. Sibuk agaknya." Balas Najemie tersenyum nipis. Nasiblah Hariz ada memberitahunya malam semalam. Kalau tidak, tidak tahulah apa yang perlu dia jawab. Takkan dia mahu menceritakan bahawa dia tak tahu dimana suaminya. Adakah perlu dia berlaku jujur bahawa Hariz sudah lama tidak bersedudukan dengan dia sejak Hariz menjaga Mia.

"Abang hantar kemana pulak si Hariz tu, bang?" Tanya Datin Zubaidah menggeram kepada suaminya.

Dato Emer sudah menyengeh. Tergeleng geleng kepalanya. "Bali, uminya. Malam esok baliklah anak awak tu."

"Saya tak kesahkan dia bang. Saya kesiankan Najmi ni ha. Dahlah belajar jauh. Dah ada kat sini, awak pulak hantar si angah tu outstation sana sini. Najmi ni mengandung abang. Hariz sebagai suami perlu sentiasa ada dengan isteri."

"Yela. Abang mintak maaf. Nanti abang tak hantar dah Hariz kemana mana."

"Eh takpela umi, abah. Naj oke je buat semua sorang sorang. Lagipun bukannya Naj tak biasa. Sebelum ni pon Naj sorang jugak kan" lembut suara Najemie berkata.

"Memanglah dah biasa sorang. Itu sebelum kawin, ni dah kawin, nak jadi ibu lagi. Takkan masih nak buat semua sorang sorang." Siti Saodah datang dengan menatang dulang berisi air teh dan sepiring biskut untuk dijamah insan insan disitu.

"Maksu.." Salam dihulur.

Siti Saodah menyambut huluran salam mesra. Pipi dilaga. Najemie dipeluk erat. Rindu.

"Betul cakap maksu tu, Najmi. Ni lepas bersalin nanti, sepanjang pantang, duduk sini ya. Bolehlah umi dan maksu tengok tengokkan Najmi disini." Kata Datin Zubaidah.

"Eh mestilah umi. Dah lah ini first time. Naj takde pengalaman langsung. Takkan nak urus sendiri. Mesti kena ada umi yang ada pengalaman kan." Balas Najemie.

"Eyy tak sabar nak tengok anak buah Zila nanti. Mesti comel. Dah lah Kak Najmi lawa. Angah tu pulak handsome macam pemain bola. Sama lawa sama padan. Mesti anak pon comel comel ikut mak pak dia" Lebar tawa Hazila sebelum seseorang bersuara apabila lama menjadi pendengar sedari tadi.

"Ehem. Amboi! Suami awak ni tak handsome ke?" Soal Syafiq kesal.

"Handsomela. Kalau tak, takkan lah saya kawin dengan awak. Saya mesti pilih pemain bola."

"Gatal anak abah ni, bah" Ujar Syafiq memandang Dato Emer.

"Nasib kamulah dapat Zila ni, Syafiq."

Terkekeh mereka ketawa. Najemie juga tidak terkecuali.

.

Najemie termenung jauh. Kaki dijulur kedalam kolam.

Lama dia termenung. Agak terkejut apabila ada tangan yang melingkar memeluk bahunya dari belakang. Pandangan ditoleh kesisi. Tamparan lembut diberikan pada tangan yang melekat pada bahu kanannya.

"Abang dah balik?" Soalnya. Hariz melabuhkan duduk bersebelahan Najemie. Kaki turut dijulur ke dalam kolam.

Dia hanya mengangguk. Kedua belah tangan dibawa kebelakang menahan tubuh. Mata memandang ke atas. Bintang bergemerlapan menghiasi pandangan. Tiba-tiba dia tersengih sendiri.

Sengihan itu dapat didengari oleh Najemie. "Kenapa gelak?" Tanya Najemie.

"Saja."

Najemie menoleh kearah Hariz yang sedang tersenyum memandang langit.

Pandangan dibawa sama kelangit. Bulan dan bintang bagai bekerjasama menceriakan suasana malam. "Cantik" Kata Najemie.

Hariz mengalihkan pandangannya kearah Najemie. "Betul. Ianya cantik" Gemersik suara Hariz kedengaran dipendengaran Najemie.

Najemie memandang Hariz yang sedang memandangnya. Najemie tersenyum manis.

"Dia cantik dan menawan. Senyumannya manis rupawan." Kata Hariz lagi memandang ikhlas Najemie.

Najemie menolak pipi Hariz menggunakan jari telunjuknya untuk mengalihkan pandangannya. Dia malu. Jauh disudut hati terasa berbunga bila mendengarkan pujian ikhlas itu.

Hariz tersenyum nipis. Dia merapatkan tubuhnya dengan Najemie. Tangan kanannya melingkari pinggang Najemie. Tangan kirinya menggenggam tangan kiri Najemie. "Sayang.."

"Hm?"

"Abang rindu" Dagunya didaratkan pada bahu kiri Najemie.

Najemie tersenyum. Dia melekapkan telapak tangan Hariz pada permukaan perutnya. Hariz menggerak-gerakkan ibu jarinya mengusap lembut perut yang memboyot itu.

"Abang suka Najmi?"

Usapannya terhenti.

Najemie tersenyum perit. "Kenapa abang? Naj tak mintak banyak pon. Naj mintak abang sukakan Najmi macam mana Naj suka abang. Macam mana Naj sayang abang. Macam mana Naj cintakan abang."

"Najmi.. Bagi abang masa."

"Boleh tak Naj teruskan niat Naj untuk kita berpisah lepas Naj selamat bersalin, abang?"

"Najmi.." Hariz sedikit menengking. 'Kenapa perpisahan Najmi?' Jeritnya dalam hati.

"Boleh tak Najmi bersabar? Tak boleh ke tunggu, sayang?" Soal Hariz seakan merayu.

"Angah!" Jerit Hazila. Suaranya yang berlari mendekati Hariz dan Najemie itu agak tercungap-cungap.

"Kenapa Zila?"

"Mia, angah. Mia.. Dia.." Tangannya seperti mengisyaratkan sesuatu.

Belum sempat Hazila menghabiskan kata, Hariz bingkas bangun membawa langkah ke dalam rumah. Najemie mengikuti dari belakang.

Masuk sahaja didalam rumah, keadaan menjadi sepi. Di ruang tamu ada Mia, umi dan abi. Syafiq juga ada disitu sebagai pemerhati.

"What are you doing here, Mia Afrina?" Suara Hariz kedengaran sedikit keras bertanya.

"Mia datang nak ambik Hariz balik rumah." Jawab Mia selamba.

Najemie yang baru muncul di ruang tamu itu tersentap mendengar bicara berani mati itu. Dibelakang Hariz, dia menahan rasa. Nak je aku tampar perempuan ni sampai bisu. Geram je dia pandang Mia yang sedang duduk silang kaki itu. Depan tuan rumah pulak tu.

"Mia. Mia tahukan Hariz dah ada isteri?" Datin Zubaidah menegur. Pandangan sekilas dihantar kearah Najemie.

"Mia tak peduli umi. Mia nak hak Mia!"

"Apa yang kamu merepek ni Mia? Sedar tak Mia cakap apa sekarang?" Suara Datin Zubaidah sudah meninggi. Geram dia dengan Mia.

"Oh sekarang semua nak tutup mata jelah lepas apa Hariz dah buat pada Mia?" Bentak Mia.

"Mia.. Hal dah lepas biarlah lepas. Kita teruskan hidup kita macam biasa Mia."

"Mia tak bahagia, umi. Kenapa Mia perlu tolak kebahagian Mia semata-mata untuk tengok orang lain bahagia? Orang yang dah hancurkan hidup Mia? Bahagia Mia dah takde"

"Mia balik dulu. Nanti kita bincang. Jangan buat kecoh dekat sini" Tegas suara Dato Emer.

"Mia takkan pergi kalau Hariz tak ikut Mia balik" Ujar Mia datar.

"Apa benda kau ni Mia?" Tajam pandangannya menikam ke dalam mata Mia. Tapi sikit pon tak mengentarkan gadis itu.

"Ikut Mia, Hariz" Ujarnya keras.

"Okeyy Hariz ikut. Jom kita balik" Mia sudah tersenyum senang.

"Angah!" Serentak Datin Zubaidah dan Hazila menegur.

Mia bingkas bangun dari duduknya. "Mia pergi dulu abah umi." Mia tersenyum manis.

Kaki dibawa untuk ke muka pintu. "Hariz, come!" Panggil Mia setelah melihat Hariz masih pegun disitu.

Hariz menoleh menghadap Najemie. Tangan Najemie yang menarik hujung bajunya seperti menghalang tubuh itu pergi dileraikan lembut. Tangan itu dipegang kejap. Dikucup belakang tangan Najemie.

Pandangan yang bagai mengungkapkan segala rasa dipandang dalam. "Abang mintak maaf, Najmi. Demi keselamatan kita, abang mintak izin untuk pergi seketika. Najmi doakan abang okeyy"

Air mata Najemie sudah tak tertahan. Dia menggeleng-geleng seperti tidak membenarkan Hariz pergi.

"Boleh tak lepaskan Hariz? Aku takde masa lah nak tengok drama kau" Mia dimuka pintu mula panas hati.

Najemie memandang tajam kearah Mia. Dilepaskan pegangannya. Hariz mendekati Mia.

Pandangannya hanya pada tubuh yang sedang kepergian itu.

Sesudah tiada kelibat Hariz. Hazila bersuara. "Angah tu kenapa umi? Siapa isteri dia sekarang ni?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience