Rate

Bab 3

Humor Series 82617

AKU menyembur wangian jenama Dior ke baju blouse berwarna mustard yang tersarung pada tubuh. Hmmm... wangi! Aku berdiri menghadap ke arah cermin bagi memeriksa penampilan sebelum berangkat pergi ke tempat kerja. Perfecto! Segemuk-gemuk aku pun... bab-bab fesyen aku memang tak nak kalah, okey.

Aku mencapai beg Gucci yang berada di atas meja solek. Aku tercari-cari di mana letaknya Iphone yang kugunakan untuk menghubungi mama selepas subuh tadi. Aku saja menelefon mama kerana ingin tahu tentang berita penerbangan along ke Mekah. Sayangnya, mama sendiri belum mendapat apa-apa berita daripada lelaki itu.

Sebut tentang along, tiba-tiba bibir aku menguntum senyum. Bukan terkenangkan perihal along pun. Tapi kawan dia yang handsome tu. Aku sudah lali mendengar orang memuji bahawa aku ni comel. Tapi, entah kenapa perkataan comel yang keluar dari mulut lelaki itu teramatlah syahdu bunyinya. Manis macam cotton candy!

“Orang yang tersilap tu kali ni comel sangat.”

Suara Azdrel bagaikan terngiang-ngiang di telinga. Yang paling aku tak tahan, kenyitan matanya tu. Nakal sungguh! Tapi tak nampak macam lelaki gatal pun ketika dia mengenyit mata macam tu. Kalau lelaki-lelaki lain, bukan main lagi aku menyampah tengok mereka berkelakuan begitu.

“Haih! Kau dah start angau ni, Lana!” Aku menepuk dahi. Sudahlah... lebih baik aku lekas pergi kerja. Kalau ikutkan berangan tu memang langsung tak bergerak ke mana-manalah aku jawabnya.

Aku menapak ke arah pintu keluar. Kasut wedges berjenama Jimmy Choo aku sarungkan ke kaki. Setelah selesai mempersiapkan diri, aku melangkah keluar dari rumah dan mengunci pintu. Namun, tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi riuh-rendah suara orang yang baru saja keluar dari dalam lif.

“Aik! Ada orang baru pindah rumah ke?” Aku ternampak ada tiga orang lelaki sedang mengangkat kotak dari kawasan lif itu.

“Hai!” Aku menegur salah seorang daripada mereka yang sedang berjalan melewati pintu rumahku. “Baru pindah ke? Duduk rumah mana?”

“Eh! Bos saya yang pindah ni, kak. Rumah dia yang ni ha!” Lelaki itu meluruskan telunjuk ke arah rumah yang betul-betul bersebelahan dengan rumah aku.

“Oh! Yeke? Rumah sebelah ni memang dah lama kosong pun. Seronoklah kalau dah ada orang duduk. Tak adalah akak takut nak duduk kat balkoni tengah-tengah malam,” selorohku sekadar mahu beramah mesra.

Lelaki itu tertawa kecil. “Kalau bos saya dah tinggal kat sini pun... dia bukannya selalu ada, kak. Kerja dia duduk kat hospital aje 24 jam.”

Aku mengerutkan dahi. “Kenapa? Bos awak tu doktor ke?”

“Taklah, kak. Bos saya tu ada penyakit. Dia pindah sini pun sebab kawasan ni dekat dengan hospital,” cerita lelaki itu lagi.

“Ha’ah. Hospital memang dekat aje dari sini. Tak sampai sepuluh minit dah boleh sampai. Hmmm... okeylah, dik. Akak minta diri dulu. Terlambat pula nak masuk kerja nanti. Buat kerja tu elok-elok tau. Assalamualaikum,” ucapku.

“Waalaikumsalam, kak.”

Aku terus mengangkat kaki sebelum panjang lagi cerita yang ingin kusembangkan dengan lelaki itu. Maklumlah... teruja pula apabila mendapat tahu aku bakal mendapat jiran baru. Aku menekan butang lif untuk turun ke bawah. Tidak sampai beberapa minit, pintu lif pun terbuka dan aku melangkah masuk ke dalam. Butang yang bertulis B terus aku tekan lalu pintu lif itu pun tertutup semula.

Aku melihat ke arah jam yang terikat pada pergelangan tangan kiriku. Alamak! Dah pukul lapan setengahlah. Aku ada temujanji dengan pelanggan pada jam sembilan pagi. Sempat ke nak sampai on time ni? Aku melihat ke arah LED skrin pada bahagian atas pintu lif. Aduh! Baru sampai tingkat lima. Rumahku pula berada pada tingkat dua belas. Mesti Grace bising kalau aku lambat sampai nanti!

Ting! Pintu lif terbuka sebaik saja tiba pada bahagian basement. Tanpa berlengah aku terus melangkah keluar dari lif sehingga tidak perasan ada seseorang yang dalam pada masa sama sedang melangkah masuk ke dalam lif. Bahu kami berlaga dengan kuat sehingga beg

tanganku melurut jatuh dari bahu. Gila tak sakit? Aku menoleh ke arah orang yang sudah pun berada di dalam lif itu. Mata kami bertembung sekejap sebelum pintu lif kembali tertutup.

Eh! Sekejap. Bukankah orang itu adalah... Azdrel? Kenapa dia memakai topi bersama baju hoodie berwarna hitam sehingga menutup belakang kepala? Gaya macam pakaian artis yang nak lari daripada wartawan saja. Ah! Tentang tu tak kisahlah... tapi benarkah orang itu adalah Azdrel? Aku termangu sekejap. Tak mungkinlah! Aku tersalah pandang agaknya. Dari tadi asyik memikirkan tentang lelaki itu sehinggakan tengok orang lain pun ternampak dia.

Aku melangkah laju ke arah Honda Jazz kepunyaanku yang berada tidak jauh dari situ. Malas mahu memikirkan hal itu lagi. Setelah memanaskan enjin kereta, aku terus memecut laju menuju ke tempat kerja. Tepat jam sembilan pagi aku sampai di Menara Pelangi. Lekas-lekas aku melangkah keluar dari perut kereta. Namun, sebaik saja berdiri di luar... aku ternampak Grace sudah bercekak pinggang di belakang kereta. Alamak!

“Hello, Grace! Good morning to you,” sapaku dengan mesra. Aku terus menutup pintu kereta sambil memegang beg tangan.

“Obviously... it is not a very ‘good’ morning for us, Lana! You’re late! Client dah tunggu kat lobi tepat jam sembilan pagi tadi,” beritahu Grace.

Aku mengeluh perlahan. “Yeah! I know... I know. Tak payah nak membebel lagi. Jom kita pergi cepat.” Aku terus memeluk bahu Grace supaya lekas beredar dari situ.

“No need to hurry. Our client dah keluar pergi breakfast. She’ll be coming back at ten o’clock,” jelas Grace bersama muka yang masam.

“Really?” Aku mengetap bibir mendengar berita itu. “I’m really-really sorry, Grace. Okeylah... jom I belanja you breakfast nak tak? I pun belum makan apa-apa lagi ni. Kalau I kurus mesti you tak suka, kan? Nanti you cakap I ni dah tak huggable lagi.”

“Yeah right! Pandai you nak sejukkan hati I ni dengan cara macam tu, kan? As a penalty, you kena belanja I breakfast and also lunch. Can, ah?” tanya Grace.

Aku mencebikkan bibir. Nak lebih-lebih pula amoi ni! “Can... can... as long as you’re not angry with me anymore. Smile, please....”

Thee! Grace menayangkan sengih. Amboi... ‘ikhlas’ sangat rupa sengihannya itu. Aku menarik nafas panjang. Pokai la kena belanja orang makan pula minggu ni. Nasib badan!

AKU mengunyah biskut Orea sambil menaip report yang perlu diserahkan kepada Puan Salina sebelum pukul lima petang nanti. Hmmm... makan biskut sajalah yang termampu buat masa ini. Poket dah ‘sakit’ kena belanja Grace makan sarapan pagi dan makan tengah hari tadi. Nasib baik pelanggan itu datang semula pada jam sepuluh pagi. Kalau tidak, mahunya Grace menarik muka masam tiga hari tiga malam dengan aku.

“Nah! Coffeemix for you.” Intan meletakkan segelas air kopi ke atas meja aku. Alamak! Ini yang buat aku sayang sangat dekat Intan ni...

“Thank you, bestie!” ucapku dengan penuh ceria. Mahunya tak ceria? Dapat segelas kopi panas kaw-kaw ni...

“Your welcome, sweetheart. Aik! Makan biskut Orea, eh? Hari tu beria sangat kata nak diet. Apa dah jadi ni?” tanya Intan sambil tersenyum perli.

Ini yang aku malas kalau ada orang sebut pasal diet. “I’ve change my mind. Food is healing me. I cannot live without it!”

“Hmmm... kau ni... sekejap aje semangat nak berdiet tu. Tak boleh jadi ni... jomlah habis waktu kerja ni ikut aku pergi gym nak?”

“What? Gym? Nak buat apa?” tanya aku bagai orang bodoh. Nama pun pergi gim... mestilah untuk bersenam.

“Untuk jumpa mamat-mamat sado kat sanalah. Aku dapat port gym yang baru tau... dekat Calo Fitness. Very privacy and exclusive. Kau nak pergi tak? Jomlah!” Intan masih cuba memujukku.

Pada mulanya aku macam tidak berminat. Tapi, setelah Intan menyebut tentang mamat-mamat sado... tiba-tiba aku jadi bertenaga untuk bersenam. Ceh! Cakap sajalah yang kau tu sebenarnya gatal, Lana... nak tengok benda-benda yang ‘indah’ saja.

“Hmmm... if you said so. Kat mana tempatnya? Jauh ke?” soalku tanda bersetuju.

Nampaknya senyuman Intan mula melebar. “That’s my girl. Alah! Tak jauh pun. Nanti kita pergi naik kereta aku aje. Lepas dah habis workout aku hantar kau ke sini semula and pickup your car. Amacam?”

Aku mengangkat ibu jari. “Plan kau memang terbaik. Aku kasi markah A plus-plus

lagi. Tapi, kalau tak ada mamat sado kat situ... aku bagi kau markah E minus-minus!”

Intan tergelak mendengar kata-kataku itu. Bukan aku nak sangat pun tengok mamat-mamat sado tu. Yalah... aku pun sedar berat badan ni semakin lama semakin membebankan aku juga. Gila tak beban? Aku pikul lemak separuh dari berat badan Dik Yan yang sebanyak 45kg. Fikirlah sendiri berapa berat badan aku yang sebenar-benarnya. Okey... takpe, biar aku beritahu sendiri. 90kg, hokeh!

Dulu semasa aku berada di tingkatan lima, berat badan aku telah pun mencecah 65kg. Semasa menyambung pelajaran di UKM pula, berat badan aku semakin bertambah sebanyak 10kg. Selepas tamat belajar, aku tidak terus bekerja. Tinggal di rumah bersama mama dan berat aku bertambah lagi 15kg!!! Boleh tak aku nak salahkan mama sebagai punca aku menjadi ‘big giant’ sekarang ni? Sabar ajelah...

“Jumpa kau lepas habis office hour nanti, okey. Aku nak pergi sambung buat kerja aku balik. Sudah-sudahlah makan Oreo tu... minum aje kopi yang aku buat.” Sempat lagi Intan berpesan sebelum beredar dari tepi mejaku.

“Okey. See you then!” ujarku lalu meneguk air kopi yang dibancuh oleh Intan tadi. Very warm and nice...

Sedang aku asyik menikmati air kopi panas itu, tiba-tiba Iphone yang berada di sebelah tetikus menjerit berbunyi. Terkejut aku! Nasib baik tak tersembur air kopi yang sedang memenuhi ruang mulutku ketika ini. Aku mencapai Iphone itu dan melihat ke arah skrin yang sedang memaparkan tulisan ‘private number’. Peliknya... nombor apa ni?

“Hello?”

“Ngah!” Suara along kedengaran sayup-sayup pada corong telefon. Aku sangkakan panggilan telefon dari planet manalah tadi.

“Haaa.. along! Assalamualaikum. Dah sampai ke?” soalku.

“Waalaikumsalam. Alhamdulilah, ngah. Along dah sampai ni. Along try call mama tadi tapi tak berjawab. Nanti ngah tolong sampaikan salam along kat mama, eh? Kalau ada masa along call dia semula nanti,” kata alongku.

“Okey, long. Jaga diri baik-baik kat sana. Sampaikan salam ngah dekat makam Nabi Muhammad nanti, eh? Oh, ya! Jangan lupa belikan inai dengan jubah sekali untuk ngah tau.

Kalau dapat kasi lebih lagilah ngah suka.”

“Amboi! Kalau inai tu tahulah along nak belikan. Jubah tu macam susah sikit aje... nanti kalau along belikan ngah tak muat pakai pula. Dah selalu jadi macam tu... request benda lain selain pakaian boleh tak?”

Peh! Sadis sungguh kata-katamu itu, long... pedihnya menusuk ke kalbu. Tapi memang betul pun... setiap kali along belikan aku baju, pasti ada saja yang tak kena. Jadi aku tak boleh nak salahkan along kalau dia sudah serik membelikan aku baju tapi tak pernahnya muat. Bertabahlah, along...

“Bawa balik air zam-zam ajelah satu tempayan. Huh! Malas nak cakap dengan along. Sampaikan salam ngah dekat Kak Jannah. Doa banyak-banyak kat depan Kaabah tu supaya lekas dapat baby. Ngah dah tak sabar nak jadi ‘Mak Ngah’ ni.” Aku terus menukar cerita.

Kedengaran along ketawa di hujung talian. “Kau ni ada-ada ajelah, ngah. Hal baby tu along settle kat Dubai nanti. Sekarang ni along nak fokus beribadat... along akan doakan semoga ngah cepat kurus lepas tu dapat pakwe and then kahwin. OK bye!”

Tut... tut... tut... panggilan telah pun ditamatkan. Melopong mulut aku memandang ke arah skrin Iphone. How dare you, long! Dekat tanah suci pun berani bermulut ‘puaka’... kena ketulah nanti baru tahu. Aku merengus geram. Along ingat orang gemuk tak boleh dapat pakwe ke? Ada pengecualian untuk orang gemuk dalam hal macam tu, eh? Aku ada pakwe la... tapi itu dulu. Eeee! Sakitnya hati aku! Tak boleh jadi ni... aku kena buktikan bahawa orang gemuk juga berhak bahagia. Bak kata Abam Bocey, gemuk is awesome yooo!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience